My Memories

Pelengkap Hidupku

Tuesday, March 6, 2018

You are my Hero

Assalamualaikum wbt...
Inai di jari masih kemerahan... kerinduan pada suami tercinta mula bercambah... cuti yang sentiasa berubah-ubah cukup memberi tekanan keada kami. Walaubagaimanapun masa yang ada di gunakan sebaik mungkin. Tq suamiku menemani aku menjalankan tugassan yang di pertanggungjawabkan.

Masa yang ada ku gunakan sebagai honeymoon buat kami... menjelajah utara merupakan sesuatu yang menarik... satu experience yang cukup menyenangkan...

Kasih sayang yang makin bercambah membuatkan aku cukup terharu...  perhatian yang tak pernah ku rasai selama ini... syukur padaMu yang Illahi...
Perkenalan yang cukup singkat... hingga ke jinjang pelamin... restu anak2 membahagiakan kami...

Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana adanya kamu disisiku... terima kasih sayang
 

Kini bahumu menjadi sandaran buatku...

Terima kasih suamiku... akan ku membahagiakan kamu untuk selamanya....

Happy Day - 17 February 2018

Assalamualaikum wbt.
Akhirnyaaaa... penantianku telah berakhir.. Syukur ke hadrat Illahi... 2018 mengakhiri penantian aku yg telah lama ku nantikan... hadirnya seorang lelaki yang benar2 ikhlas menerimaku.... kasih sayang dan perhatian yang tak berbelah bagi... walaupun kami berjauhan ketika ini namun perhatian yang di beri cukup membuatkan aku terharu. Terima kasih suamiku... Love you so much

Semoga doa2 kita terus di makbulkan serta perjalanan kita ini terus di berkati... Tak pernah ku merasai kemeriahan sebegini... debaran yang di nanti akhirnya di lalui dengan tenang. Lafaz akad yang di nanti tertunai jua...

Terima kasih suamiku.... walaupun ujian melanda kita... namun kita hadapi dengan hati yang terbuka. Halangan yang mendatang kita tempuhi jua. Terima kassih menerimaku sebagai isterimu sayangku...

 
Senyuman anak2 menambahkan lagi keriangan di hatiku.... tiada apa yang lebih berharga dari senyuman mereka... semoga keluarga kita akn terus harmoni seperti yang dirimu inginkan...


Keakraban anak2 jua ku doakan agar ianya terjalin buat selama2nya.... maka tertunai sudah harapan puteriku untuk memiliki abang daan kakak.. terima kasih ALONG and KAKAK Syana.

Terima kasih ayah kerana merestui hubungan kami. InshaAllah hubungan kali ini akan terjalin dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan.

Terima kasih saying kerana merestui hubungan umi dengan abah. Umi doakan saying jga akn terus berada dalam suasana yang penuh keceriaan dengan hadirnya Abah baru.


Tiada apa yang dapat menggambarkan suasana ini melainkan rasa syukur yang tak dapat di luahkan dengan kata2. TQVM hubby. Love you so Much.

Hati berbunga kini dengan kehadiran suami tercinta...
 
Ciuman pertama merestui hubungan kita...
 
Dengan dua kali lafaz selepas di buli oleh anak sendiri akhirnya Dato' Khairuddin Mohamad sah menjadi suamiku... Alhamdulilah

Kini nombor yang di pilih tak lari dari 668.. ada sebab kenapa no itu menjadi pilihan... tq syang...