My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, July 26, 2009


Salam...

Hari ini aku menerima berita kematian bertalu2... semalam pemergiaan bonda tercinta sahabatku.., pagi tadi kedengaran pemergian pengarah terkenal tanahair..., sampai office belum sempat memulakan kerja ku menerima lagi berita tentang pemergian salah seorang pengurus di tempat ku bekerja... belum habis cerita saudara terdekat ku pula pergi menghadap illahi...
Terdetik di hatiku.. apakah yang akan berlaku pada anakku sekiranya aku juga pergi tiba2.. tak dapat ku bayangkan hidupnya tanpa kehadiranku... Reaksi sekarang pun kalau aku hilang dari pandangan mula gelisah ini kan pergi buat selama-lamanya....

Petang ini aku masih menghabiskan masa dengan beliau... akan ku isi masa yang terluang bersama puteri kesayangan ku... ku tahu dia memerlukan aku ketika ini... ku juga tahu yang emosi dia turut terganggu dengan perkhabaran yang x ingin didengari. Namun hakikat yang harus dia terima... kehadiran sseeorang dlm kehidupan dia nanti.


Seperti biasa aku tetap setia menanti puteri kesayangan ku setiap kali beliau menghadiri tuition... hari ini ku dapat rasakan puteri ku makin gelisah menghitung hari... tiada alasan untuk mengelakkan diri lagi... 'Kakak tak nak balik kampung' itulah yang sering di ulang.. perasaan ibu yang makin tersepit dan serba salah... bagaimana lagi harus ku membantu anak ku untuk mengelakkan diri. Sabarlah Kakak .. hanya itu yg mampu aku perkatakan...


Doaku agar puteriku menjadi anak yang solehah serta tabah menghadapi liku2 kehidupan yang penuh dengan cabaran.... Umi sayang Kakak... semoga engkau berjaya di dunia dan akhirat anak ku.,

No comments: