My Memories

Pelengkap Hidupku

Saturday, July 25, 2009

Sepetang Bersama

Salam....,


Malam ini aku mulakan bicara tentang puteri kesayangan ku... Sepetang bersama puteri ku telah membuatkan diriku menyedari betapa rindunya aku bersama anak kecil yang pernah ku memanggil baby... kemudian adik dan kini.... kakak....



Ku perhatikan setiap gerak geri kakak yang merindui seseorang.. namun sifatnya yang suka memendam rasa dapat menyembunyikan perasaan itu... aku cuba mendalami perasaannya... aku tidak mahu dia memendam rasa lagi. Aku ingin dia bangkit dari kedukaan dan kesedihan yang lalu... tiap kali meminta sesuatu dariku aku perhatikan matanya yang jernih namun mencerminkan sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Hari ini kakak merungut... adakah dia berjaya mempertahankan kedudukan yang cemerlang di kelasnya nanti. Adakah dia berjaya menerima cabaran dari 'ayah'. Galakan demi galakan ku berikan pada nya agar dia tidak merasa gusar lagi. Kakak perlu menerima cabaran itu untuk masa depan kakak. Kata2 semangat dari 'ayah' sering di ingatkan agar kakak tidak lalai lagi..

Akan ku pastikan gelak tawa kakak akan menghiasi kamar hatiku untuk selamanya. Keboringan kakak membuatkan aku serba salah... sepetang bersama kakak ku gunakan sebaik yang mungkin bagi menceriakan kehidupan yang sering kesunyian.

Ku penuhi jua kehendak kakak walaupun keadaan kesihatan ku tidak memuaskan.. aku benar2 mengharapkan keceriaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Umi sayang kakak. Good Luck anak ku.

No comments: