My Memories

Pelengkap Hidupku

Friday, May 30, 2008

Keluhan Za’ba

Siapa itu Za’ba.., selama ini aku tak pernah ingin mengambil tahu siapakah beliau ini. Hinggalah pada suatu hari aku tertarik dengan penulisannya. Aku cuba mendekati penulisannya….

Allahyarham Za’aba atau namanya penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad. Pendeta Za’ba melalui bukunya, “Perangai bergantung kepada diri sendiri” telah menarik aku untuk terus mengenali siapakah Za’ba. Melalui buku ini beliau dengan lantang mengkritik orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri, kurang berhemah, dan terlalu bergantung pada orang lain. Baginya, orang Melayu seolah-olah terlupa berikhtiar dan hanya menunggu tindakan Allah serta bertawakkal.

Sifat malas, kurang berusaha, dengki khianat, dendam kesumat, dan seumpamanya merupakan sifat yang diperangi oleh Islam. Oleh sebab itu, Za’ba menyelar sikap orang Melayu yang hanya bergantung pada doa orang alim atau sedekah tahlil arwah yang kononnya sebagai fidyah penebus dosa untuk mengelak terkena seksaan api neraka. Beliau juga menolak kebergantungan amalan khurafat, air jampi, dan air Yassin untuk memperoleh kejayaan, sedangkan pada masa yang sama membelakangkan isi kandungan ayat al-Quran.

Hujah dan pandangan Za’ba ini bukanlah didorong oleh emosi tetapi berlandaskan alQuran sebagai rujukan. Hadis Nabi juga turut digabungkan dalam menyatakan pandangannya. Hatta sehingga sekarang perubahan yang cuba diterapkan oleh ulama kontemporari banyak yang disalahertikan oleh orang Melayu.

Mungkin menyedari hal seperti ini, maka buku, “Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri” tertangguh penerbitannya. Bayangkan, setelah lapan tahun Pendeta Za’ba meninggal dunia barulah buku tersebut diterbitkan dan sampai ke tangan pembaca. Moga ada yang mendengar keluh Pendeta Za’ba ini dan menjentik kesedaran ke telinga kita.

Thursday, May 29, 2008

Wanita Cantik.

Wanita Cantik yg suka Menangis...



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."

Saturday, May 17, 2008

17 May

Semalan dan hari ini aku menghabiskan masa satu hari suntuk di office... aduh tension ada, boring tak usah kiralah. Kesejukkan pulak dah tahap beku dah ni.. Hari ini aku terpaksa menghampakan suamiku sekali lagi.. elok2 nak ke Dungun untuk tukar kasut sekolah puteriku, aku dapat panggilan dari office untuk standby lagi. Entahlah suamiku boleh terima ke tak, nak buat macam mana dah tugas lagipun kalau aku tak pergi jawabnya esok berteraburlah bilik aku dengan batang-batang besi.

Nasib baik puteriku ada aktiviti bersama makcik2nya.. kalau tak jenuhlah aku memujuk dia yang aku kena datang bertugas. Aduh malasnya aku kalau time standby... boring giler dahlah kena standby sorang... Apa lagi habis kerjalah aku geledah nak hilangkan boring.

So terpaksalah aku duk menaip patah-patah perkataan ni untuk hilangkan boring. Sambil2 menaip ni teringat aku pada kawan-kawan lama Aya, Marzita dan Fatimah apa khabar mereka semua yea..

Teringat zaman sekolah dulu kami tak pernah berpisah walaupun kelas berlainan. Fatimah dan Marzita satu kelas dan Aya dengan aku sekelas.... Hobi membaca aku sejak dibangku sekolah masih terbawa-bawa hingga sekarang. Kalau dulu penuh dengan koleksi novel.. satu dorm tu boleh dikatakan nampak je novel sure yang aku punya tu. Ingat pada CIkgu Noraihan selalu naik angin bila tengok aku baca novel time dia mengajar.. Tapi aku dapat sejukkan hati dia dengan dapat keputusan yang cemerlang untuk subjek yang dia ajar.

