My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, March 28, 2010

Sekeping nota buat umi

Salam...
Sambil2 member aku sediakan dokumen yang di perlukan utk tugas seterusnya aku nak siapkan coretan ini.... nota yang aku lampirkan ini adalah luahan hati seorang anak yang di tinggalkan oleh sang ibu yang kesibukan tanpa mengendahkan perasaan anak yang ketika memerlukan perhatian... namun si ibu tersepit antara kerjaya dan keluarga....

Nota ini dijumpai oleh sang ibu selepas bertugas di satu majlis yang di anjurkan oleh companynya.... terselit rapi dlm beg si ibu.... hampir2 di buang nota ini kerana mengingatkan nota ini hanya sekeping kertas biasa... naluri si ibu telah membuatkan beliau membuka lipatan kertas tersebut... dan dengan perasaan yang sebak dan pilu si ibu terduduk selepas membacanya.. menitis air mata si ibu.... merenung sayu pada wajah si anak yang di buai mimpi... si ibu melihat jam di tangan... pukul 3am..... kesian si anak... majlis yang sepatutnya diraikan bersama keluarga .... tapi si anak hanya sebagai sampingan melihat anak2 lain berkejaran... bergurau senda dengan keluarga masing2.... Doa si ibu semoga satu hari nanti si anak memahami kerjaya si ibu yang terpaksa memikul semua tanggungjawab demi membahagiakan semua orang....
Semalam... air mata si anak menitis lagi apabila si ibu tanpa dapat mengawal perasaan telah mengugut utk menghantar si anak di bawah penjagaan abahnya... maafkan umi sayang... umi terpaksa cakap begitu kerana dirimu tidak lagi seperti dahulu... mengabaikan tjawabmu sebagai pelajar hinggakan keputusan yang diperolehi tidak memberangsangkan lagi... apa lagi yang kau fikirkan sayang.....
Doa umi semoga engkau dapat menjadi seorang manusia yang berpelajaran... untuk bekalan dunia dan akhirat... umi sedar... umi bukan ibu yang terbaik.... tapi umi tetap menyayangimu...
Maafkan umi....

No comments: