My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, May 23, 2010

Pre-Reunion SMP

Salam...
Meeting....meeting....meeting.... pastu... lepak...lepak..lepak... hahhahahaha... bestnyer dunia aku minggu niii.... nilah kerja aku sepanjang bulan mei... dan tunggulah acara kemuncak pada 29 mei.... hehehehehehe.... sebenarnya kan ... dunia aku dah kembali pada hari2 yg sebelum ini... cuma bezanya... aku x ada mood... calling2 member2 ini... hehehehehhee... jom layyyaaannn.. so aku kuarlah melepak... klu semua ada melangkaulah lewat2 sikit.... hehehhe... semalam aku tak kuar... sakit punya pasal.. member2 pun bila dah seronok lepak2... calling2.... "Berilah peluang pada diri awak utk gembira"... hehehhehehe.. inilah yang aku buat bila peluang itu diberi... sorrylah... bukan aku buat benda yg x elok... just minum2 ngan member... discuss... balik... ank tetap p tuition.... x lupakan pun... ermmmm... aku x sakitkan hati org...

Inilah member2 aku yg bekerjasama dgn aku utk memastikan reunion kami berjalan dengan lancar Mafuzah & Rozie... thanks geng... ermmmm Si Mina xder mlm tu.. so korang x kenai lah mamat senget tu... hehehehhehe....
Duniaku sepi tanpa 'si dia'...huhuhuhu

haaaa.... inilah sahabat baik ku.. dialah tempat aku meluahkan segala2nya sekarang... aku lebih selesa dengan dia coz nasib kami serupa... huhuhuhuhu... sabarlah zie yeaa... hari ni hari kita.... esok2 mana tahu.... kita yg lebih bertuah... aminnnnn......


Uissshhhh... ini puteriku duk snap pic... lenguh kita org di buatnya duk tgu dia mencari posisi yg sesuai.... hehehhehe

we r d bestttttt.....

Friday, May 21, 2010

Event ku...



Salam...,
Minggu ini masa ku banyak di habiskan dengan teman2 lepak... inilah cara yang ku temui bagi melupakan semua kesengsaraan... kesunyian... kebosanan aku.... semoga aku tidak lalai dengan xtvt terbaru ku ini... sejak aku menemui kwn2 lama di FB.. satu keputusan telah dibuat utk mengumpul semua kawan2 lama aku... dlam gurau2.. suka2.. akhirnya apa yg tak dirancang betul2 menjadi... gembiranya aku... tak sabar rasanya utk berkumpul dengan teman2 lama....

Semalam discussion aku telah melangkau dari waktu x sepatutnya... kul 11.30pm baru balik.. huhuhuu... tu lah dah lama tak jumpa dengan kawan2 lama... bila sekali jumpa tak tengok jam lagi dah... apa2pun thanks tu Shikin, zie, ma, effa, mina kerana membantu aku merealisasikan perjumpaan ini. Sekiranya perjumpaan ini berjalan dengan jayanya, inilah hadiah yang dpat aku berikan untuk kawan2....

Tapi aku x berjaya nak wat surprise bday party for mama, ateh n put3 ku...huhuhuhuhu... frustnyeeee.... so terpaksalah berkubur impian tu... kakakkkkkk... huhuhuhu sedihnya apa yg kita rancang x menjadi laaaa.... bilalah pulak dpt aku merealisasikannya,.... nampaknya prize2 tu kena pos lah... huhuhuhuhu..

Okeylah apa2pun... harap2 aku dpat tunaikan impian put3 utk raikan bday bersama kwn2 thun ni... ermmm apa2pun semoga apa yg di rancang pada tarikh tu berjalan dgn jayanya... tapi nak mintak bantuan sapa ni... huhuhuhu.. yg pasti minggu tu aku akn ambik cuti seminggu.. huhuhuu... best nyeeerrrr... lupakan kerja... lupakan office masa aku utk anak n diriku shj..... uwaaaaaaaaaa.... tp aku tetap terkilan... apa yg aku plan ngan yanie tak menjadi....

Okeylah kengkawan... tunggu 29 Mei di Resident Inn, Paka.... akan ku sambut kalian sepenuh hati.... Utk put3 ku.... kek strawberry akn menantimu.... Adiossss....

Saturday, May 15, 2010

Lonely....

Salam...

Aku nak mengarang...
Tapi x tahu apa yg nak di karang
Aku nak ketawa....
Tapi x tahu untuk apa tawa itu
Aku nak menangis...
Tapi x tahu utk apa tangis itu
Aku sedang berfikir...
Tapi apa tak tahu apa yang aku fikirkan ini...
Aku rindukan sesuatu
Tapi aku tak tahu apa yang aku rindukan
Aku nak berbual...
Tapi x de org yg mampu ku ajak berbual
Aku nak jerit
Tapi kenapa harus ku menjerit
Aku nak keluar dari sini
Tapi aku x tahu mana arah tujunya

Oh angin,...
Sampaikan salam ku pada dia...
Oh bintang...
Kau serikanlah malam ku ini
Oh bulan...
Kau ceriakan hidup ku ini..

Wednesday, May 12, 2010

Where r u?????

Mengapa orang yang kita sayang selalu tidak ada saat kita memerlukannya?
saat kita sedih, saat kita sedang dalam tekanan jiwa, saat kita memerlukannya.
mengapa orang yang kita sayang selalu ada pada saat kita biasa biasa sahaja?
saat mood kita normal dan tidak memerlukan apa apa sokongan.Mengapa jadi begitu?

Dimanakah orang yang kita sayang itu berada pada kita perlukan sokongan darinya?
kemana dia menghilang? kata sayang, namun mengapa jadi begini?

I need you beside me. But there you are. far away. without realising that i need you sooooooo much.there you are, giggling with your friends.there you are, doing your works there you are, busying with something else.

when i need you the most. there you are, ignoring me. how sad is that? its hurt. hurt like hell.my heart is screaming, torturing, beating fast. trying to reach you and tell you. I need you NOW!

Mereka yg tertindas

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sunday, May 9, 2010

Hadiah ku

Salam....

"Selamat hari ibu, terima kasih jaga puteri ....... moga Allah berkati kasih sayangmu, Aminnnnn"

"Selamat hari ibu, Umi engkaulah ratu hatiku dah engakau jugalah teman sejatiku. Umi engkau juga menjagaku semasa aku kecil hingga besar. Engkau mendidikku menjaddi pandai sepertimu. Umi kakak tahu kakak banyak dosa pada umi. Maafkan kakak umi. Kakak sayang umi. I Luv U umi."


Ucapan ini aku terima dari mereka yang amat ku sayangi... thanks for both of u... selain dari itu akhirnya anak ku dapat menunaikan hajatnya.... ingin membelikan smthing special buatku... akhirnya adk ku membantu puteri utk mencapai hajatnya itu wpun sedikit terkilan barang yg d cari masih belum di temui.....

Hasil kreativiti anak ku..... dgn nukilan yang penuh bererti... dan mendapat pujian dari toki tersayang kerana bangga melihat cucunda yg tekun menghasilkan kad dan kata2 yang boleh menyentuh perasaan...

Baru balik kerja... uniform pun belum tukar... terus dapat hadiah n kad.. thanks honey.....

Hadiah hari ibu tahun ini.... thanks syg....






Ini untuk umi tercinta... I Luv U umi...

9 May - Hpy mthers day

Salam....
Hari ni kemuncak bagi meraikan ibu2.... saat ini aku masih di office... entahlah makin malas aku nak balik umh sekarang... baru sekejap aku call adikku bertanyakan perkembangan anakku... al maklumlah mood masih kurang....

Adikku btahu yang dia baru shj hendak keluar membawa anak ku utk memenuhi hajatnya.. entah apalah yang nak di cari sebenarnya.... aku sempat call dia tadi... x nak p KAFA semata2 nak pergi beli hadiah untukku... dia tahu fvrtku... nak carikan jambangan lily utk ku... adussss.. mana ada kedai kat sini yg jual bunga tu syg..... nak beli lak jambangan yg besar.... ermmmm... kakak..kakak... naperlah nak buat ni semua... ckup ngan kasih syg mu ank ku....

Okeylah aku nak balik dulu... dah lama aku duk melepak layan blog n FB..... lgipun x sabar nak tgk kesungguhan anakku mencari sesuatu hanya utk ku.....

Saturday, May 8, 2010

HappY Mothers Day

Salam...

Tahun ini merupakan tahun ke2 anakku meraikan hari ibu bersama aku... namun kesedihan di hatinya tak mampu aku ubati.... apa yg ku cuba lakukan hari ini x mampu mengubah pendiriannya.... ingin meraikan namun xde siapa yang dpt membantu. Wajah kekecewaan begitu jelas terpampang di raut mukanya... Oh Tuhan ku.... berilah kekuatan pada ku utk terus menghadiahkan keceriaan buat dia... tiada apa yg ku harapkan melainkan keceriaan dan kebahagiaan dia.... baginya hadiah paling bermakna utk ku adalah dia berjaya membuat surprise utk ku.. tp bgaimana harus ku melaksanakan hajatnya tu... buntu aku memikirkan... ku harapkan agar apa yg ku rancangkan bersama adikku berjaya di laksanakan olehnya....

Kek yang ku beli tapi x berjaya membuatkan puteriku tersenyum....
Petang tu.. kuraikan hari ibu dgn menemani dia bermain bowling....
Puas dipujuk berjaya jugak buat dia tersenyum wpun seketika...

Senyuman terpaksa.... huhuhuhu.. sorry syg.. hadiah paling bermakna utk umi adalah keceriaan dari mu puteriku...

Thursday, May 6, 2010

Kisah puteriku

Salam...
Hari ni aku nak cter kisah puteri kesayangan ku... aku sebenarnya kasihan sgt2 kat dia... tapi dalam masa yang sama aku nak gelak pun ada.... semalan aku call makciknya ckp jgn kacau dia.. coz dia duk concentrate nak buat kad hari ibu.... aku ok jer lah... balik umh dia mintak duit kat aku ... katanya duit dia x cukup nak beli hadiah hari ibu.... ermmm... aku ckp esok lah bagi... hari ni aku nak bagi .....dia cakap.. dia lupa dia ada banyak duit.. so tak payahlah .... kakak nak beli hadiah utk umi dgn duit kakak sendiri.... entah apalah dia nak buat... kesiannya lak... dulu dia ada org nak mtak bawak ke sana ke mari utk belikan hadiah n 'surprise'... tp sekarang dah x de lagi.... harap2 makcik dia dpt bantu dia kali ni.....

Sekarang masa aku dah kembali macam biasa... aku banyak masa bersamanya... tapi entah kenapa aku memang x boleh duk umh.. time cuti mesti nak kuar... sampaikan umh aku tu rasanya akan usang macam tu jer nanti.... bilalah masanya akan tiba utk aku kembali bermaustautin di rumah sendiri..... rindunya aku kat umh tu,.... hasil usaha aku sendiri... dgn duit aku sdiri rumah itu wujud.... satu2nya istana yang mampu aku miliki utk ku hadiah kan pada puteri kesayanganku itu...

Rindunya kat anak umi..... miss u.. luv u honey.....

Saturday, May 1, 2010

1 May

Salam.... hri ni semua xtvt aku terbantut,,.....sakit kpla aku kmbli myerang... aduiiii rasa nk pecah dbuatnya..... anak aku nk celebrate early mthers day bsama mama pun x tercapai.... betul2 xde mood hari ni... adakh krn aku semua xtvt dia dlupakn.... maafkn aku sekiranya khadiranku k daerah ini telah merosakkn xtvt kalian...

____________________________________________________________________

coretanku kembali lagi setelah terhenti dsbbkan ketidaksihatan aku... .. hari ni aku kembali menyambung kisahku... 2 hari bersama dengan keluarga itu tidak mencukupi buat kami.... namun kebhagiaan itu tetap aku miliki... tapi sampai bila...??? doakan akan kebhgiaan kami... jom layan koleksi pic aku spjang bersama family Gie n fmily ayh....


Keriangan anakku dan nurin (ank gie).. kecoh lam kete dgn gelagat mereka,.. dpt bermain ngan Fakhrul.. btul2 di layan cam baby alive...

langsung x berenggang... k toilet pun bersama..

modelku......

ini menjelir kt ayh ni... sbb ayh puji dia comel...

ngan k sha... dah nk sama tgi dah....


my beloved son...

uwekkkkk... abg hzq spa hosp terus shat,.... he3

ngan baby n ayh ksayangan.....
Alamakkkk... luper nk mtAk pic ngan mama tadi.... okey... nnti umi mtak... layyyyaaaannnn....

Okey... pic ngan mama dah upload.....

WDY 388

Salam...
semalam aku di tunjukkan lagi apa yg tak nak aku tahu... tapi alhmadulilah jiwa aku tak lah bgitu tertekan jika nak d bandingkan dari peristiwa lepas.. maybe sbb aku mlyn kisah puteri lily ngan putera chimong... walau apa pun yang berlaku hati aku tetap tersentuh.... tersinggung dgn apa yg berlaku namun apa daya ku... aku hanya menumpang.... dan semua itu dugaan buatku....

Lupakanlah aku tak nak ingat lagi....okey aku nk cter pgalaman pertama aku bawak WDY 388.... aku rasa inilah kisah aku yang tak akan aku lupakan spa bila2... yealah masa benda ni semua berlaku bergolek2 anak2 aku duk gelakkan aku.... nak tahu kisahnyeee..... hahahahhahaa. gelak lu posen... sbnarnya aku ni baru setahun guna auto car.... sblum ni...9thun manual itu pun TAB 7297.. tapi aku dah bercerai talak 3 dah ngan TAB 7297... pastu aku kembali menackle JFD 306 hinggalah ke hari ini... inilah 2 kete yg aku bawak.... sesekali aku guna jugak myv bapak ku.... bila dah semua guna pattern yang sama... di kira terror lah.... kete office pun hanya 2 kali jer guna.. itu pun terdesak sangat.... susah woooo... apa2 jadi kete office tuuuu... risiko nya tinggi.. lagipun aku ni kaki pecut... silap pecut terbang aku.....

Semalan aku guna WDY 388... memang ayh buli aku laaaa... aduiiiii di suruhnya aku bawak.. hingga x bgerak kete tu dibuatnya.... malam tu pulak aku bawak anak2 lak berdekah2 duk pakat gelak ... duk cari camne nak pasang lampu.... anak2 yang hari2 naik WDY pun x tahu kat mana... hahahhahaha... mmg lawak betul lah... dah lah aku ni kecik bawak kete yg besar camtu... menjinjik dibuatnya.... hari ni ingat nak p ronda... tp sakit aku lak menyerang x lri2 lagi.... so lepak kat umah lah.... walau apapun sekurang2nya hari ni ank2 aku dapat makan masakan aku... hehehhehe.. dah lama betul aku x masak... anak2 aku pun berselera nampaknya.... Alhamdulilah..... aku benar2 berharap adanya sinar keceriaan dlm hdup aku dan anak.....

Friday, April 30, 2010

Miss u Lily Princess.....

Pabila Hati Berbicara Ceria
Ruang Masa Luas Terbuka
Gelak Tawa Kian Terasa
Jambangan Lily Mekar Berbunga

Pabila Hati Berbicara Sepi
Sahabat Menemani Menggapai Pelangi
Bak Halimunan Muncul Disisi
Terbang Tinggi Kedunia Realiti

Pabila Hati Berbicara Kecewa
Halimunan Hadir Bermain Kata
Hati Ceria Tidak Terkira
Kudup Lily Kembang Semula

Pabila Hati Berbicara Rindu
Dua Jiwa Menjadi Satu
Jurang Dunia Bukan Penentu
Walau Jauh Setia Diseru

Pabila Hati Berbicara Duka
Resah Jiwa Tidak Terkata
Kelopak Lily Gugur Jua
Redha Atas Ketetapan Yang Maha Esa

Nukilan "Pabila Hati Berbicara II" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Mengimbau kenangan bersama Putera Chimong

Mekarmu Lily Tirai Lembaran Hidup
Putih Berseri Hiasi Taman Hati

Tika Cahaya Beransur Redup
Kudupmu Kembang Menerokai Realiti

Pabila Hati Berbicara Ceria
Kelopakmu Lily Melambai Manja
Menyentuh Naluri Jiwa Membara
Tanpa Sentuhan Kau Tetap Istimewa

Cantikmu Lily Penawar Jiwa
Terpancar Sinar Menerangi Suasana
Jarang Disirami Kau Segar Ceria
Akarmu Kuat Tangkaipun Terseksa


Wujudmu Lily Hikmah Semulajadi
Harum Baumu Identiti Tersendiri
Gugur Kelopakmu Tiada Pengganti
Kenangan Indah Terpahat Dihati

"Pabila hati berbicara, sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Perasaan gembira mudah diungkapkan, namun tak semua yang mengerti perasaan ini. Setiap ruang yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin. Namun hati ini pernah berkata adakah ia akan dimengertikan pada suatu hari nanti atau ianya khayalan semata-mata" - Nota Terakhir Nur Balqish Aida A Razak @ BalQish @ Qish @ Q yang telah kembali ke Rahmatullah pada 07 Oktober 2008. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah...

Nukilan "Pabila Hati Berbicara" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Puisi utk adik-from Chimong Prince

Puisi Khas : Berakhirnya Episod Lily

Layu Wajahmu Sayu Diterima
Mata Berkaca Naluri Berbicara
Walau Disiram Walau Dibaja
Akar Hatimu Tetap Kering Jua

Mekarmu Lily Janji Sementara
Lambaian Manja Melewati Senja
Tangkaimu Lemah Tidak Bermaya
Kelopakmu Gugur Menepati Masa

Satu Persatu Kelopakmu Tersiksa
Gemerlap Cahaya Tiada Makna
Wujudmu Lily Besar Hikmahnya
Tanda Kuasa Yang Maha Esa

Episod Lily Bernoktah Jua
Tiada Pelangi Penyambung Cerita
Putih Warnamu Tersadur Dijiwa
Didunia Sana Kau Mekar Selamanya

Nukilan "Pabila Hati Berbicara III" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Peringatan untukku

Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

Thursday, April 29, 2010

Moody

Minggu ni yang aku tahu nak mengamuk jer..... semua x kena... kja2 kat office dah mula buat aku tencen... pantang silap aku mengamuk tak kira sapa... semua kena... hinggakn manager2 bank pun jadi mangsa amukan aku... rasa bersalah lak... tapi kalu 2kali pk.. padan muka.. sapa sruh approved doc membabi buta tanpa tgk isi kandungan... haaaa... rasakan amukan aku,... kan x pasai2 kena... tapi yg paling kesian kat kakak2 aku kat bank n pmcare.. cian lak.. org lain wat salah diaorg lak kena kat aku.. jahat kan... haaa.. tulahhh... 10 thun aku kja sini baru hari ni aku tunjuk amukan aku... haaaa... tak percaya aku ngamuk....baru tahu langit tu tinggi rendah eaaa...

Kalau nak tahu ... kesabaran aku dah sampai kemuncak lah tu.. so maaf lah eaa... lain kali beringatlah.... aku ni dah kira leh bertolak ansur dah... tp kalu benda kecik pun nak aku remind every day ... penat lah wei.... aku pun ada personal life jugak nak pk... tak kan asyik ingt kat kja yg bertimbun2 yang terpaksa pending sbb x ckup syarat......

Okeylah adiosss... esok aku nak p buang masa atas jalanraya lak... nasib baik org lain akn jdi driver... kalau aku jd driver aku rasa the best time utk aku race kat hway dlm tencen2 cam ni best pecut niiiii....

Sebuah Impian

Salam....
Hari ni blogger on lagi... boleh lah aku melepak kat blog kesayangan ku ini.... minggu ni otak aku kacau bilau.. macam2 aku duk pk... macam2 duk terlintas... ni semua gara2 report yang aku terima.... adusssss... betullah kan.. lebih baik kita jgn tahu apa yang patut kita tahu... berbelit ayat ni kan... tapi tulah.... aku nak tahu apa yang berlaku pada badan aku... tapi lepas da[at tahu aku lak xleh duk diam2.. asyik duk pk yang bebukan jer... Nak anggap semua tu mimpi... tp aku nampak lah sampul surat yang membawa khabar yg x enak tu.... aduiiii... kalau aku lupuskan report tu nanti... aku juga yang susah...

Ya Allah .. kau tabahkanlah hati ini.... berikanlah kekuatan utk menempuhi semua ini dengan hati yang terbuka.... AMINNNNN.... wake-up..... kau dah melalui bermacam2 pengalaman staff2 kau yang menderita pelbagai penyakit... kau juga telah melihat sendiri kesakitan yang di tanggung oleh puteri lily.... dan sekarang puteri kayangan pula melalui perkara yang sama... senyuman mu akan mengubati dukamu... yup... kena lupakan semua itu... anggap takde apa yang berlaku... yesss.... engkau dah sihat.. takde apa yang nak dirisaukan....

Putera chimong..... tolonglah puteri kayangan ni..... mama n ayah,.... berikanlah kekuatan itu..... my princess.... sayunya melihat ke arah anak matanya yang menanggung sebeban kerinduan..... sabar sayang... sebelum ibumu menutup matanya... kau akan mendapat apa yang kau impikan.. kecuali satu... x mampu ku tunaikan syg... apa2pun kau tetap x akn kehilangannya... mereka akn menjadi milikmu...

Badan yang sihat datang dari minda yang cergas...so jangan kau pk yang bebukan eaaa... senyum adalah ubat segala penyakit... ingat tu....

Monday, April 26, 2010

Aku bukan untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Bila Cinta Di Dusta...

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana
Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu
Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi
Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah penyesalan

Sunday, April 25, 2010

pencarian..

Hari demi hari ku bjalan...
masih blum ku temui apa yg dcari
bebanan makin terasa
langkahku kian memberat
adakah aku harus mengalah
di mana hrus ku mencari lgi
sinar pelangi
sinar mentari
cahaya yg akn menerangi alamku
mberi keceriaan pdku
mgemblikan kegembiraan buat anakku
dimnakn ku cri ganti
serupa dgnmu...

Tunai Janji

Okey... seperti yang di janjikan semalam... aku uploadkan semua xtvt semalan.... keceriaan dan kegembiraan my princess...


Melepaskan kerinduan bermain pasir... inilah xtvt yg selalu di buat time hujung minggu sebelum ini....

Yess.... akhirnya anak ku dpt bertemu face 2 face ngan band yg diminati Hujan

My princess and Noh, HUJAN.

Menanti giliran utk bergambar...

Saja suka2 masuk ptandingan mewarna...

pilih kak.... jgn x pilih



Kenangan bersama Che Ngah & Che Teh juga Nurin shbt baiknya dan Adik Su

Sebelum tu... bergambar ngan brg htaran kwn che ngah... nak tunggu umi lambat sgt... hahahahahah

Lam kete otw ke kenduri kawin kwn Che Ngah

Saturday, April 24, 2010

My Princess Stories...

Salam....
Coretan ku kembali lagi... semalam dah puas ikut karenah anakanda... hari ini, hari dia lagi.... ermmm... apa2pun janji dia happy.... hari ni hajat di hati ... aku nak p main bowling ghairah sakan tuuu... cantik punyer plan..... aku, ina, iza.... sampai jer... frust menonggengg.... KSRP dah book semua lane.. adusssss... betul2 frust....

Apa lagi nak buat.. pusing2 lah jawabnye.... tapi oklah hari ni x lah boring sangat coz kat MesraMall hari ni penuh ngan rakyat2 jelata dari kerteh, kemasik ... paka... Paka tu aku lah.. hehehehhe.. Dungun ader gok.. Mek Gie pun sama nak menyemakkan mall tu.... pusing punya pusing...dengar riuh rendah... huiiii Noh & d gang,.... HUJAN... Band kesukaan princess.. apa lagi p ngadap laaaa... senyum spa ke telinga tu..... sempat bergambar lagi.... nanti esk aku upload pic2 dia.. hari xde USB laaaa....

Hari ni my princess memenuhi semua xtvt bermula kul 11 am... pagi tadi ikut aku jadi driver chengah...aku ikut jer.... spa tmpt yang dtuju uishhh.. ramainya kenalan lama aku... schoolmate aku semuanya ni... apa lagi majlis kahwin tu bertukar kecoh ahh bila salah sorang keluarga pengantin dari jauh lagi dah memanggil aku... jauh punya jumpa sdgkn kami skmpung tp bjumpa nun dhujung felda tuuu.... ish...ish... kenangan lama mengimbau kembali... Bujal...Bujal.... itulah nama glamour dia... hehehhe... Suzaidi pun ada sekali....

Blik kenduri teru sambung p mesra mall... my princess la org yg paling happy.. semua dpt hari ni... bergambar ngan Noh, HUJAN.... ambil bahagian mewarna ngan ASTRO.... bermain pasir di pantai.... semua dia sapunya..... .. okeylah aku pun x nak cter panjang2 esok aku upload pic k... harap2 blogger unlock... hehehehe... leh aku upload pic lagi,.....

Hujung bulan ni aku plan ngan member baik aku utk bcuti k PD... agak2 menjadi x.. coz kami ni suka wat apa2 last minute... klu merancang awal ni... kbyakan x menjadi... apa2pun... tungguuuuuuuuuu....

Friday, April 23, 2010

Sehari bersama

Salam...
Akhirnya tercapai jugak hajat aku untuk meluangkan masa bersama puteriku.... hari ini aku ikut semua ragam dia walaupun ada jugak yg x dapat memenuhi hasratnya... apa2pun aku nampak sinar kegembiraan dan keceriaan di matanya...

Kerinduan dan belaian yang di impikan akhirnya tercapai jua.... hilang rindunya.... kasih sayang terluah... belaian manja.. penuh dengan perasaan kasih sayang..... Aku harapkan masa yang terluang itu akan dikenang sepanjang hayat.... luv u honey........

Walaupun hari ini aku keluarkan belanja yang agak besar dari biasa tapi perasaan puas aku tidak dapat digambarkan.... rezeki yang diberikan olehNya telah aku gunakan utk kegembiraan semua.... Su Nana mendapat hadiahnya coz dapat no3 dlm kelas.... utk ma & ayah juga x ku lupakan... Anyway aku puas sangat..... untuk Ayh... thanks a lot... utk mama & ank2 umi yg lain tungguuuuuuuuuu......

Tuesday, April 20, 2010

Puteri Kayangan..Puteri Lily...& Putera Chimong

Salam...
Mungkin korang tertanya2 kan knp topic aku camtu..... hehhehehe itu lah org ckp xde kerja cari kerja.... sebenarnya hari ni aku rasa stress sgt... penat bekerja kot... aku akui masa aku terhad sekarang....ank pun dah mula merungut... tapi entahlah aku tak tahu sampai bila aku camni... sebenarnya kan.. aku teringin sgt nak habis kan masa yg ada ni ngan puteri kesayangan ku tu... termakbulkah impian aku....

Akhirnya bebanan kerja ku kurang sikit ngan dateline2 yang every month aku duk kejar.. tapi still tak kuat larian aku...

Eh... apa kena mengena topic tu ngan kerja aku kan,.... ermmmm... kisahnya.... oklah aku cter kat korang semua k... sebenarnya puteri kayangan tu dah lama ada lam hdup aku... puteri kayangan @ along kayangan... kenapa...???? entah aku pun tak tahu kenapa wujudnya gelaran itu... kenangan aku dulu terimbau dengan kata2 abg angkatku.... ZoRRo @ putera chimong ... hahahhaha.. ini aku lah bagi gelaran tu kat dia,... sorry bang... tapi abg suka kan....

Sebenarnya aku sunyi sangat.... ntahlah lately ni asyik duk pk yang bukan2 jer.... mlm2 sambil2 tgu ank tuition aku lbh byk pusing2 habiskan myak kete.... p lepak pantai... nk ngadap lptop dah x rajin lagi... sebabnye... ermmmm... aku dah mula terasing huhuuhuhu.... kalau dulu aku rjin ngadap sbb aku ada tempat nak bergurau... nak bermanja... nak sindir2.... nak kutuk2.... eiiiii... sedihnya..... apa2pun aku kena kuat... kena bersedia kan.... tapi nak tak nak aku bukak jugak sbb cinta aku ngan blog ni x leh pisah....

Ok.. melalut lak aku... 2 hari lepas aku KL... jumpalah kakak & abg angkat ku... tp abg ZoRRo aku x jumpa... sorry x sempat lah bro... heheheheh... pada mulanya aku x nak habaq kat mrk aku nak kesana... tapi entah mcm mana kakak aku tu tahu aku berada di KL.. nak x nak p lah jumpa.... bkn aku x sudi tapi aku takut ,,.. nanti aku rindukan adik nye... bila jumpa kakak memang sayu sangat2... kakak berikan aku... peninggalan arwah.... sayunya..... setiap patah... setiap susunan ayt yg adk tulis dlm diary itu 98% sama ngan apa yg aku alami skrg... sedihnyeee.... adakah perjalanan aku juga sama mcm adk.... kesakitan yang adk tanggung... sama sepertiku..... adakah kita akn berjumpa disana dik.... kerinduan adk pada seseorang.... semua tercatat.... kegembiraan bersamaku,..... thanks dik kerana terima aku dlm hidup mu.... walaupun hanya seketika....

Puteri Kayangan....
Kisah duka di lakar rapi...
Untuk dijadikan novel kehidupan
Setiap patah lahir dari hati yang terluka
Setiap nukilan hanya DIA yang memahami
Namun itu tidak menjadi halangan buatnya
Langkah demi langkah dia bertatih
Namun perjalanan itu masih jauh
Ingin menuju ke puncak kejayaan
Lautan api ingin diredah
Untuk mengecapi kebahagian yang hakiki
Bongkah itu yang ingin di hancurkan
Mampukah dia untuk melakukannya
Rintangan demi rintangan diharungi
Kini ketabahan sudah mampu dimiliki
Kesabaran jua menjadi kepunyaan dia
Kekuatan utk mengharungi kini di cari
Mampukah dia?
Berjayakah dia?
Ayuhhhh.... berikan kekuatan padanya....
berikan ketabahan padanya
berikan keyakinan itu padanya...
Wahai Puteri turunlah dari kayangan itu...
Kau mampu utk membina kebahagiaan itu
Kau harus miliki kegembiraan itu....

Putera Chimong....
Hadirmu membawa cahaya ....
Menemani ku di saat aku memerlukn cahaya itu
kau sinari aku... walaupun dari jauh
Kesamaran tetap dirasai
Namun aku masih mampu bertatih
Mencari arah ku sendiri
Sinaran mu itu masih lagi menyinari
Dan akan terus menerangi kehidupan ku
Ditambah dengan pancaran mentari...
Diseri dengan sang pelangi...

Puteri Lily...
Gugurmu satu petanda buatku
Kelompak yang dulu berkembang megah
Membuatkan semua tersenyum melihat kehadiranmu
Wangian semerbak membuatkan semua tertawan
Kudup yang terasing memberi keceriaan untuk semua
Hidupmu tak pernah kenal erti putus asa
Akan ku kenang diri wahai Puteri,..... Puteri Lily....
Miss u.....

Monday, April 19, 2010

Thanks

Salam...
Hari ni aku daily trip lagi ke KL... penat tu mmg ahhh.... tapi kepenatan aku hilang bila tgk puteri kesayangan... hppy dia sbb aku daily trip jer... ermmmm.... tapi panas jgak hatiku.. byk nyer kerja sekolah x siap... kpenatan aku x dihiraukan lgi.. janji kja sek dia siap... so terpaksa lah aku jdi pelukis tak bertauliah utk mpercepatkan lagi kerja2 yg tertangguh itu.. dia pun nmpknya mengantuk benar tu.... bila tya naper x siap dia jawab x pandai.. adussss... lagi panas... yg x pandai tu lukis jer... tp isi dlm tu blh buat.... ermmm... membebel lgilah aku.... apa2pun layyyannnn.....

Hari ni aku jadi special delivery despatch... heheheh nak tahu kenapa... ermmm terpaksa hantar surat increment sbyk 6oopcs,... GM kena sign n aku bawak balik semula k kerteh... adusss... senget bahu ku dibuatnya... tapi mujurlah kakak kesayangan aku ada di KL.,... leh htr aku p aport... thanks kak aina n abg hazriq...

Tapi aku pelik ah mrk b2 ni... apsal lain bebenor hari ni.. sepanjang jalan asyik gelak jer... wat lawak... klu dulu bkn main lagi brainwash aku.. skrg lgsung x stuh psal sakit@treatment lagi... naper eaaaa.... ermmm dah boring kot... tapi abg smpat cabar aku... klu x nak ikut kuar jer dari kete dia tu... tp pdai lak... terus lock... takut benar dia aku sahut cbaran dia... hehehheheh... sbb dia tahu aku akn buat... aku keluar betul2 tgh2 jln tu baru dia tahu... hehehhe dah serik lah tu...

Abg Hazriq lak byk btul ambik pic candid aku... x faham lahhh... makin aku ingat rasa kelakar pun ada.... keliru pun ada.... tp yg bestnyer dia ambik candid aku ngan kak aina... masa tu aku ingatkn diam main2.. smpt lagi aku duk wat muker seposen... ... ermmm.. publish lam FB dia mampuih aku kena gelak nnti... harap2 dia x upload....

oklah.., aku dah ngtuk ahhh... adios... lain kli aku sambung....

Tuesday, April 13, 2010

In Memories.... HRCA family

Salam
Pertama kali aku menyertai team building dalam sejarah aku bekerja di sini... kali pertama team building di buat masa tu aku sdg sarat mengandung... maka x dapatlah aku join.. so kali ke-2 diadakan aku tak melepaskan peluang walaupun dalam keadaan badan yang masih x berapa kuat untuk xtvt lasak...

aksi sahabat baik ku duk mengusik big bos aku....

Friendship forever......

Gie.... tolong akuuuu.... heheheheh... aksi sengaja di buat ni... Unit aku.... Compenasation & Remunerations... Bos, aku... partnerku...Big bosku

haaaa.... niii... gie & Bos kpd big bos aku...heheheh GM akulah... huhuhu.. sedihnyee,... dia dah nak tinggalkan kami... GM yang paling sporting... tgk... selamba jer kan....


woi... tercekik si ijang tu gie... kesian ibu mengandung kau wat cam tu....


Inilah barisan kitaaaa..... huhuhuhu... inilah team HRCA aku... KL & Kerteh semua berkumpul...


Inilah team pompuan2 HRCA...... baru lepas aerobic & poco2... kejang habis tuuu...

My unit.... Compensation & remuneration... tanpa kami x dptlah gaji mrk2 itu... huhuhuuhu

Sewaktu pembentangan pencapaian 2009 & Cabaran 2010... sejuk giler tu masa niii...

Tgk... big bos aku masih sempat nak mencelah tu... menjeling GM kat belakang....
Apa2pun sepanjang berada di sana memang happy and penat giler... semuanya sporting.... kepala yang semak terang sekejap..... okeylah adios....

Monday, April 12, 2010

Salam.
Keriangan yang tak dapat ku gambarkan.... kemesraan dan keakraban antara aku dengan Gie ku harapkan berkekalan hingga ke hujung nyawa... suka duka ku kongsi bersama walaupun tidak semua aku sharing dgn dia namun bagi ku dialah sahabat... dialah teman ku....
Aku tak nafikan ramai yang mencemburui kekraban kami... namun itulah hakikat sebuah persahabatan yang ikhlas.... walau apaapun org duk mengata kami masih lagi bersatu... dan aku bangga, juga menghormati sikap yang ada pada sahabat ku ini... tabah.. kental... bersemangat waja....

Sunday, April 11, 2010

Team Building

Salam....
Dua hari aku tinggalkan semua xtvt menghadap laptop..... ermmm... rindunyaaa..... apa2pun kerinduan ku terubat dengan xtvt2 yang dijalankan sepanjang 2 hari berada di Bukit Tinggi... Thanks IT... coz masih lagi on kan blogger ni... boleh lah aku lepaskan rindu pada blog aku ni....

2 hari aku tinggalkan anak ku semata2 untuk memenuhi kehendak big bos ku supaya tidak membawa keluarga sepanjang team building berlangsung... ermmm ada bernas jugak kenapa dia tak bagi bawak.. yealah xtvt yg begitu padat akn membuatkan hati keluarga terluka... xde masa punyalah nak jenguk anak nnt....

Semua xtvt aku join kecuali 1 jer... itupun berbelah bagi nak join k tak... last2 aku pilih tak join.. nasib baik boleh di kecualikan... Kepenatan masih terasa hingga ke hari ini... badan aku yang sakit bertambah sakit... itu yang aku tak join paintball tuuu...... okeylah aku x leh lama2 menghadap.... ini time kerja laaa... malam nanti aku sambung eaaa... sebelum tu... enjoylah ngan pic2 kat bawah tuuuu...

Hari terakhir... tunggu nazaria nak balik trg... sempat lagi tuuu.....

With my best friend.... Gie....

Uissshhh... baru aku perasan.... mmg betul aku makin cekeding.... kurusnyeeerrrr... he3

Sambil2 tunggu yang lain tiba ... layyannn... pic lain2 p jguk kat FB k...

Thursday, April 8, 2010

Sorry Sayang....

Salam...
hahahahhaha... opis aku on lagi blogger ni... tapi aku tak leh lama2 duk sini coz dah nak bertolak ke Bukit Tinggi... satu xtvt yang akn memenatkan lagi badan aku.... adussss....

Apa2pun... maafkan umi sayang... umi terpaksa tinggalkan puteri kesayangan umi... next time umi bawak k... masih terbayang2 airmata puteri kesayangan aku... nasib baik lah ayh kesayangan puteriku ada,.... dapat jugak aku melihat dia tersenyum semula... adusss... ayahhhh... mama... tolong yea... calling2 anak kat sini.... kuat juga penangan kasih sayang ayah ni eaaa... ermmmm... thanks ayah... thanks mama...

anak2 umi yang lain... miss u.... InsyaAllah umi ada smthing special to all of u... tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Okeylah aku nak chow dulu....

Tuesday, April 6, 2010

Lena Di ulit Mimpi

Salam ...
Lenanya dia.... terukir senyuman manis...
Kepulangan ku disambut... "Umi.. pergi mana...?" K3 cari umi merata.... "laaa... kan umi p ambik Pok Alang kat tuition"... ermmm.. k3 nak tdo...."ok syg...mwahhhh" seperti biasa ciuman selamat malam di hadiahkan....

Dalam sedar tak sedar... dia maklumkan padaku..."umi mama tipon jap ni.... mama kirim salam kat umi... mama tanya p tuition x.. dah mkn belum... belajar mcm mana..." soal ku... k3 suka tak mama call... suka jawabnya... hilang rindu k3...ermmmmm... aku berpaling ke arahnya.... laaaaa... dah berdengkur.... perkataan rindu yg terakhir di lafazkan... aduiiiii.. apalah ank umi...

Walau apapun penantian dia dah pun berakhir.... tapi penantian aku...huhuhuhuuhuh... kenapa jadi macam ini....????? dia bukan seperti yg ku kenali dahulu...
Apa2 jerlaaahhhhh... yg penting hati anak ku kembali riang...
Adiossss... nk wat assignment dulu.... byeeee....
THANKS MAMA... miss u all..

Monday, April 5, 2010

Sepi sekeping hati...

Hati ini
Seringkali berbicara
Dimanakah arah haluan hidupku,
Hati ini sering berkata
Alangkan indahnya hidup bersama orang tercinta
Hati ini sering berdetik
Andai aku dapat putarkan waktu
Inginku bersama orang yang mencintaiku

Tapi itu hanya impianku
Impian yang hanya bebayang mimpiku
Bebayang yang tak mungkin berubah
Bagaimanakah kesudahan hidupku
Adakah aku mampu bertahan bersama siDIA
Adakah aku mampu mengharungi liku hidup ini
Penuh ranjau berduri,
Penuh dengan serpihan kaca

Ahhhhhhhhh.....
Hidup umpama roda.....
Tapi sampai bila harus aku keluh resah
Sampai bila harus aku menanggung kepiluan ini
Sampai bila Ya Tuhan ku
Berdosakah aku
Berdosakah aku sekiranya aku inginkan kebahagian itu
Ya Allah
Berilah petunjuk padaku
Aku hanya berserah padamu
Tapi aku benar-benar berharap
Agar
Keajaiban itu miliku
Engkau serahkan aku pada mereka
Mereka yang mencintaiku
MEreka yang menyayangiku
Mereka yang mengerti hati dan perasaanku
Mereka yang dapat melindungiku
Mereka yang dapat menjagaku
Mereka yang dapat membimbingku.

Luahan hati ini pernah di paparkan pada Jan 2008 di sini.... impian seorang isteri dari melepaskan diri dari cengkaman seorang suami yang tidak pernah mengenali erti keinsafan.... dan keajaiban yang di pohon akhirnya termakbul jua....
Kini segala-galanya telah berubah.... beliau kini menjadi seorang ibu... seorang bapa... seorang kakak...seorang abang... seorang pekerja dan juga... seorang pelajar... tanggungjawab2 itu dipikul seorang diri... bebanan yang di tanggung cukup menguji jiwa.. minda.... namun dia harus gagahi jua demi kebahagiaan mereka ini... setahun berlalu.... hidup dia masih lagi sama... tiada apa yang mampu di lakukan kecuali berserah.....

DIMANA
Mereka yang mencintaiku
MEreka yang menyayangiku
Mereka yang mengerti hati dan perasaanku
Mereka yang dapat melindungiku
Mereka yang dapat menjagaku
Mereka yang dapat membimbingku.

Pencarian demi pencarian akhirnya dia bertemu dengan orang yang sanggup memberikan semua itu... tapi... dimana pengakhiran hubungan itu... kini dia sedar... hubungan itu tidak menjanjikan apa2 lagi... dia tidak sanggup melepasi halangan2 di hadapan mereka..... seperti biasa... dia masih ingin menjaga hati dan perasaan orang2 yang di sayangi... di kasihi ... dan di cintai..... kerana merekalah hidupnya di hiasi dengan senyuman walaupun adakalanya disusuli dengan tangisan... tapi dia tetap redha akan ketentuan Illahi....

Hari demi hari yang berlalu dirasakan begitu pantas... hubungan itu masih lagi kukuh di hati sanubari dia.. namun tidak dapat lagi dia memujuk hati apabila di beritahu yang hubungan ini tidak ada penghujungnya kecuali org yang ku harapkan hdup bersama2 pergi dahulu..... sebak.... pilu... bukan itu yang aku harapkan.... bukan itu yang aku inginkan.... impian aku bersama2 mengharungi suka duka sebuah kehidupan berkeluarga yang harmoni... di sisi mereka yang di sayang... lagipun amat berat utk aku menerima keputusan itu kerana aku menyayangi semua keluarga itu... aku tak ingin untuk mengambil alih... tapi aku nak bersama melalui kehidupan ini....

Namun jika ini satu keputusan yang dibuat... sedarlah aku kini.... apa yang anak aku ingatkan pada aku semua silih berganti terbayang di ruang benakku... kenapa tiada lagi deringan telefon untuk dia dari keluarga sana... kenapa tiada lagi balasa sms dari sana... kenapa tiada lagi kata2 rindu dari abg dan kakak... semuanya kini menjauhkan diri.... kesibukan mereka telah membataskan utk terus berhubung dengan kita syg..... namun alasan itu tidak diterima lagi... kesibukan itu pernah berlaku sejak dulu lagi ibuku.... kenapa terlalu banyak alasan ibuku.... kenapa harus k3 yang perlu mulakan....

Wahai anakku.. terimalah itu semua sebagai cabaran untukmu... tumpukanlah pelajaran mu sayang... baru kini ku tahu kenapa pelajaran dia merosot.... Ya Tuhan... dia begitu mengharapkan untuk berjumpa dengan keluarga di sana.... dia terlalu rindukan keluarga di sana sehingga memberitahu kawan2nya... cuti sekolah nak balik kg... jumpa mama.. ayh.. abg,.. kakak... tapi semua itu tdak berlaku... dia mengadu pada kawan baiknya.. sewaktu exam tempohari... mama dan ayh tak call pun ucap selamat jwb exam seperti selalu.... semuanya terbongkar kini.... maafkan ibumu anakku.... aku tak mampu lagi utk membawa dirimu bertemu mereka yang kau rindui.... bagaimana lagi harus memujuk hati kecil itu..... aku juga rindukan semua kenangan itu sayang...
Maafkan umi syg....

Thursday, April 1, 2010

Kureng betuiiii

Frust betui aku hari niii... aku dah ckap dah sure bdak2 IT tu terbabas unblocked blogger... hari ni aku nak mulakan operasi frust nonggeng aku... huhuhuhu blogger kembali di blocked... ermmmm... apa2 jerlah...

Hari ni spec aku wat hal... aduuuuiii terbang lagi RM XXX.XX.... sebenarnya bkn spec wat hal tapi aku yg cuai... ish...ish...ish... entah camne ayh lipat kete aku... blh bercerai spec aku yg duk lam kete tu..... tapi salah aku... yang aku p ltak lam kete sapa sruh..... ermmm... tapi aku dah hantar spec aku p klinik... n check sekali lagi mata aku niii... waduhhhh... powernyer udah naik sebelah... ermmmm.... apa2jerlah ... janji aku masih mampu melihat....

Okeylah .. banyak aku nak shaare niii.. tapi relax dulu lah... nak cont. wat assingment... okey,, adiosss.......

Tuesday, March 30, 2010

Wow....

Weh... betul lah ckp Shafa... my opis dah on blogger x de block2 lagi... uishhhh pasni leh hari2 lah duk layan blog... sukernyeeee... hehehehhehe... Thanks Shafa coz sampaikan info ni... mesti si kubing x tahu ni.... kalu tahu mahunya block lagi ni...

Apa2pun toce...toce.... hehehehe.. aku pun sedang keboringan tahap cipan ni... semua kerja pending coz bos2 semua kuar... x dpt nak approved doc... chat box aku pun sunyi sepi.... buah hati pengarang jantung aku lak ... ntahlah apa angin sejak 2 menjak ni... moody... pah ke aku turut moody... biasa kalau aku moody nmpak dia senyum cair hati aku... moody jadi x moody... bak kata org tue2 .. adalah semangat sikit nak wat kerja... hehehehhehe....

Hari ni dia diam... sepatah aku sapa sehuruf dia reply... aku bertambahlah boring..... nak mtak dia on skype pun aku xde mood coz dah tahu sangat... bukan nak chat ngan aku pun... sooo.. lantak lah... klu dia ingat kat aku.. rindu kat aku... pandai2lah dia cari aku.... aku pun ada perasaan gak... eiiiii... nampak sangat aku jer perlukan dia kan... tapi tulah ... huhuhuuhu... dia segala2nya.... mungkin sebab tu lah kot dia ego sikit,... dia tahu aku perlukan dia.. itu yg dia wat dek kat aku... dia diam ke.... x layan ke... aku tetap cari dia gak.... ermmmm itu lah manusia...

Apa2pun... aku juga manusia yang punya perasaan.... huhuhuhuhu... okeylah adios... aku saja nak test jer ni coz member aku ckp blogger dah unblocked.... adiossss..... TQ kubing... hehehehe

Sunday, March 28, 2010

Sekeping nota buat umi

Salam...
Sambil2 member aku sediakan dokumen yang di perlukan utk tugas seterusnya aku nak siapkan coretan ini.... nota yang aku lampirkan ini adalah luahan hati seorang anak yang di tinggalkan oleh sang ibu yang kesibukan tanpa mengendahkan perasaan anak yang ketika memerlukan perhatian... namun si ibu tersepit antara kerjaya dan keluarga....

Nota ini dijumpai oleh sang ibu selepas bertugas di satu majlis yang di anjurkan oleh companynya.... terselit rapi dlm beg si ibu.... hampir2 di buang nota ini kerana mengingatkan nota ini hanya sekeping kertas biasa... naluri si ibu telah membuatkan beliau membuka lipatan kertas tersebut... dan dengan perasaan yang sebak dan pilu si ibu terduduk selepas membacanya.. menitis air mata si ibu.... merenung sayu pada wajah si anak yang di buai mimpi... si ibu melihat jam di tangan... pukul 3am..... kesian si anak... majlis yang sepatutnya diraikan bersama keluarga .... tapi si anak hanya sebagai sampingan melihat anak2 lain berkejaran... bergurau senda dengan keluarga masing2.... Doa si ibu semoga satu hari nanti si anak memahami kerjaya si ibu yang terpaksa memikul semua tanggungjawab demi membahagiakan semua orang....
Semalam... air mata si anak menitis lagi apabila si ibu tanpa dapat mengawal perasaan telah mengugut utk menghantar si anak di bawah penjagaan abahnya... maafkan umi sayang... umi terpaksa cakap begitu kerana dirimu tidak lagi seperti dahulu... mengabaikan tjawabmu sebagai pelajar hinggakan keputusan yang diperolehi tidak memberangsangkan lagi... apa lagi yang kau fikirkan sayang.....
Doa umi semoga engkau dapat menjadi seorang manusia yang berpelajaran... untuk bekalan dunia dan akhirat... umi sedar... umi bukan ibu yang terbaik.... tapi umi tetap menyayangimu...
Maafkan umi....