Sekarang ni.. novel dah jarang aku beli, lebih banyak membaca menerusi internet hinggalah satu hari Proffesor aku beritahu the kliier topic for Current Issue in Malaysia ada dalam Majalah Dewan Masyarakat dan Majalah Dewan Ekonomi. Aduh boringnya aku nak baca fikir ku. Untuk dapat jawab exam punya terpaksalah aku pergi ke DBP beli semua keluaran dari enam bulan sebelum exam... senyum je pakcik kat DBP tu tanya nak buat apa dengan keluaran lama2. Apa lagi pakcik terpaksa coz nak jawab exam.

Sejak hari itu baru ku tahu majalah ini menyimpan seribu fakta dan sejarah untuk membantu kita mengenali dengan lebih dekat lagi isu semasa di Malaysia. Baik dari segi ekonomi, sosial, dan juga nilai kemanusiaan.

Nanti akan ku kupas salah satu topic kat majalah tersebut. Sekarang aku dah jadi pelanggan utama majalah tersebut... untuk menambah ilmu anak ku jua yang sentiasa bersoal jawab tentang sesuatu perkara.

My Sister



Hari ini aku nak bercerita pasal keriuhan yang berlaku di rumah ibu bapaku. 16 Mei... hari ini hari guru... tapi nak dijadikan cerita semua anak ma & ayah seramai 10 org dan 2 cucu berkumpul... Cuma hubby ku jelah yang tak ada coz dia shift malam lah... Za sampai petang semalam dari KL dan Aisyah juga sama tapi dari Trg je.. dan pagi tadi pula Ina baru sampai dari Kedah. Sambil aku duk chatting malam tadi Mie dan family dia sampai... Mmmm nampaknya semua anak2 ayah berkumpul.. Nampak wajah-wajah keceriaan ma dan ayah.

Aku dan adik2 perempuan aku apa lagi kalau dah semua berkumpul... pa lagi posing maut lahh wehhhh... inilah wajah2 mak dara dan anak2 dara Che Daud Mamat. Anak aku lah pulak jadi jurukameranyeeee..... Dalam2 duk bergaya tu macam-macam lah adegan2 yang tak sepatutnya berlaku ... bagai nak runtuh rumah dengan gelak tawanya... dua hari lagi nampaknya kembali sunyilah rumah ni... coz Ina dan Aisyah akan kembali ke kampus manakala Za akan kembali bertugas.

Semoga keceriaan keluarga ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Wednesday, May 14, 2008

Bismillah

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan



Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud : " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. " Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan."

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

03. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

04. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

05. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

06. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

07. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

08. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

09. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya.

Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

" Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.

" Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "

Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :

" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"

11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Tuesday, May 13, 2008

Rambut

Jom kita discus pasal rambut plak…. Hehehehe….
Yang mana satu rambut anda........ .....
1) RAMBUT LURUS-
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam
menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN-
suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT-
macam mana nak kate ye....kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnn nnnnnnnn. .... Huahuahuahua

To Balqish

Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Huruf Pertama

Pemilihan Huruf Pertama Nama
Adakah ia benar-benar related dengan sikap dan peribadi anda?

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
..
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Monday, May 12, 2008

Family Outing

Seperti biasa, kali ini family outing yang diadakan oleh group hubby telah memilih Sekayu sebagai destinasi seterusnya. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah menjayakan perjumpaan ini. Walaupun family outing ini hanya dikhususkan kepada group hubby and the gangs, namun group lain turut diundang. Memandangkan hanya group hubby je selalu buat family outing maka ramailah nak join walaupun sanggup mengambil cuti.

Seperti biasa kaum ibu akan diarahkan untuk memasak apa yang patut. Tema kali ini adalah ulam-ulaman, maka jenuhlah kami nak habiskan semua itu. Kaum ibu yang datang dari pelbagai negeri ini telah mempamerkan kemahiran memasak lauk pauk dari negeri masing-masing...

Keseronokan anak-anak pula dengan bermain air terjun tak perlu dinafikan lagi. Jenuhlah kaum ibu dan bapa memerhati mereka ini takut terlalai padah jadinya. Aku lak biasalah dengan group yang tak pernah kering gusi, ada je perkara yang mencuit hati dari kisah anak-anak hinggalah kisah hubby masing-masing... Tapi yang banyaknya pasal diri sendirilah.

Aku yang akan berperang dengan exam dapat melupakannya buat seketika. Kemeriahan family outing kali ini dapat membantu aku untuk melepaskan tekanan belajar, bekerja dan juga masalah keluarga yang melanda. Setiap kali berkumpul begini banyak juga faedahnya, yealah dapat megeratkan hubungan suami isteri dan anak juga dengan kaum-kaum ibu yang datang dari pelbagai latarbelakang.

