My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, January 29, 2012

Luv U

Assalamualaikum...
Tiba2 jer aku rindukan puteri kesayangan ku... hari ni dia exam OTI... aku balik tgk masih menghadap FB lagi... ermmmm bila tegur alasan dia bagi siang dah sekolah malam ni kan xde tuition boleh lah kakak tgk FB jap.... ermmmm apa nak kata lagi kan... harap2nya dia x abaikan pelajaran dia.... Aku rindukan masa2 bersantai dengan dia... rindu sangat2... ermmm bila yer aku nak bawak dia lagi... semalan aku dah bawak dia pusing2 ke Kemaman kejap sambil2 aku wat kerja... Hanya berdua sahaja.... errrrmmmm nampaknya dia happy kerana inilah masa privacy yg dia tunggu2.... nak tengok wayang xde cter yang sesuai... nak main bowling... rasa cam boring lak.. coz aku suka main bowling ramai2... bawak semua adk2 coz leh gamatkan suasana.... takpelah apa2pun masa utk puteri aku dah langsaikan...... bila tgk pic2 puteri ni aku rasakan bertambah rindu.... arggghhhhhh perutku buat hal lagi... bilalah aku nak wat operation ni... delay memanjang,... hinggakan doctor pun dah bising huhuhuhu.... relax doc... tak lama lgi k... aku serahkan diriku ini... hehehehhehe...
Senyumanmu pu3 menenangkan aku... gelak tawamu menghibur hatiku syg... tapi kini dirimu semakin kuat merahsiakan dariku... duhai pu3 usahlah kau bersikap begini.... dirimu amat kusayangi... kongsilah apa yang dirasai itu... usahlah dirimu memendam rasa lagi.... Senyuman yang menghiasi wajahmu amat sukar ku perolehi... namun begitu aku akan sentiasa mengabadikannya... kerana senyuman inilah membuatkan aku semakin tabah mengharungi liku2 kehidupan ini...
kerana tdak mahu senyuman ini hilang aku terus menyendiri..... demi masa depan mu... aku tidak akan menyakiti dirimu... apatah lagi menghampakan dirimu sayang..... akan ku pertahankan kasih sayang ini supaya tidak pudar... akan ku penuhi cita2mu... akan aku bimbingi dirimu agar apa yg kau impikan tercapai... Sayangku.... aku menyenangi gelak tawamu ini... pertama kali aku melihat kegirangan wajahmu.... Dikaulah pu3ku... permata hatiku.... dikaulah segala2nya buatku..... semoga dirimu menjadi anak yg menyejukkan.... Ya Allah sakitnyaaa.... pu3ku... umi menyayangimu.....

Saturday, January 28, 2012

Penantianku

As salam....
Langkah di atur kini bersilang lagi...
Hampir tersungkur mencium ke bumi...
Laluan kini makin keliru...
Tidak ketahuan di mana yg harus di tuju...
Ke kanan salah... ke kiri pun belum tentu betul...
Aku melangkah lagi...
Melalui denai kehidupan...
Meniti tititan harapan...
Namun segalanya masih kabur...

Permintaan demi permintaan..
Membuatkan aku semakin rimas...
Mencari siapa yang akan menunjuk jalan
Menanti siapa yang akan membimbing..
Dugaan demi dugaan aku hadapi..
Ujian demi ujian aku tangani,...
Namun semua itu belum dapat memberi kekuatan padaku...
Hanya padaMu ku berserah...
Agar aku dipertemukan dgn dia...
Yang akan mengimani solatku
Yang akan memimpin tanganku
Yang akan membahagiakan hidupku
Yang akan meringankan bebananku
Yang akan berkongsi suka duka bersamaku.......



Saturday, January 21, 2012

penantian..

As salam...
Dah 2 mlm air mataku gugur k bumi....mlm ini hatiku di sentuh lgi apabila membaca laman blog seseorg... keakraban aku dgn somebody telah disalah mengertikan.... bagai d hiris dan dicincang... tdak cukup lgi kh pgorbananku selama ini.... ku sangka kn panas hingga k petang tp taufan pula yg melanda.... bilakh ianya akn berakhir....

Friday, January 20, 2012

Disini aku..

