My Memories

Pelengkap Hidupku

Friday, January 20, 2012

Disini aku..

As Salam.... dah lama aku tidak melepak di sini... tapi tiap kali aku kesini hanya 2 perasaan shj... sedih dan gembira.... tapi malam ini kedua2nya bersilih ganti.... sedih kerana mendengar perkataan yang berulang kali di sebutkan... gembira kerana adk2 aku telah kembali bersatu....

Fikirku kehadiran aku seperti yg diminta dirumah ini akan menghilangkan resah parentku... tp sejak akhir2 ini terlalu kerap kata2 bebanan di lafazkan hanya kerana aku masih memegang status itu.... kenapa perkataan melepaskan bebanan di ulang terlalu kerap.... adakah kerana aku sudah tdak hulurkan perbelanjaan kepada mereka lagi.... aku buntu... hendak balik ke rumah sdiri tak dibenarkan..... aku tersepit di antara persimpangan ini... Ya Allah kau berilah kekuatan padaku... sesungguhnya aku tidak kuat lagi meneruskan ujian darimu ini.... Hatiku telah tertutup utk menerima org lain setelah hati ini sering permainkan.... Aku tidak lagi mengharap kehadiran dia utk mengakhiri smua ini kerana ku tahu... aku hanya melukut di tepi gantang... dia bkn untukku. Semua itu hanya persinggahan.... tempat aku berteduh utk sementara....

Kini aku dlm dilema bagi meneruskan perjuangan kehidupanku... mampukah aku menangkis semua itu.... meneruskan perjalanan yang penuh berduri.... aku sering di persalahkan.... tapi aku juga sering di minta utk membuat keputusan.... tp... siapa peduli dengan perasaan aku.... siapa peduli tentang pergolakan jiwaku ini... adakah hatiku tidak berharga utk dinilai...?? adakah hatiku tidak layak utk di cintai.... adakah hatiku tidak layak utk di ubati.... adakah kehadiranku hanya utk di jadikan tempat utk kalian bersenang lenang..... ??? Kembali kan ketenanganku.....

No comments: