My Memories

Pelengkap Hidupku

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, May 17, 2008

17 May

Semalan dan hari ini aku menghabiskan masa satu hari suntuk di office... aduh tension ada, boring tak usah kiralah. Kesejukkan pulak dah tahap beku dah ni.. Hari ini aku terpaksa menghampakan suamiku sekali lagi.. elok2 nak ke Dungun untuk tukar kasut sekolah puteriku, aku dapat panggilan dari office untuk standby lagi. Entahlah suamiku boleh terima ke tak, nak buat macam mana dah tugas lagipun kalau aku tak pergi jawabnya esok berteraburlah bilik aku dengan batang-batang besi.

Nasib baik puteriku ada aktiviti bersama makcik2nya.. kalau tak jenuhlah aku memujuk dia yang aku kena datang bertugas. Aduh malasnya aku kalau time standby... boring giler dahlah kena standby sorang... Apa lagi habis kerjalah aku geledah nak hilangkan boring.

So terpaksalah aku duk menaip patah-patah perkataan ni untuk hilangkan boring. Sambil2 menaip ni teringat aku pada kawan-kawan lama Aya, Marzita dan Fatimah apa khabar mereka semua yea..

Teringat zaman sekolah dulu kami tak pernah berpisah walaupun kelas berlainan. Fatimah dan Marzita satu kelas dan Aya dengan aku sekelas.... Hobi membaca aku sejak dibangku sekolah masih terbawa-bawa hingga sekarang. Kalau dulu penuh dengan koleksi novel.. satu dorm tu boleh dikatakan nampak je novel sure yang aku punya tu. Ingat pada CIkgu Noraihan selalu naik angin bila tengok aku baca novel time dia mengajar.. Tapi aku dapat sejukkan hati dia dengan dapat keputusan yang cemerlang untuk subjek yang dia ajar.

Sekarang ni.. novel dah jarang aku beli, lebih banyak membaca menerusi internet hinggalah satu hari Proffesor aku beritahu the kliier topic for Current Issue in Malaysia ada dalam Majalah Dewan Masyarakat dan Majalah Dewan Ekonomi. Aduh boringnya aku nak baca fikir ku. Untuk dapat jawab exam punya terpaksalah aku pergi ke DBP beli semua keluaran dari enam bulan sebelum exam... senyum je pakcik kat DBP tu tanya nak buat apa dengan keluaran lama2. Apa lagi pakcik terpaksa coz nak jawab exam.

Sejak hari itu baru ku tahu majalah ini menyimpan seribu fakta dan sejarah untuk membantu kita mengenali dengan lebih dekat lagi isu semasa di Malaysia. Baik dari segi ekonomi, sosial, dan juga nilai kemanusiaan.

Nanti akan ku kupas salah satu topic kat majalah tersebut. Sekarang aku dah jadi pelanggan utama majalah tersebut... untuk menambah ilmu anak ku jua yang sentiasa bersoal jawab tentang sesuatu perkara.

My Sister



Hari ini aku nak bercerita pasal keriuhan yang berlaku di rumah ibu bapaku. 16 Mei... hari ini hari guru... tapi nak dijadikan cerita semua anak ma & ayah seramai 10 org dan 2 cucu berkumpul... Cuma hubby ku jelah yang tak ada coz dia shift malam lah... Za sampai petang semalam dari KL dan Aisyah juga sama tapi dari Trg je.. dan pagi tadi pula Ina baru sampai dari Kedah. Sambil aku duk chatting malam tadi Mie dan family dia sampai... Mmmm nampaknya semua anak2 ayah berkumpul.. Nampak wajah-wajah keceriaan ma dan ayah.

Aku dan adik2 perempuan aku apa lagi kalau dah semua berkumpul... pa lagi posing maut lahh wehhhh... inilah wajah2 mak dara dan anak2 dara Che Daud Mamat. Anak aku lah pulak jadi jurukameranyeeee..... Dalam2 duk bergaya tu macam-macam lah adegan2 yang tak sepatutnya berlaku ... bagai nak runtuh rumah dengan gelak tawanya... dua hari lagi nampaknya kembali sunyilah rumah ni... coz Ina dan Aisyah akan kembali ke kampus manakala Za akan kembali bertugas.