As Salam.... dah lama aku tidak melepak di sini... tapi tiap kali aku kesini hanya 2 perasaan shj... sedih dan gembira.... tapi malam ini kedua2nya bersilih ganti.... sedih kerana mendengar perkataan yang berulang kali di sebutkan... gembira kerana adk2 aku telah kembali bersatu....

Fikirku kehadiran aku seperti yg diminta dirumah ini akan menghilangkan resah parentku... tp sejak akhir2 ini terlalu kerap kata2 bebanan di lafazkan hanya kerana aku masih memegang status itu.... kenapa perkataan melepaskan bebanan di ulang terlalu kerap.... adakah kerana aku sudah tdak hulurkan perbelanjaan kepada mereka lagi.... aku buntu... hendak balik ke rumah sdiri tak dibenarkan..... aku tersepit di antara persimpangan ini... Ya Allah kau berilah kekuatan padaku... sesungguhnya aku tidak kuat lagi meneruskan ujian darimu ini.... Hatiku telah tertutup utk menerima org lain setelah hati ini sering permainkan.... Aku tidak lagi mengharap kehadiran dia utk mengakhiri smua ini kerana ku tahu... aku hanya melukut di tepi gantang... dia bkn untukku. Semua itu hanya persinggahan.... tempat aku berteduh utk sementara....

Kini aku dlm dilema bagi meneruskan perjuangan kehidupanku... mampukah aku menangkis semua itu.... meneruskan perjalanan yang penuh berduri.... aku sering di persalahkan.... tapi aku juga sering di minta utk membuat keputusan.... tp... siapa peduli dengan perasaan aku.... siapa peduli tentang pergolakan jiwaku ini... adakah hatiku tidak berharga utk dinilai...?? adakah hatiku tidak layak utk di cintai.... adakah hatiku tidak layak utk di ubati.... adakah kehadiranku hanya utk di jadikan tempat utk kalian bersenang lenang..... ??? Kembali kan ketenanganku.....

Friday, January 6, 2012

Siapalah Aku...

Sesekali menyedari pada senja yang merah ini,
Aku tidak mahu lagi berbicara,
Tentang sisa kenangan lalu,
Menyingkap tabir sejarah,
Yang merobek hati luka berdarah,
Memungut kasih yang tidak kesampaian,
Resah gelisah dimain perasaan.
Sesekali menyedari pada malam yang dingin ini,
Lebih baik ku menghitung dosaku yang menggunung,
Renung ke dalam diri, jenguk hatiku yang kotor,
Hisab diriku yang kerdil dan hina,
Bertasbih, bertahmid, sujud dan bersyukur,
Lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya,
Berserah diri mengharapkan simpati,
Agar aku diampuni.
Sesekali pada subuh yang hening ini,
Kusedari siapalah aku,
Kalau hanya seorang hamba,
Hidup mati ditentukan Allah,
Punya diri tak selamanya,
Punya kehidupan tapi sementara.

JANGAN KAU TANGISKAN

Jangan kau tangiskan
sekiranya hatimu terluka
tabahkan hati
menempuh pancaroba ini

Jangan kau tangiskan
pabila
mentari menyinar jatuh
telah tiba ketikanya
mengucapkan salam perpisahan

Jangan kau tangiskan
seandainya
takdir itu merenggut perasaan
padanya hanyalah
suatu suratan.

GALERI NOSTALGIA USANG

Mahu saja aku campakkan
koleksi galeri nostalgia
sekian lama menghiris rasa
atau masihkah belum terlewat
untuk menatap sejarah sayugia
rencah rasa pedih perasaan
kini relaku buang jauh
menatap sepi musim luruh
Akan terdamparlah dedaunan itu
di cengkam aroma bermusim
relaku kutip serpihan warna impian
dari menatap layumu yang pasrah
terdampar hangat di musim dingin
Kini muncul di tapak tangan
sebutir benih yang subur
bakal kembali menceriakan
musim – musim layu yang layu
kian galak bercambah mesra
memayungi jendela galeri usang.