Tapi satu yang tak best bila berkumpul macam ni... Haaaa masa nilah ada diantara mereka cuba merendah-rendahkan orang lain. Eeeee tak bestnya. Ada diantara mereka yang masih tidak mengenali diriku. Mereka tidak mengetahui yang aku bekerja setempat dengan hubby-hubby mereka ini, maka banyaklah cerita-cerita yang tak enak didengar kerana aku tahu semua itu hanyalah rekaan semata-mata.

Bagi mereka yang mengenali aku apa lagi, maka terkekeh-kekehlah mereka ketawa melihat gelagat aku yang bengkek nii....Tapi tulah tak boleh nak salahkan mereka juga kan... maybe hubby mereka terlalu ghairah bercerita pasal pejabat dan teman-temannya dan si isteri pula tak pernah ambil tahu job sisuami maka penerimaan mereka pun jadilah lain....

Okey kita lupakan bab kaum ibu. Acara kali ini lain sikit dari kebiasaan kami buat. Disini kami pelbagaikan acara seperti mengadakan sukaneka. Dalam acara ini... kaum ibu telah meng'Sabotaj'kan kaum bapa... memang pecah perut jadinya. Yealah sibapa telah meletakkan tepung didalam belon dan siibu perlu tiup hingga pecah maka berterbanganlah tepung kat badan siibu... dan siibu tak akan lepaskan peluang itu.. giliran si ibu mainkan peranan maka berbotollah budu yang digunakan semata-mata nak kenakan sibapa. Belon yang diisi dengan budu perlu ditiupkan hingga pecah.. Haaaa kat sinilah bukan setakat belon yang pecah perut pun hampir pecah tengok kaum bapa terpaksa menahan nafas dari terhidu bau budu yang amat kuat tu.

Itulah kemeriahan kami ketika mengadakan family outing di Sekayu, Terengganu. InsyaAllah lepas ni kami akan ke Cherating, Kuantan lak. Tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, May 11, 2008

Family Outing - Sekayu

Seperti biasa, kali ini family outing yang diadakan oleh group hubby telah memilih Sekayu sebagai destinasi seterusnya. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah menjayakan perjumpaan ini. Walaupun family outing ini hanya dikhususkan kepada group hubby and the gangs, namun group lain turut diundang. Memandangkan hanya group hubby je selalu buat family outing maka ramailah nak join walaupun sanggup mengambil cuti. Seperti biasa kaum ibu akan diarahkan untuk memasak apa yang patut. Tema kali ini adalah ulam-ulaman, maka jenuhlah kami nak habiskan semua itu. Kaum ibu yang datang dari pelbagai negeri ini telah mempamerkan kemahiran memasak lauk pauk dari negeri masing-masing... Keseronokan anak-anak pula dengan bermain air terjun tak perlu dinafikan lagi. Jenuhlah kaum ibu dan bapa memerhati mereka ini takut terlalai padah jadinya. Aku lak biasalah dengan group yang tak pernah kering gusi, ada je perkara yang mencuit hati dari kisah anak-anak hinggalah kisah hubby masing-masing... Tapi yang banyaknya pasal diri sendirilah. Aku yang akan berperang dengan exam dapat melupakannya buat seketika. Kemeriahan family outing kali ini dapat membantu aku untuk melepaskan tekanan belajar, bekerja dan juga masalah keluarga yang melanda. Setiap kali berkumpul begini banyak juga faedahnya, yealah dapat megeratkan hubungan suami isteri dan anak juga dengan kaum-kaum ibu yang datang dari pelbagai latarbelakang. Tapi satu yang tak best bila berkumpul macam ni... Haaaa masa nilah ada diantara mereka cuba merendah-rendahkan orang lain. Eeeee tak bestnya. Ada diantara mereka yang masih tidak mengenali diriku. Mereka tidak mengetahui yang aku bekerja setempat dengan hubby-hubby mereka ini, maka banyaklah cerita-cerita yang tak enak didengar kerana aku tahu semua itu hanyalah rekaan semata-mata. Bagi mereka yang mengenali aku apa lagi, maka terkekeh-kekehlah mereka ketawa melihat gelagat aku yang bengkek nii....Tapi tulah tak boleh nak salahkan mereka juga kan... maybe hubby mereka terlalu ghairah bercerita pasal pejabat dan teman-temannya dan si isteri pula tak pernah ambil tahu job sisuami maka penerimaan mereka pun jadilah lain.... Okey kita lupakan bab kaum ibu. Acara kali ini lain sikit dari kebiasaan kami buat. Disini kami pelbagaikan acara seperti mengadakan sukaneka. Dalam acara ini... kaum ibu telah meng'Sabotaj'kan kaum bapa... memang pecah perut jadinya. Yealah sibapa telah meletakkan tepung didalam belon dan siibu perlu tiup hingga pecah maka berterbanganlah tepung kat badan siibu... dan siibu tak akan lepaskan peluang itu.. giliran si ibu mainkan peranan maka berbotollah budu yang digunakan semata-mata nak kenakan sibapa. Belon yang diisi dengan budu perlu ditiupkan hingga pecah.. Haaaa kat sinilah bukan setakat belon yang pecah perut pun hampir pecah tengok kaum bapa terpaksa menahan nafas dari terhidu bau budu yang amat kuat tu. Itulah kemeriahan kami ketika mengadakan family outing di Sekayu, Terengganu. InsyaAllah lepas ni kami akan ke Cherating, Kuantan lak. Tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuu

AKU DAN POLIS

Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....

Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.

Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...
Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !

Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..

Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .

Aku : (cover malu buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .

Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.

Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.

Bila polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr

Wednesday, April 30, 2008

CANCEROUS FOODS / PRODUCTS


INSTANT NOODLES
Dear instant noodle lovers,
Make sure you break for at least 3 days after one session of instant noodles before you eat your next packet! Please read the info shared to me by a doctor. My family stopped eating instant noodles more than 5 years ago after hearing about the wax coating the noodles - the wax is not just in the Styrofoam containers but it coats the noodles. This is why the instant noodles do not stick to each other when cooking.

If one were to examine the ordinary Chinese yellow noodles in the market, one will notice that, in their uncooked state the noodles are oily. This layer of oil prevents the noodles from sticking together.

Wanton noodles in their uncooked state have been dusted with flour to prevent them sticking together. When the hawker cooks the noodles, notice he cooks them in hot water and then rinses them in cold water before cooking them in hot water again. This process is repeated several times before the noodles are ready to be served. The cooking and rinsing process prevents noodles from sticking together.

The hawker then "lowers the noodles in oil and sauce to prevent the noodles from sticking if they are to be served dry. Cooking instructions for spaghetti require oil or butter to be added in the water when boiling the spaghetti to prevent the pasta from sticking together. Otherwise, one gets a big clump of spaghetti!

There was an SBC (now TCS) actor some years ago, who at a busy time of his career had no time to cook, resorted to eating instant noodles everyday. He got cancer later on. His doctor told him about the wax in instant noodles. The doctor told him that our body will need up to 2 days to clear the wax. There was also an SIA steward who after moving out from his mother's house into his own house, did not cook but ate instant noodles almost every meal. He had cancer, and has since died from it.

Nowadays the instant noodles are referred as " cancer noodles ".

SATAY LOVERS (BARBECUE)
If you all eat Satay, don't ever forget to eat the cucumber, because eating Satay together with carbon after barbequing can cause cancer.
But we have a cure for that... Cucumber should be eaten after we eat the Satay because Satay has carcinogen (a cancer causing element) but cucumber is anti-carcinogenic. So don't forget to eat the cucumber the next time you have Satay's.


PRAWNS (SUGPO) & VIT C
DO NOT eat shrimp / prawn if you have just taken VITAMIN C pills!!
This will cause you to DIE in ARSENIC (As) toxication within HOURS!!


PORK AWARENESS
Try this and see whether the pork you bought has worms. There goes with your "Bak Kut Teh" for those who love it. Most men love to eat this so watch out before it's too late. If you pours Coke (yes, the soda) on a slab of pork, wait a little while, you will SEE WORMS crawl out of it. A message from the Health Corporation of Singapore about the bad effects of pork consumption. Pig's bodies contain MANY TOXINS, WORM and LATENT DISEASES.

Although some of these infestations are harboured in other animals, modern veterinarians say that pigs are far MORE PREDISPOSED to these illnesses than other animals. This could be because PIGS like to SCAVENGE and will eat ANY kind of food, INCLUDING dead insects, worms, rotting carcasses, excreta including their own, garbage, and other pigs. INFLUENZA (flu) is one of the MOST famous illnesses which pigs share with humans. This illness is harboured in the LUNGS of pigs during the summer months and tends to affect pigs and human in the cooler months.

Sausage contains bits of pigs' lungs, so those who EAT pork sausage tend to SUFFER MORE during EPIDEMICS of INFLUENZA. Pig meat contains EXCESSIVE quantities of HISTAMINE and IMIDAZOLE compounds, which can lead to ITCHING and INFLAMMATION; GROWTH HORMONE which PROMOTES INFLAMMATION and growth; sulphur containing mesenchymal mucus which leads to SWELLING and deposits of MUCUS in tendons and cartilage, resulting in ATHRITIS, RHEUMATISM, etc.
Sulphur helps cause FIRM human tendons and ligaments to be replaced by the pig's soft mesenchymal tissues, and degeneration of human cartilage.

Eating pork can also lead to GALLSTONES and OBESITY, probably due to its HIGH CHOLESTEROL and SATURATED FAT content. The pig is the MAIN CARRIER of the TAENIE SOLIUM WORM, which is found in its flesh. These tapeworms are found in human intestines with greater frequency in nations where pigs are eaten. This type of tapeworm can pass through the intestines and affect many other organs, and is incurable once it reaches beyond a certain stage. One in six people in the US and Canada has RICHINOSIS from eating trichina worms, which are found in pork.

Many people have NO SYMPTOMS to warm them of this, and when they do, they resemble symptoms of many other illnesses. These worms are NOT noticed during meat inspections.


SHAMPOO
Cancer-causing substance in shampoos. Go home and check your shampoo. Change before it's too late... Check the ingredients listed on your shampoo bottle, and see they have a substance by the name of Sodium Laureth Sulfate, or simply SLS. This substance is found in most shampoos; manufacturers use it because it produces a lot of foam and it is cheap. BUT the fact is, SLS is used to scrub garage floors, and it is very strong!!! It is also proven that it can cause cancer in the long run, and this is no joke. Shampoos that contains SLS: Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, the new Hemp Shampoo from Body Shop etc. contain this substance.

The first ingredient listed (which means it is the single most prevalent ingredient) in Clairol's Herbal Essences is Sodium Laureth Sulfate. Therefore, I called one company, and I told them their product contains a substance that will cause people to have cancer. They said, Yeah we knew about it but there is nothing we can do about it because we need that substance to produce foam. By the way Colgate toothpaste also contains the same substance to produce the "bubbles". They said they are going to send me some information.

Research has shown that in the 1980s, the chance of getting cancer is 1 out of 8000 and now, in the 1990s, the chances of getting cancer is 1 out of 3, which is very serious. Therefore, I hope that you will take this seriously and pass this on to all the people you know, and hopefully, we can stop "giving" ourselves cancer-causing agents.

Tuesday, April 29, 2008

Menangani Tekanan Hidup

Perasaan adalah sesuatu yang unik. Ia boleh menyembuh dan memudaratkan badan sendiri. Jika kita memperlihatkan perasaan secara membina, kita kelihatan semakin matang dan dapat mempelajari banyak perkara.
Tetapi jika kita silap mengurus perasaan, ia boleh memudaratkan kesihatan. Perasaan yang sihat boleh menjadikan badan kita sihat. Bagaimana cara untuk mengekalkan perasaan yang sihat? Tips-tips berikut mungkin boleh membantu anda untuk mengurus perasaan.

1) Mendapatkan Sokongan Sosial
Siapakah yang akan kita hubungi dan luahkan perasaan apabila menerima sesuatu berita yang menyedihkan? Cth: kematian keluarga dan kehilangan kerja. Selalunya kita akan bercerita dengan individu yang kita percayai seperti suami/isteri.
Apabila bercerita, kita akan berasa kurang menanggung beban perasaan dan adakalanya kita memperolehi idea penyelesaian masalah yang tidak terlintas dalam fikiran kita sebelum ini.

Tetapi, adakalanya kita sering menyalahgunakan sokongan sosial ini. Kita berharap orang lain akan menyelesaikan masalah kita. Kadangkala kita cenderung menggunakan masalah dan perasaan yang sedang kita alami untuk menarik perhatian orang lain. Kita bermasam muka, memaki, menangis tidak kira tempat dan masa.
Perlakuan kita ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebaliknya semakin membebankan masalah sedia ada kerana orang lain takut untuk menampilkan diri. Sebaliknya jika kita bersikap lebih terbuka dan berusaha mencari jalan penyelesaian, maka orang lain akan senang hati membantu kita.

2) Sentuhan.
Sentuhan sangat penting dalam memelihara kesihatan emosi. Sentuhan membolehkan kita memaksimakan potensi tubuh sepenuhnya. Sentuhan juga mendatangkan ketenangan untuk otak kita. Pelukan merupakan sentuhan fizikal yang terbaik bagi memperolehi kesihatan dan keselesaan emosi.
Kajian psikologi mendapati kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 pelukan/sentuhan sehari untuk mengekalkan emosi yang sihat. Justeru, jangan lupa untuk memeluk suami/isteri dan anak anda setiap hari untuk mengekalkan kesihatan emosi anda!!.(ps- jangan peluk orang sebarangan)

3) Jenaka, Ketawa Dan Sentiasa Senyum
Kita perlu mengekalkan sikap fleksibel pada sesetengah keadaan bagi membantu kita menerima sebarang perubahan dan memastikan emosi kita lebih bersedia.
Cara terbaik bagi menghilangkan kekakuan mental adalah dengan cara senyum, jenaka dan ketawa. Kebolehan berhumor menjadikan kita sentiasa ceria dan membebaskan diri daripada emosi yang negatif.

Ketawa juga mempunyai banyak kelebihan dari segi psikologi. Ketawa boleh diterima pakai sebagai satu cara senaman ringan yang paling mudah!. Apabila kita ketawa, tengkuk, bahu dan otot-otot berkaitan akan turut bersenam. Lebih daripada itu, semasa ketawa, tubuh kita akan menyingkirkan dioksida yang tidak baik dan menghasilkan sel-sel yang boleh melawan penyakit. (Norman Cousins, Anatomy Of An Ilness)
Walau bagaimanapun, ketawa biarlah berpada dan tidak berlebihan kerana ketawa yang berlebihan boleh mematikan jiwa.

Kita sering mendengar bahawa senyum itu seindah suria. Ia memang benar!!!. Apabila kita tersenyum, secara spontan kita akan rasa gembira. Eksperimen ke atas sekumpulan individu yang tertekan mendapati mereka boleh beransur menjadi gembira apabila diminta senyum walaupun tanpa sebarang perasaan dengan menegangkan otot di sekitar mulut dan mengarahkan hujung mulut ke atas.
Hasilnya mereka boleh menjadi gembira walaupun sedikit!!. Jadi sentiasalah tersenyum terutamanya apabila kita tiba-tiba berasa muram tanpa sebab. Pasti anda boleh berasa gembira semula.

4) Memandang Warna Yang Menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga.
Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

5) Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain.
Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian Dr. Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu..

6) Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.
Bagi yang beragama Islam, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Untuk mengelakkan tekanan perasaan selalulah berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar.
Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

Akhir sekali sebagai renungan,
“ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan):bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Al-Insyiraah:5-6)

Monday, April 28, 2008

Orang yang menyayangi

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak terperasan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Sunday, April 27, 2008

Khasiat Buah Tempatan

Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Mangga
Penawar Penyakit Hernia - Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang- Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Belimbing
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Saturday, April 26, 2008

Jangan Bersedih lagi

“ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia”

Buku ini telah memberi banyak ruang padaku agar menyayangi diri sendiri. Setiap patah perkataannya membuatkan hatiku bercelaru kerana akulah wanita yang gagal dalam kehidupan…. Kerana aku jualah yang sentiasa melakukan perkara yang tak sepatutnya aku lakukan…. Kasihan pada diriku… yea aku harus bangkit dari kehidupan yang sentiasa membelenggu fikiranku ini.

“Mawar ketujuh – Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa harus bersedih dan merasa gelisah?”

Benarlah kata-kata ini aku telah mengembalikan kenangan dimasa lalu bermain dibenak fikiranku…. Ahhhh aku tidak harus membiarkannya berlaku. Tidak, aku tidak harus bersedih, aku tidak boleh memandang ke belakang… aku perlu bangkit dari mimpi ini. Ayuh Nida, bangkitlah sebelum engkau terlambat. Kembalilah kau pada Mawar keempat.