Semoga keceriaan keluarga ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Tuesday, May 13, 2008

To Balqish

Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Monday, May 12, 2008

Family Outing

Seperti biasa, kali ini family outing yang diadakan oleh group hubby telah memilih Sekayu sebagai destinasi seterusnya. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah menjayakan perjumpaan ini. Walaupun family outing ini hanya dikhususkan kepada group hubby and the gangs, namun group lain turut diundang. Memandangkan hanya group hubby je selalu buat family outing maka ramailah nak join walaupun sanggup mengambil cuti.

Seperti biasa kaum ibu akan diarahkan untuk memasak apa yang patut. Tema kali ini adalah ulam-ulaman, maka jenuhlah kami nak habiskan semua itu. Kaum ibu yang datang dari pelbagai negeri ini telah mempamerkan kemahiran memasak lauk pauk dari negeri masing-masing...

Keseronokan anak-anak pula dengan bermain air terjun tak perlu dinafikan lagi. Jenuhlah kaum ibu dan bapa memerhati mereka ini takut terlalai padah jadinya. Aku lak biasalah dengan group yang tak pernah kering gusi, ada je perkara yang mencuit hati dari kisah anak-anak hinggalah kisah hubby masing-masing... Tapi yang banyaknya pasal diri sendirilah.

Aku yang akan berperang dengan exam dapat melupakannya buat seketika. Kemeriahan family outing kali ini dapat membantu aku untuk melepaskan tekanan belajar, bekerja dan juga masalah keluarga yang melanda. Setiap kali berkumpul begini banyak juga faedahnya, yealah dapat megeratkan hubungan suami isteri dan anak juga dengan kaum-kaum ibu yang datang dari pelbagai latarbelakang.

Tapi satu yang tak best bila berkumpul macam ni... Haaaa masa nilah ada diantara mereka cuba merendah-rendahkan orang lain. Eeeee tak bestnya. Ada diantara mereka yang masih tidak mengenali diriku. Mereka tidak mengetahui yang aku bekerja setempat dengan hubby-hubby mereka ini, maka banyaklah cerita-cerita yang tak enak didengar kerana aku tahu semua itu hanyalah rekaan semata-mata.

Bagi mereka yang mengenali aku apa lagi, maka terkekeh-kekehlah mereka ketawa melihat gelagat aku yang bengkek nii....Tapi tulah tak boleh nak salahkan mereka juga kan... maybe hubby mereka terlalu ghairah bercerita pasal pejabat dan teman-temannya dan si isteri pula tak pernah ambil tahu job sisuami maka penerimaan mereka pun jadilah lain....

Okey kita lupakan bab kaum ibu. Acara kali ini lain sikit dari kebiasaan kami buat. Disini kami pelbagaikan acara seperti mengadakan sukaneka. Dalam acara ini... kaum ibu telah meng'Sabotaj'kan kaum bapa... memang pecah perut jadinya. Yealah sibapa telah meletakkan tepung didalam belon dan siibu perlu tiup hingga pecah maka berterbanganlah tepung kat badan siibu... dan siibu tak akan lepaskan peluang itu.. giliran si ibu mainkan peranan maka berbotollah budu yang digunakan semata-mata nak kenakan sibapa. Belon yang diisi dengan budu perlu ditiupkan hingga pecah.. Haaaa kat sinilah bukan setakat belon yang pecah perut pun hampir pecah tengok kaum bapa terpaksa menahan nafas dari terhidu bau budu yang amat kuat tu.