Wednesday, January 4, 2012

Dia bukan jodoh ku

Belajarlah untuk kehilangan dia,
Andai dia bukan jodoh KITA ..
Belajarlah untuk tabah,
Andai dia pergi dari hidup KITA ..
Belajarlah untuk menerima hakikat,
Yang dia bukan milik KITA
Dan
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia,
Andai cinta dia bukan untuk KITA ..
kekadang kita terpaksa melalui saat2 yg sukar didalam kehidupan ini sebelum mengecapi nikmat kebahagiaannya...
Dalam kita melangkah terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat..,
Hingga kita terduduk & menangis.
Peritnya terasa,
Tapi ketahuilah dan renungkanlah kembali ke dlm diri,
Kerana mungkin air mata yang hadir tika itu adalah kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman kita yg kian terkoyak,
Lantaran ada langkah2 yg tersasar dari
KEIKHLASAN dan KEIMANAN...

Tuesday, January 3, 2012

The Poem of My Heart

Aku nukilkan sebuah puisi hati
atas kajang penuh makna ini
membawa terbang ke alam fantasi
membuka persoalan mendamba hakikat maknawi
pada kudusnya kehidupan
pada tulusnya perkasihan

Aku rautkan mata pena
aku tajamkan minda sastera jiwa
aku halusi firasat insan sejati
yang terkandung dalam roh sukmaku ini

Lalu...
tertancap wacana berkias
sarat rahsia kedap tersimpan
terawang-awangan, terbias-bias
kerana diri ini, diri Ar-Rahman
punya jawapan keampuhan
punya ketentuan keazalian
punya luahan untuk dilawas mapan

Pada Tuhan...siapalah aku yang hina
Pada dian...siapalah aku ini
Pada Al-Khalik...ku serahkan segalanya
Pada kekasih...ku butuhkan cintamu!

Dalam kembara kehidupan
dugaan,cabaran,kepahitan adalah asam garamnya
nikmat,kasih-sayang,kedamaian adalah roh kekuatan jiwa
Ku perhalusi langkah-langkah ini kembali
terpesongkah aku atau terujikah aku
Lalu ku bisikkan pada nurani...
"Menangislah...selagi sukma jiwamu
masih sarat bersalut duka derita!"

Monday, January 2, 2012

Happy New Year

As salam...


Rasanya x terlewat aku ucapkan Happy New Year to all.... Esok bermulanya alam persekolahan utk anakku.... namun ku tahu dia frust coz aku buat tak endah dengan persiapan sek dia.... every year kasut sekolah akan menjadi satu permasalahan.... tahun ini berlaku lagi...huhuhuhuuhuh... selalu xde saiz kalau dia berkenan.... namun begitu alhamdulilah ank ku cam aku gak... yg mahal2 x nak.. hehehehhe.. jenuh sahabat baikku memujuk nak belanja beli kasut... tgk harga terus dia letak... "alah kasut sekolah jer.. x perlu lah beli yg mahal" hehehehhehee...


Keakraban adik2 telah bermula... ku harapkan semuanya berkekalan... Keegoaan ku juga telah aku korbankan demi untuk melihat ayahku tersenyum... Alhamdulilah dengan balasan teguran dari adik2ku telah membuatkan ayh tersenyum... Maafkan along ayah... sesungguhnya along begitu terluka dengan sikap adik2..... Dan tahun ini along mengalah demi ayah... Keakraban along telah bermula... tiada lagi bermasam muka dgn adk n ipar.... ank2 buah yg dirindui kini dalam dakapan ku.... sesungguhnya aku terlalu merindukan saat2 ini.


Ku harapkan keriangan, kegembiraan yang berkekalan... miss u all.... but sorry sorang lagi ipar ku xde lam pic ini coz mereka baru kawin sedangkan pic ini dah lama adik ku, Ina mengeditkannya.... apa2 pun nnt aku upload my big family..... & anak buah ku Adam Hariz... apa khabar dia sekarang ni... tentu dah besar sekarang....
Permata hatiku... Daniel & Dayana.... gelagat yg sentiasa buat kami sekeluarga tak kering gusi... jika di takdirkan kami akan bersama x lama lagi kerana aku telah menawarkan kepada ibu bapa nya utk tgal bersamaku di TERATAK NAFWIDA.