Mampukah aku menyusuri liku2 kehidupan ini... semakin lama semakin jauh aku melangkah... suka duka silih berganti.... dan kini... aku kembali sendirian... mampukah aku melaluinya sendiri... Penantian yang aku tunggu selama ini sudahpun berakhir... dia pergi jua.... dan aku masih disini... memandang sayu pada kenangan-kenangan yang telah di cipta... sungguh indah semua itu... gelak tawa.. usikan mesra.... keakraban dan kemesraan di cipta kini tinggal dalam lipatan memori semalam....
Tangisan sendu kini berulang hanya kerana perkataan 'benci' yang di utarakan... kenapa di saat2 ini masih lagi mencari kesalahan orang lain... tidak kah dia menyedari yang semua ini kerana sikap dia yang hanya pentingkan diri sendiri. Tidak pernah mengaku kesilapan yang telah di buat... dan dia pergi ketika aku dalam kesusahan... kesempitan.... dalam keadaan aku memerlukan seseorang agar aku tidak terus-terusan jatuh... air mata mengalir lagi....
Lakonan demi lakonan yang ku buat tidak mampu utk aku menghibur perasaan duka ini... Bayangan wajah dia masih di ruang mataku... sebak di dada kian parah hanya kerana aku diperlakukan sebegini.... dimana kasih sayang yang telah di cipta untukku... di mana perhatian yang dia pernah berikan dulu.. di mana janji2 dia untuk menjagaku.... kini semuanya terkubur sudah....
Sendu yang berlagu mendapat perhatian si anak yang mengerti suka duka seorang ibu... air matanya turut berlagu pilu mengharap satu keajaiban akn berlaku.... kasih sayang kami padamu tiada berbelah bagi... dan aku kini hanya mampu berdoa agar si anak juga tabah serta tidak memandang dengan penuh rasa kesuraman....
Mampukah aku melalui denai ini...
Mampukan aku menyusuri jalan ini...
Mampukah aku berdayung seorang diri....
Mampukah aku membawa luka di hati...
Kini semua terkubur lagi...
Tiada lagi bingkisan memori
Sentakan hati terus dilukai
Hanya tinggal aku sendiri....
Hilang pelangi tiada penyeri...
Tiada lagi jaluran dihati...
Sinaran yg suram kini diganti...
Terkapai-kapai mencari sebuah destinasi...
Titipan ini hanya untukmu.. agar kau memahami isi hati ini... sesungguhnya aku terlalu mengharapkan agar kau dapat hadir disisiku lagi,....
Pelengkap Hidupku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment