My Memories

Pelengkap Hidupku

Friday, May 30, 2008

Keluhan Za’ba

Siapa itu Za’ba.., selama ini aku tak pernah ingin mengambil tahu siapakah beliau ini. Hinggalah pada suatu hari aku tertarik dengan penulisannya. Aku cuba mendekati penulisannya….

Allahyarham Za’aba atau namanya penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad. Pendeta Za’ba melalui bukunya, “Perangai bergantung kepada diri sendiri” telah menarik aku untuk terus mengenali siapakah Za’ba. Melalui buku ini beliau dengan lantang mengkritik orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri, kurang berhemah, dan terlalu bergantung pada orang lain. Baginya, orang Melayu seolah-olah terlupa berikhtiar dan hanya menunggu tindakan Allah serta bertawakkal.

Sifat malas, kurang berusaha, dengki khianat, dendam kesumat, dan seumpamanya merupakan sifat yang diperangi oleh Islam. Oleh sebab itu, Za’ba menyelar sikap orang Melayu yang hanya bergantung pada doa orang alim atau sedekah tahlil arwah yang kononnya sebagai fidyah penebus dosa untuk mengelak terkena seksaan api neraka. Beliau juga menolak kebergantungan amalan khurafat, air jampi, dan air Yassin untuk memperoleh kejayaan, sedangkan pada masa yang sama membelakangkan isi kandungan ayat al-Quran.

Hujah dan pandangan Za’ba ini bukanlah didorong oleh emosi tetapi berlandaskan alQuran sebagai rujukan. Hadis Nabi juga turut digabungkan dalam menyatakan pandangannya. Hatta sehingga sekarang perubahan yang cuba diterapkan oleh ulama kontemporari banyak yang disalahertikan oleh orang Melayu.

Mungkin menyedari hal seperti ini, maka buku, “Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri” tertangguh penerbitannya. Bayangkan, setelah lapan tahun Pendeta Za’ba meninggal dunia barulah buku tersebut diterbitkan dan sampai ke tangan pembaca. Moga ada yang mendengar keluh Pendeta Za’ba ini dan menjentik kesedaran ke telinga kita.

1 comment:

Angin Selat Melaka said...

Hi..
Kalau nak hilang atau halang rambut jadi kusut, paling cepat dan senang adalah dengan buat rebonding. Maklumat lengkap ada di:

Penjagaan Rambut Kusut

Ok. Tq.