“Mawar keempat – Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buangkanlah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.”

Ingatlah “Melati kedua – Jangan beri kesempatan kepada dirimu untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.”

Ya, aku harus merubah masa depanku sendiri, aku harus bangkit dari kelemahan ini. Aku tidak akan biarkan diriku menjadi mangsa keadaan lagi…Aku harus merebut kebahagiaanku sendiri. Tidak sesekali membiarkan orang lain memilikinya… aku harus mempertahankan hak sebenarku. Berjuang demi keadilan. Namun aku redha sekiranya aku tidak berhak memilikinya lagi. “Apa yang berlalu biarlah berlalu; cita-cita adalah harapan yang belum pasti; dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.” Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan…. Ya aku ingat selalu. Doaku agar kemudahan itulah yang dapat memberi kebahagian yang abadi buat ku.

“ Esok akan merekah bunga yang harum, baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang.”
“Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu, mengapa harus aku menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang.”

“Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk mrndapat senyuman tapi tersenyumlah agar anda berbahagia.” Ya, kegembiraan ku dapat menyembunyikan perasaan yang gundah senyumanku mampu membuatkan mereka gembira… hati ini? Aku harus lupakan semua itu. Aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Aku harus tabah menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Aku harus kekalkan senyuman ini,… toi aku tidak mampu menyembunyikan hati ini pada diri sendiri. Kau harus kuat Nida………

Wednesday, April 23, 2008

Perwira keluarga


Kalau korang nak kenal inilah pakcikku.... Dulu dialah lanun kat kampung tapi sekarang... ish tak sangka dia boleh berubah dah mampu mempertahankan negara.. Itulah sikap manusia ni tak boleh dijangkakan.

Mengasah Bakat


Persembahan koir dari puteri kesayanganku yang pertama pada hari terakhir persekolahannya. Pada ketika ini jugalah tanpa aku sedari dia telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang pada ketika itu. Alhamdulilah....semoga dia dapat mengulangi sejarah tersebut. Aku tak dapat bayangkan pada ketika itu bila namanya diumumkan. Patutlah gurunya beria-ia suruh aku mengambil cuti rupa-rupanya ini surprisenya... Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Fatimah kerana membimbing serta mencurahkan ilmu buat anak kesayanganku.

Hargailah apa yang ada

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila..." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu..."

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila..." "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila...

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk, bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan.

Monday, April 21, 2008

Margarine & Planta

Margarine Facts:

1. Contains no cholesterol.
2. Contains more good fats (polyunsaturated and monounsaturated) than butter.
3. Most people view margarine as cheaper and healthier.
4. All margarines are trying to taste more like butter.
5. Easier to spread.
6. Tub margarine is better than stick margarine (the softer the better for you).
7. Can contain pesticide residues depending on where the oil comes from.
8. Margarines are processed by partially hydrogenated vegetable oils which create trans-fatty acids. Trans-fatty acids increase cancer risk, promote inflammation; accelerate aging and degenerative changes in tissues. Trans-fats occur naturally, in small amounts, in some meat and dairy foods. But most can be found when vegetable oils are chemically changed to give them a longer shelf life; such as cookies, potato chips, and doughnuts. Margarines are chemically changed vegetable oils. Trans-fat is the culprit for increasing coronary disease.
9. Margarines when heated turn into rancid trans-fatty-acid.
10. The margarine industry is working on eliminating trans-fat from their products. A trans-fat free product contains less than .5 grams of trans-fat per serving. The Federal Government passed regulations that by 2006 all food labels disclose how much trans-fat a product contains.

Butter Facts:
1. A natural product made from animal fat.
2. Contains dietary cholesterol.
3. Has high levels of saturated fat (this can raise LDL cholesterol levels).
4. Eating butter increases the absorption of nutrients from other foods.
5. Tastes good.
6. Excellent source of fat soluble vitamins A, D, E, and K.
7. Butters fatty acids are structurally similar to the fatty acids in our bodies.
8. May contain residues of drugs given to cows, pesticides, and environmental toxins. To avoid ingesting cow hormones you may choose organic butter.
9. A healthy person should have no more than 200 milligrams of cholesterol per day. Butter has 33 milligrams in 1 tablespoon.
So the question is which is worse butter or margarine? Read the facts not the myths and you decide.