Itulah kemeriahan kami ketika mengadakan family outing di Sekayu, Terengganu. InsyaAllah lepas ni kami akan ke Cherating, Kuantan lak. Tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, May 11, 2008

Family Outing - Sekayu

Seperti biasa, kali ini family outing yang diadakan oleh group hubby telah memilih Sekayu sebagai destinasi seterusnya. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah menjayakan perjumpaan ini. Walaupun family outing ini hanya dikhususkan kepada group hubby and the gangs, namun group lain turut diundang. Memandangkan hanya group hubby je selalu buat family outing maka ramailah nak join walaupun sanggup mengambil cuti. Seperti biasa kaum ibu akan diarahkan untuk memasak apa yang patut. Tema kali ini adalah ulam-ulaman, maka jenuhlah kami nak habiskan semua itu. Kaum ibu yang datang dari pelbagai negeri ini telah mempamerkan kemahiran memasak lauk pauk dari negeri masing-masing... Keseronokan anak-anak pula dengan bermain air terjun tak perlu dinafikan lagi. Jenuhlah kaum ibu dan bapa memerhati mereka ini takut terlalai padah jadinya. Aku lak biasalah dengan group yang tak pernah kering gusi, ada je perkara yang mencuit hati dari kisah anak-anak hinggalah kisah hubby masing-masing... Tapi yang banyaknya pasal diri sendirilah. Aku yang akan berperang dengan exam dapat melupakannya buat seketika. Kemeriahan family outing kali ini dapat membantu aku untuk melepaskan tekanan belajar, bekerja dan juga masalah keluarga yang melanda. Setiap kali berkumpul begini banyak juga faedahnya, yealah dapat megeratkan hubungan suami isteri dan anak juga dengan kaum-kaum ibu yang datang dari pelbagai latarbelakang. Tapi satu yang tak best bila berkumpul macam ni... Haaaa masa nilah ada diantara mereka cuba merendah-rendahkan orang lain. Eeeee tak bestnya. Ada diantara mereka yang masih tidak mengenali diriku. Mereka tidak mengetahui yang aku bekerja setempat dengan hubby-hubby mereka ini, maka banyaklah cerita-cerita yang tak enak didengar kerana aku tahu semua itu hanyalah rekaan semata-mata. Bagi mereka yang mengenali aku apa lagi, maka terkekeh-kekehlah mereka ketawa melihat gelagat aku yang bengkek nii....Tapi tulah tak boleh nak salahkan mereka juga kan... maybe hubby mereka terlalu ghairah bercerita pasal pejabat dan teman-temannya dan si isteri pula tak pernah ambil tahu job sisuami maka penerimaan mereka pun jadilah lain.... Okey kita lupakan bab kaum ibu. Acara kali ini lain sikit dari kebiasaan kami buat. Disini kami pelbagaikan acara seperti mengadakan sukaneka. Dalam acara ini... kaum ibu telah meng'Sabotaj'kan kaum bapa... memang pecah perut jadinya. Yealah sibapa telah meletakkan tepung didalam belon dan siibu perlu tiup hingga pecah maka berterbanganlah tepung kat badan siibu... dan siibu tak akan lepaskan peluang itu.. giliran si ibu mainkan peranan maka berbotollah budu yang digunakan semata-mata nak kenakan sibapa. Belon yang diisi dengan budu perlu ditiupkan hingga pecah.. Haaaa kat sinilah bukan setakat belon yang pecah perut pun hampir pecah tengok kaum bapa terpaksa menahan nafas dari terhidu bau budu yang amat kuat tu. Itulah kemeriahan kami ketika mengadakan family outing di Sekayu, Terengganu. InsyaAllah lepas ni kami akan ke Cherating, Kuantan lak. Tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuu

Saturday, April 26, 2008

Jangan Bersedih lagi

“ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia”

Buku ini telah memberi banyak ruang padaku agar menyayangi diri sendiri. Setiap patah perkataannya membuatkan hatiku bercelaru kerana akulah wanita yang gagal dalam kehidupan…. Kerana aku jualah yang sentiasa melakukan perkara yang tak sepatutnya aku lakukan…. Kasihan pada diriku… yea aku harus bangkit dari kehidupan yang sentiasa membelenggu fikiranku ini.

“Mawar ketujuh – Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa harus bersedih dan merasa gelisah?”

