Pelengkap Hidupku
Sunday, December 25, 2011
Hatiku
Duka
seindah malam dihiasi bintang,
disitulah kita disedarkan,
bahawa kita insan yang lemah.
duka itu kasih,
kasih yang amat kita benci,
namun ia adalah suci,
kerana ia menabahkan hati.
duka itu cinta,
ia anugerah dari yang Esa,
untuk kita yang selalu lupa,
untuk kita mengingatiNya.
duka itu kawan,
tidak terlihat oleh mata,
tidak didengar oleh telinga,
memberi nasihat kepada jiwa.
duka itu hasrat,
memberi kita harapan baru,
menghadiahkan kita sinar bahagia,
kasih dan sayang daripadaNya.
duka itu pintu,
yang membuka lembaian baru,
yang menutup kisah lalu,
yang menyuruh kita maju.
duka itu pohon,
untuk kita duduk berteduh,
daripada terus rasa terluka,
dengan memohon pada yang Esa.
duka itu bintang,
setitik cahaya ditengah kelam,
setitik harapan ditengah gelora,
satu permulaan kepada bahagia.
duka itu embun,
sesejuk si air mata,
menguatkan jiwa untuk berdoa,
yang mendekatkan kita kepadanya..
Wednesday, December 21, 2011
mafly.blogspot.com
Wednesday, December 7, 2011
Ku Relakan Kau Pergi
Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku
Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita
Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan
Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku
Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku
Saturday, December 3, 2011
Mencintai tidak bererti memiliki...
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......
Friday, December 2, 2011
Layan Mata
Aura dinner lum habis lagi... kali ini aku hidangkan pic dari paparazi OPTIMAL yg terpilih... haaaaa... baru clear cikit... sodap mato nak memandang eaaaa.... hehehehhehehehe... ok... jommmm.... Aku rasakan dinner kali ni paling happening.... tp kepala aku jer yg buat hal.... sakit teramat sangat hingga hampir2 pitam di pangkuan wife Nabil... sorry yer sis.. sib baik u ada... klu x... cam paper melayanglah aku kat belakang tuuu... hehehhehehehe...
Suasana yang cukup menghiburkan... walaupun aku x menjamah apa2 hidangan tapi melihatkan keletah anak ku... rasa kenyang lak...
Monday, November 28, 2011
Family Day - Adventures of d World
Kembali lagi aku ke memori semalam.... dengan dunia penulisan yang lahir dari luahan hatiku sendiri... keriangan dan kedukaan asam garam yang memenuhi citarasa ku... di tambah dengan perisa2 yang bermacam2... pahit.. manis.. masin... masam... hehehhehee... merapu lagi aku ni kan.... hahahhahaha...
Keriangan anak ku bersama kawan2 dia yg juga ank sahabat baik ku gie.. menghabiskan masa meround satu Sg. Wang utk mencari baju dan juga aksesori yang sesuai utk di gayakan nanti... alhamdulilah kali ini pilihan dia sama seperti citarasa aku... so xde soal banyak bayar jer... hehehhee... thanks gie... cari tempat yg sesuai ngan budget aku... pakaian yg menarik n berpatutan...
Kemana sahaja tetap berempat... namun begitu kebimbangan aku tetap ada wpun mereka keluar bersama.... anak dara semua tu bebbbb... mau tak risau.... apa2pun alhamdulilah.. sepanjang aku bertugas anakku pandai menjaga diri... dan selalu meminta izin dariku walau kemana dia pergi.... semoga dirimu tabah anak ku.... thanks memahami kerjaya umi... luv u honey....
Saat2 yang di tunggu2 oleh anakku.... sessi bergambar bersama raja2 lawak... kali ini dia x nak lepaskan peluang... Alhamdulilah... angah sporting.... " laaaaaaaa... puteri akk yang mata blink2... n kasut vincci blink2...." hehehehhe... ada2 jer kau ni angah... itu kasut made in Sg.Wang lorrrr... hehehhehehehe.....
Huhhhh... bulu mata anak umi ada batu lesung tuuuuuu..... nabil lah cakap... umi duk kat bawah gelak jer... hahahhaha.... umi bahagia di saat kau ketawa sayang....
Puteri2 yang menghiasi pentas pada malam itu..... congratulations utk ank umi coz dapat 2nd place for the best dress category 9-12yrs.... congrat dear....
"Umi... nabil kenyit mata kat kakak masa dia kata pakaian kakak bukan cinderella tapi pakaian barbie..... dia kata kakak akan menang" hahahhahaha... macam2lah kau ni nabil.... apa2pun.. pada malam itu u r d best nabil... congrat... sampai kat umh pu3ku masih teruja apabila dia org pertama yang kau hulurkan salaman. Thanks...
Wednesday, November 23, 2011
SOCSO-MEF
Beginilah kerja aku... sejak2 tutup semua akaun ni laju jer aku megarang kat cni.... hehehehehhe.... tapi aku lebih suka macam ni... aman.... tenang sekali.... jommmm... lyan koleksi aku,....
Impian Pu3
Isi Hatiku
In Memory
Kemengantukan melanda aku lagi,..... huhuuhuhuh bahana citer korea... hampeh tul laaa.. aku dah berjangkit mekna n pu3 ku... mlm2 layan korea...hilang nak balik tido awal.... hancusssss....
Okeylah disebabkan aku dah bersara dgn semua dunia cyber... makanya memorilah tempat aku menghilangkan kemengantukan ku ini... jom layannnnnn...
Koleksi kali ini merupakan koleksi terakhir aku bersama partnerku izan fazlina... huhuhuuhuh kini aku kembali bekerja berseorangan seperti 3 tahun yang lalu.... huhuuhuhuh... bilalah kerja2 ku itu akn habis... uwaaaaaaaaa..... aku udah kepenatan deh..... relexxxxxxxxxxxxx.... sapa x kenal nida... hahahahha... pekerja yang boleh buat apa saja selagi x lemas... huhuhuuhuh itu bos aku cakap laaaa... tp lam hati aku... kalaulah aku d beri peluang... mau aku lanyak2... hahahahhahahaha... tp beranikah aku... kuang...kuang...kuang....
aku, izan & gie...... saat2 berakhirnya izan di OPTIMAL....
Gurlz2 team... huhuhuhuhuhu... bukan senang nk kumpul ni... hehehhehe
boyz2 & gurlz2... hehehhehehe... bergabunggggggggggggg....
Ucapan terakhir & kata2 semangat buatmu izan... tapi ada ke patut aku di cakap garang... hahahahhahaa.... kau duk KL x dapatlah mendengar aku membebel yer... Opssss... lupa lak... kau cakap kau selalu jengah blog ni kan izan.... sooo... di kesempatan ini.... ingat2 lah akk yg selalu membebel ni yer,.... hua...hua...hua... wa ngantuk niiiiiiiiiiiiii... xde suara kau lagi yg nak nyayikan lagu untuk ku... huhuuhuhuhuhu...
Tuesday, November 22, 2011
Selamat Pengantin Baru - 19.11.2011
Monday, November 21, 2011
Angin kus kus
Friday, November 11, 2011
11.11.11
Wednesday, November 9, 2011
Percutian AidilAdha
Mungkin inilah nikmat pengorbanan aku selama ini.. Ma n Ayahku jua semakin memahami keadaan diriku... mereka tidak lagi membuka cerita berkenaan status ku lagi... dan aku semakin berani utk berterus terang.. hubungan aku dgn ayahanda semakin rapat... banyak perkara dan juga masalah akn ku berkongsi dengan ayahanda... thanks ayh kerana mula memahami perasaan anakmu ini... dan maafkan aku selama ini aku banyak menyinggung perasaanmu.....
Jom... seperti biasa aku hidangkan koleksi pengembaraaan percutianku..... namun aku x dapat nk upload pic adik kesayanganku kali ini.... Adik ku semakin ceria di sana... Alhamdulilah Ya Allah.... usahlah kau uji aku lagi.... aku bersyukur padamu.... semoga adik2ku sedar akan kesilapan mereka serta dapat memahami apa yg aku lakukan selama ini hanya utk kebaikan mereka....
Umi lah ajar k3 makan dim sum.... tgk dah nak balik pun k3 ajk umi p makan lagi... huhuuhuhuh.. utkmu ... akan ku buat apa saja selagi termampu syg.... semoga kau dpt mengharungi liku2 hidupmu nanti.... luv 2...
Cooking time.... cam biasalah eaaa.... tiap kali kami dtg... ayh wajib masak utk kami... hehehhehe the making off sambal bilis petai & Chicken blackpepper... yummyyyyy......Saturday, October 29, 2011
Congratulations my brother....
TLDM patah cubaan rompak kapal tangki di Tanjung Gelang
2011/10/29
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki membawa muatan petrol dan gas bernilai kira-kira RM12 juta, di perairan Indonesia, malam tadi.Dua pihak berkuasa itu turut mendapat kerjasama Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) sebelum memintas kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru kira-kira jam 8 malam, di 17 batu nautika Pulau Jemaja, Indonesia dan 33 batu nautika dari Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan Malaysia.
Kapal tangki milik syarikat E A Technique (M) Sdn Bhd yang berdaftar di Pelabuhan Klang, Selangor itu dalam perjalanan dari Melaka ke Sibu, Sarawak membawa muatan petrol seberat 1,436.95 metrik tan dan gas 2,009.78 metrik tan.
Sebelum itu, katanya, pihak pengurusan syarikat yang mengesyaki kapal tangkinya dirampas selepas gagal dihubungi membuat laporan kepada APMM, jam 9.20 pagi semalm.
Beliau berkata, APMM kemudian menugaskan pesawat miliknya, DAUPHIN M7 002 menyiasat dan berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu di lokasi kira-kira 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang kira-kira jam 3.20 petang.
Katanya, TLDM kemudian mengarahkan tiga daripada lima kapal miliknya, KD Jebat, KD Lekiu dan KD Kelantan yang sedang mengadakan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) di perairan Pulau Tioman membantu APMM menyelamatkan kapal tangki itu.
"Kira-kira jam 4.15 petang, sebuah pesawat Super Lynx diterbangkan daripada KD LEKIU berjaya mengesan kedudukan kapal tangki yang sedang belayar keluar dari perairan Malaysia dipercayai menuju ke Kepulauan Anambas, Indonesia.
"Kita kemudian menerima maklumat daripada APMM bahawa Badan Koordinasi dan Keamanan Laut (BAKORKAMLA) Indonesia memberi kelulusan bagi kapal TLDM memasuki perairan republik berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam.
Mohamad Roslan berkata, semua perompak berkenaan bertindak meninggalkan kapal tangki itu dengan bot laju dari arah Pulau Jemaja, Indonesia, kira-kira jam 9.10 malam.
Katanya, Kapten MT Nautica Johor Bahru, Tang Ah Bay turut memaklumkan bahawa lanun berkenaan sempat melarikan beberapa barangan peribadi milik anak kapal termasuk wang, telefon bimbit dan komputer riba.
"Bagaimanapun, semua 19 anak kapal terdiri daripada 11 rakyat tempatan dan lapan warga Indonesia bersama muatan kapal berkenaan dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan .
"Kapal tangki itu kemudiannya diiringi balik memasuki perairan negara ke Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 2 petang," katanya.
Beliau juga berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas bersepadu pelbagai pihak termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Majlis Keselamatan Negara dan TNI-AL.
Sunday, October 23, 2011
Fobia wehhhh....
Saturday, October 22, 2011
Kempen menderma darah
Friday, October 21, 2011
Nobody knows...
Nobody knows it's empty, this smile that i wear
The real one is left in the past because you have left me there...
Nobody knows I'm crying, they won't even see my tears
When they think that I'm laughing, I still wishing you were here...
Nobody knows it's painful, they think that I'm strong
They say that this won't kill me but i wonder if they were wrong...
Nobody knows I'm praying that you will change my mind
They think that I had let you go when you left me behind...
Nobody knows I miss you, they think I feel set free
But I feel I'm bound with chains, trapped in the mystery
Nobody knows I need you, they say I can do it on my own
But they don't know I'm crying when I'm alone...
Thursday, October 13, 2011
Miss U
Kembali lagi aku di sini... membawa koleksi peribadi adinda tercinta....rinduku padanya terubat jua... begitu juga dengan puteriku...



























