Hari ini dalam sejarah.... My company sekali lagi menganjurkan Blood Donation. Kalau tak salah aku dah tahun ketiga dah my company menganjurkan dengan kerjasama Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.... Biasalah penceramah-penceramah kesihatan lak semestinya Doc Helmi tak ketinggalan... yealah dialah satu-satunya Doc yang pandai jaga client.
Tapi aku tak nak citer pasal Doc Helmi. Ni nak citer pasal diri aku sendiri. Nak dijadikan citer aku ni gabra sikit bab darah-darah ni... mudah sangat mabuk bila tengok.. itu yang aku tak pernah menderma... dulu pernah jugak cuba-cuba tapi tak layak coz tekanan darah rendah sangat.... Nak dijadikan citer aku terlibat secara langsung setiap kali company menganjurkan aktiviti ni.. so dah biasalah tengok staff2 ni menderma.... Hari ni aku saje jelahhh... angin nak sahut cabaran member aku sorang ni.... tambah lagi ada sorang budak process tu pun saje je nak tengok aku marahlah konon2nya... dia kutuk aku sakan katanya "duk kat registration tapi tak nak menderma...apa lah Kak Nida ni..." hehehehe... dia tak tahu aku ni susah nak marah orang... tapi kalau aku marah ada yang makan hati berulam jantung. Aku pun jawablah "Hai...duk kata Kak Nida tu... borang dah isi belum? kalau belum isi sekali untuk Kak Nida". Apa lagi.... mamat sorang ni bersama member aku yang sedang bertugas tanpa buang masa terus isi borang untuk aku...cilakak punya... tanpa pengetahuan aku terus mereka bawa form tersebut kat doktor yang bertugas....
Apalah bebudak ni... aku tanpa buang masa terus sound kat depa semua... sesiapa yang kenakan aku jawabnya housing subsidy tak masuk bulan ni...apalagi mereka pun gelabahlah beb.... kebetulan mereka baru je hantar form untuk apply subsidy. Untung jugak duk HR ni boleh ugut staff lagi... hehehehe... tapi tak pelah aku cakap pada diri aku apa salahnya aku cuba.... lagipun darah aku O+ boleh selamatkan ramai orang lagi....
Aku pun dengan bangganya melangkahlah pergi untuk menderma darah.... tak lah sakit sangat... cuma aku tak leh tengok darah tu jelah.... Akhirnya.....2008 terpahatlah sejarah aku menderma darah.... kelakar pun ada.... tak kisahlah.... tapi sikit jelah doctor tu ambil coz katanya berat badan aku tak cukup untuk derma banyak2.... hehehe tulah diet lagi.









No comments:
Post a Comment