My Memories

Pelengkap Hidupku

Wednesday, October 27, 2010

Rayuanku

Hari ini kau mendengar rayuan dariku..... kau tak endah akan rayuanku.... aku meratap merintih dan merayu agar kau berikan aku sedikit masa utk aku membawa diri ini buat selama2nya dari hidupmu.....

Satu masa nanti kau pula akn mencari... dan terus mencari dimana hilangnya keriuhan itu.... dimana kritikan itu... siapa lagi yang akn mengkritik...... masa itu kau akan ingat kembali... kritikan itulah yang kau rindui......

Pencarian ku telah menghampiri noktah terakhir..... kepenatan ku untuk mencari dan terus mencari juga telah berakhir..... aku tidak perlukannya lagi.... jika ianya masih mempunyai sisa2 yg perlu aku teruskan ... akan ku teruskan mengikut arus yg bertamu.....

Ketika itu aku bukan lagi org yg kau kenali... ketika itu dalam diri ini penuh dengan dendam.... ketika itu dalam diri ini penuh dgn rasa kebencian ,.... dan ketika itu juga hatiku telah ditutup untuk mendampingimu lagi...... akulah rama-rama yang telah kehabisan madu.....

Kenangan2 itu..... akn ku bawa bersama.... kerana itulah hiburan buatku.... suara2 itu akn terpahat dlm sanubariku kerana itu memori terindah..... panggilan syg akn ku ukir menjadi sebuah tugu kenangan cinta kita....... kembalinya aku ke daerah sepi..... bersama deraian air mata.....

No comments: