TLDM patah cubaan rompak kapal tangki di Tanjung Gelang
2011/10/29
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki membawa muatan petrol dan gas bernilai kira-kira RM12 juta, di perairan Indonesia, malam tadi.Dua pihak berkuasa itu turut mendapat kerjasama Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) sebelum memintas kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru kira-kira jam 8 malam, di 17 batu nautika Pulau Jemaja, Indonesia dan 33 batu nautika dari Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan Malaysia.
Kapal tangki milik syarikat E A Technique (M) Sdn Bhd yang berdaftar di Pelabuhan Klang, Selangor itu dalam perjalanan dari Melaka ke Sibu, Sarawak membawa muatan petrol seberat 1,436.95 metrik tan dan gas 2,009.78 metrik tan.
Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Ramli, berkata ia dirampas kira-kira 10 lanun bersenjatakan pistol dan parang di perairan Selat Singapura berhampiran Batu Puteh kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.
Sebelum itu, katanya, pihak pengurusan syarikat yang mengesyaki kapal tangkinya dirampas selepas gagal dihubungi membuat laporan kepada APMM, jam 9.20 pagi semalm.
Beliau berkata, APMM kemudian menugaskan pesawat miliknya, DAUPHIN M7 002 menyiasat dan berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu di lokasi kira-kira 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang kira-kira jam 3.20 petang.
Katanya, TLDM kemudian mengarahkan tiga daripada lima kapal miliknya, KD Jebat, KD Lekiu dan KD Kelantan yang sedang mengadakan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) di perairan Pulau Tioman membantu APMM menyelamatkan kapal tangki itu.
"Kira-kira jam 4.15 petang, sebuah pesawat Super Lynx diterbangkan daripada KD LEKIU berjaya mengesan kedudukan kapal tangki yang sedang belayar keluar dari perairan Malaysia dipercayai menuju ke Kepulauan Anambas, Indonesia.
"Kita kemudian menerima maklumat daripada APMM bahawa Badan Koordinasi dan Keamanan Laut (BAKORKAMLA) Indonesia memberi kelulusan bagi kapal TLDM memasuki perairan republik berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam.
Mohamad Roslan berkata, semua perompak berkenaan bertindak meninggalkan kapal tangki itu dengan bot laju dari arah Pulau Jemaja, Indonesia, kira-kira jam 9.10 malam.
Katanya, Kapten MT Nautica Johor Bahru, Tang Ah Bay turut memaklumkan bahawa lanun berkenaan sempat melarikan beberapa barangan peribadi milik anak kapal termasuk wang, telefon bimbit dan komputer riba.
"Bagaimanapun, semua 19 anak kapal terdiri daripada 11 rakyat tempatan dan lapan warga Indonesia bersama muatan kapal berkenaan dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan .
"Kapal tangki itu kemudiannya diiringi balik memasuki perairan negara ke Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 2 petang," katanya.
Beliau juga berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas bersepadu pelbagai pihak termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Majlis Keselamatan Negara dan TNI-AL.

No comments:
Post a Comment