Kesayuan di hati kini kembali terusik apabila melihat si kecil yang dahulunya sangat aktif kini menjadi penghuni setia hospital... Sudah 38 hari Hazim di hospital... dan selama itulah Makchik & Pakchik ku setia menanti.... Kesihatan makchik ku pula terganggu akibat alahan yang teruk... Jumaat lepas aku berpeluang melawat Hazim sekali.... Alhamdulilah dia mampu ketawa dan mengeluarkan beberapa perkataan yang biasa di gunakan....

Aku snap pic ini ketika aku baru sahaja tiba di bilik rawatan dia... Ya Allah sayunya aku... doktor telah sahkan Hazim menghidap penyakit SLE. Kekuasaan Allah tiada siapa yang boleh menghalang... Keadaan Hazim begini mengingatkan pada adik angkat kesayangan aku.... Balqish...

Hazim yg dulu berlari berkejaran dengan aku kini mula sepi.... sebak hatiku tiada mampu menahan.....

Keadaan Hazim yg semakin ceria membuatkan aku merasa lega.... senyuman ini yang aku rindui... semoga dirimu tabah sayangku... cepat2 sembuh yea... along menanti kepulanganmu di rumah....
Sempat ku snap pic ini.... selepas berjaya memujuk Hazim dari terus menangis kerana mahu keluar dari hospital.... sib baik ada rakaman adik2 aku yg buat lawak... terhibur juga dia...










No comments:
Post a Comment