Benarlah kata-kata ini aku telah mengembalikan kenangan dimasa lalu bermain dibenak fikiranku…. Ahhhh aku tidak harus membiarkannya berlaku. Tidak, aku tidak harus bersedih, aku tidak boleh memandang ke belakang… aku perlu bangkit dari mimpi ini. Ayuh Nida, bangkitlah sebelum engkau terlambat. Kembalilah kau pada Mawar keempat.

“Mawar keempat – Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buangkanlah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.”

Ingatlah “Melati kedua – Jangan beri kesempatan kepada dirimu untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.”

Ya, aku harus merubah masa depanku sendiri, aku harus bangkit dari kelemahan ini. Aku tidak akan biarkan diriku menjadi mangsa keadaan lagi…Aku harus merebut kebahagiaanku sendiri. Tidak sesekali membiarkan orang lain memilikinya… aku harus mempertahankan hak sebenarku. Berjuang demi keadilan. Namun aku redha sekiranya aku tidak berhak memilikinya lagi. “Apa yang berlalu biarlah berlalu; cita-cita adalah harapan yang belum pasti; dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.” Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan…. Ya aku ingat selalu. Doaku agar kemudahan itulah yang dapat memberi kebahagian yang abadi buat ku.

“ Esok akan merekah bunga yang harum, baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang.”
“Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu, mengapa harus aku menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang.”

“Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk mrndapat senyuman tapi tersenyumlah agar anda berbahagia.” Ya, kegembiraan ku dapat menyembunyikan perasaan yang gundah senyumanku mampu membuatkan mereka gembira… hati ini? Aku harus lupakan semua itu. Aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Aku harus tabah menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Aku harus kekalkan senyuman ini,… toi aku tidak mampu menyembunyikan hati ini pada diri sendiri. Kau harus kuat Nida………

Wednesday, April 23, 2008

Perwira keluarga


Kalau korang nak kenal inilah pakcikku.... Dulu dialah lanun kat kampung tapi sekarang... ish tak sangka dia boleh berubah dah mampu mempertahankan negara.. Itulah sikap manusia ni tak boleh dijangkakan.

Mengasah Bakat


Persembahan koir dari puteri kesayanganku yang pertama pada hari terakhir persekolahannya. Pada ketika ini jugalah tanpa aku sedari dia telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang pada ketika itu. Alhamdulilah....semoga dia dapat mengulangi sejarah tersebut. Aku tak dapat bayangkan pada ketika itu bila namanya diumumkan. Patutlah gurunya beria-ia suruh aku mengambil cuti rupa-rupanya ini surprisenya... Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Fatimah kerana membimbing serta mencurahkan ilmu buat anak kesayanganku.

Sunday, April 20, 2008

Blood Donation

Tanggal 17 April 2008....
Hari ini dalam sejarah.... My company sekali lagi menganjurkan Blood Donation. Kalau tak salah aku dah tahun ketiga dah my company menganjurkan dengan kerjasama Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.... Biasalah penceramah-penceramah kesihatan lak semestinya Doc Helmi tak ketinggalan... yealah dialah satu-satunya Doc yang pandai jaga client.

Tapi aku tak nak citer pasal Doc Helmi. Ni nak citer pasal diri aku sendiri. Nak dijadikan citer aku ni gabra sikit bab darah-darah ni... mudah sangat mabuk bila tengok.. itu yang aku tak pernah menderma... dulu pernah jugak cuba-cuba tapi tak layak coz tekanan darah rendah sangat.... Nak dijadikan citer aku terlibat secara langsung setiap kali company menganjurkan aktiviti ni.. so dah biasalah tengok staff2 ni menderma.... Hari ni aku saje jelahhh... angin nak sahut cabaran member aku sorang ni.... tambah lagi ada sorang budak process tu pun saje je nak tengok aku marahlah konon2nya... dia kutuk aku sakan katanya "duk kat registration tapi tak nak menderma...apa lah Kak Nida ni..." hehehehe... dia tak tahu aku ni susah nak marah orang... tapi kalau aku marah ada yang makan hati berulam jantung. Aku pun jawablah "Hai...duk kata Kak Nida tu... borang dah isi belum? kalau belum isi sekali untuk Kak Nida". Apa lagi.... mamat sorang ni bersama member aku yang sedang bertugas tanpa buang masa terus isi borang untuk aku...cilakak punya... tanpa pengetahuan aku terus mereka bawa form tersebut kat doktor yang bertugas....

Apalah bebudak ni... aku tanpa buang masa terus sound kat depa semua... sesiapa yang kenakan aku jawabnya housing subsidy tak masuk bulan ni...apalagi mereka pun gelabahlah beb.... kebetulan mereka baru je hantar form untuk apply subsidy. Untung jugak duk HR ni boleh ugut staff lagi... hehehehe... tapi tak pelah aku cakap pada diri aku apa salahnya aku cuba.... lagipun darah aku O+ boleh selamatkan ramai orang lagi....

Aku pun dengan bangganya melangkahlah pergi untuk menderma darah.... tak lah sakit sangat... cuma aku tak leh tengok darah tu jelah.... Akhirnya.....2008 terpahatlah sejarah aku menderma darah.... kelakar pun ada.... tak kisahlah.... tapi sikit jelah doctor tu ambil coz katanya berat badan aku tak cukup untuk derma banyak2.... hehehe tulah diet lagi.

My carier

Salam..., kat sini aku nak share sikit pasal kerjaya HR.... Mungkin bagi sesetengah orang duk kat HR ni seronok dapat tahu semua perihal staff... tapi bagi aku sebaliknya... penat tau tak melayan kerenah staff yang sentiasa tak cukup dengan apa yang diberikan... Tapi aku ni di kategorikan kebal jugaklah coz dah 7 tahun aku duk kat HR... member lain dah bertukar department dan ada yang dah berhenti kerna tak tahan duk HR... Aku ni dikira tak terdesak lagilah tapi hampir terdesak jugak... aku pernah apply untuk tukar department tapi big bos tak bagi... alasannya carier aku dalam bidang HR lebih menyerlah... fuihhhhh bangga jap.... tapi tulah macam aku kata... sebenarnya susah nak jaga hati staff ni... HR umpama ibu bapa bagi staff sesebuah syarikat. Aku pernah cakap kat small bos, aku nak resign... tapi dia suruh aku pikiq 2,3 kali.... yea jugak.. kalau aku resign family aku camne... nak kerja kat lain susah coz company aku dah beri bermacam-macam dah.... almaklumlah company besar..tapi tulah camnalah my staff yang lain tak dapat nak terima benefit-benefit yang diberikan jauh lebih besar dari mana-mana syarikat JV....


Foto-foto ni masa aku terlibat dengan MAJLIS KHIDMAT LAMA yang dianjurkan oleh company aku kat Hyatt, Kuantan.... masa ni ok sikitlah tak banyak cabaran coz tak ramai yang dapat anugerah ni jika nak dibandingkan 2 tahun lepas..huiiii jenuh nak handle... sakit kepala tau... ingat senang duk HR... semua function kat office nak tak nak kena paksa rela turun padang tau.... ini tak family day lagi maunya 4am, 5am baru boleh merangkak masuk bilik tau.... rasa terjegil bijik mata....

Carrom



Assalamualaikum.... Hari ini aku imbaskan kembali kerjaya unformal aku di office.... sebagai konvenor carrom ( bukannya pandai pun main karom )... Sejak aku memegang jawatan ni selama 3 tahun berturut-turut... tahun inilah langsung aku tak buat apa-apa tournament... budak-budak dah bising.... aduuuuhhhh gawat nih... camna aku nak buat yea.... coz aku sebenarnya dah boring nak anjurkan tournament ni coz asyik orang sama je main.... orang sama je menang... tak mencabar langsung.... Haaa.. rasanya aku nak bekerjasama dengan OPU lainlah pulak.... PPTSB dah tak berani nak sahut cabaran.... Company aku pun satu.... nak bertanding suka-sukapun kena ikut procedure.. mau taknya mereka seram sejuk.... mewah sangat my company bagi.... kesian depa asyik dimalukan every year.... ok.... sebagai kenangan aku publishkan foto-foto internal dan external tournament yang telah aku arrangekan untuk my staff....

Tuesday, April 15, 2008

BBQ




Haaaa... Inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh my family... Family BBQ haa.... masa ni macam -macam ragam yang boleh dilihat... Mmmmm... rindulah pulak dengan suasana cam ni....Bilalah boleh berkumpul semua adik beradik yea.. bila dah berkerjaya ni semua bawa diri masing-masing. Sorang kat Kedah, sorang kat KL, sorang kat KT soarang lagi offshore...

Variasi


Inilah hubby and my daughter.....Sewaktu FD di Sunway.

Monsoon Cup.


Ini puteriku bersama Tok Ki, Tok Ma, Adik Su dan Che'Teh dia... enjoy sakan... tapi yealah nak pi jalan-jalan dengan ummi dan abahnya tak dapat... busy memanjang... so terpaksalah menumpang kasih dengan datuk dan nenek juga makcik-makciknya je. Masa ni dia pi kat Monsoon Cup 2007... dah 2 tahun dia merasa ke sana...

Sentuhan Kasih





Gambar ini diambil bersama anak-anak yatim dan miskin.... My company telah menyumbangkan apa yang patut pada anak-anak ini untuk meringankan beban mereka berdasarkan permintaan mereka sendiri.... kebanyakan dari mereka memerlukan basikal bagi kemudahan ke sekolah juga duit saku bagi keperluan asas mereka.....

Bila bersama mereka ingat masa susah dulu..... Tapi aku bersyukur dengan kerjaya sekarang yang banyak meringankan beban kedua orang tua aku.... anak aku pun tak lah susah seperti aku.... pergi sekolah pun aku pi ambik pi hantar... dengan kereta lagi... aku dulu jalan kaki ke sekolah tau

Suka-suka



Inilah kenangan yang paaaaaaliiiing banyak dukanya..... waktu ni aku still bekerja di KLCC.... sorang-sorang kat perantauan... rutin aku keluar 6.00am balik 11.00pm.... hampir 7 bulan tak pernah nampak matahari kau orang tahu takkkk.... huiii memang sadissss.... tapi tulah pengalaman akan mematangkan kita.... dari sinilah aku kenal sorang mamat yang banyak memporakperandakan hati dan perasaan aku... dugaan betullah sedangkan waktu itu aku dah pun jadi tunangan orang... dan pada masa ini jugaklah abang angkat aku yang aku sayang meluahkan yang dia memang nak angkat aku jadi surinya bukan main-main lagi.... syahdu dan sedihhhhhhhnyaaaa..... bukan setakat cinta 3 segi lagi dah pada masa tu dah bersegi-segi dah...... aduuuuhhhh last-last aku still dengan tunang aku.... hubby aku sekarang....



Haiiiii.... Memori semalam... masa ni aku and family pi ikut Family Day ( FD ) yang office aku anjurkan... kakak waktu tu baru 3 tahun..... masa tu keletahnya memang tak cukup tangan lah.. nasib baik anak pompuan itulah orang tua cakap nakal anak pompuan dengan anak lelaki ni lain.... Tapi kesian dia tak boleh nak gunakan kesempatan ticket-ticket freeee... huiiiii beraturnya bukan main panjang lagi....last-last aku cakap kat hubby tak yah mainlah... jenuh nak beratur bebbbbbb..... so akupun, hubby dan puteri aku yang sorang ni pun pilah meronda-ronda jek.... tapi ada rezeki lain kali pi lagi....

Inilak... masa aku bawak puteriku ke Zoo Teruntum.... aku busy sangat-sangat waktu tu... so nak dijadikan cerita terpaksalah aku tunaikan janji dengan anak aku nak pi holiday... nasib baiklah dia ni dengar kata.... aku cakap kita pi dekat-dekat jelah coz tak cukup masa.... nanti bila cuti sekolah panjang kita pi jauh-jauh lak... oklah... jawabnya May atau Jun nanti terpaksalah aku tunaikan janji aku pada dia... kesian dia.... masih tak tercapai lagi nak bawak pi Petrosains, Aquaria dan lain-lain tempat tu.....