My Memories

Pelengkap Hidupku

Saturday, December 13, 2008

Dilema Sang Isteri


Salam..., Kisah yang akan aku paparkan kali ini ialah mengenai kehidupan seseorang yang telah lama menderita akibat perbuatan sang suami yang sentiasa serkap jarang dan cemburu keterlaluan. Pada awal perkahwinan iaitu sejak 8 tahun yang lalu sang isteri selalu di jadikan mangsa serkap jarangnya. Memang kesilapan sang isteri ketika itu kerana tidak berterus terang di awal perhubungan mereka bahawa sang isteri telah jatuh cinta dengan seseorang... sewaktu dalam dilema untuk meneruskan pertunangan atau tidak.. sang isteri memujuk diri sendiri akan melupakan teman barunya dan memilih tunangnya iaitu suaminya sekarang....

Pada malam termenterainya tali ikatan yang bermakna itu sang isteri digenangi airmata akibat kata2 yang dilontarkan oleh sang suami.. rupanya sang suami masih tidak dapat melupakan perbuatan san isterinya walaupun sang isteri tetap mengatakan yang dia memilih suaminya kerana masih lagi mempunyai sinar cahaya cinta. Sang isteri pasrah.

Seminggu selepas majlis sang isteri membawa diri ke kota bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja... selama 6 bulan menjadi weekend wife.. pada bulan ketiga perkahwinan sang isteri telah disahkan mengandung.. gembiranya hati sang isteri. Tidak sabar rasanya untuk memberitahu pada suami tercinta. Kegembiraan itu cuma datang sekejap kerana sang suami tidak mahu dengar perkhabaran itu malah telah disuruh sang isteri menggugurkannya atas alasan itu bukan anaknya.. lagipun dia belum bersedia menjadi bapa. Hancur luluh hati sang isteri apabila dituduh sebegitu rupa. Sang isteri nekad tidak akan membunuh janin itu. Walaupun sang suami tidak mahu menerima sang isteri nekad untuk menjaga kandungan tersebut.

Sang isteri akhirnya dapat kembali ke pangkuan suami tercinta bersama kandungan 4 bulan ketika itu... terfikir di minda isteri saat kebahagiaan akan kembali bersama suami tersayang dengan ditemani kandungan yang semakin membesar. Perhatian yang sang isteri berikan pada suaminya kini telah merubah fikiran sang suami untuk menerima sang isterinya seadanya. Begitu juga kandungan itu. Sang suami menyayanginya dan menyesal di atas tindakan dia yang memaksa sang isteri menggugurkannya.

Sangkakan panas hingga ke petang.. sekali lagi sang isteri di duga... sang suami masih tidak berubah.. saat kandungan sedang sarat sang suami telah menunjukkan taring yang sebenar.. sang isteri selalu dipersalahkan walaupun apa yang berlaku bukan berpunca dari sang isteri... sepak terajang telah di hadiahkan... pilunya sang isteri tiada tempat mengadu... hendak mengadu pada keluarga takut disalah ertikan... hari demi hari sang isteri memendam rasa... dengan menemani kandungan yang di sayangi. Sang isteri yang kuat dan tabah rela diperlakukan seperti itu hanya kerana dia menyayangi sang suami.

Semakin sang isteri menahan, sekuat itu jugalah hadiah hantukan dan sepakan di berikan hinggakan satu ketika terjadinya pendarahan yang di takutinya. Sang suami panic meminta kemaafan dari sang isteri. Hanya airmata yang menemani sang isteri betapa sakitnya sang isteri pada ketika itu... Kemaafan masih lagi diberikan kepada sang suami.

Saat kelahiran yang hampir tiba sang isteri tetap diuji... kali ini hantukan kepala ke dinding dihadiahkan kerana tidak dapat melayan nafsu sang suami.. kesakitan yang dirasai berpanjangan hinggalah saat-saat kelahiran.

Kelahiran puteri kesayangan sang isteri akan dapat mengubah mimpi ngeri. Bahagianya sang isteri apabila melihat sang suami begitu menyayangi sang puteri mereka. Kegembiraan sang isteri juga kerana beranggapan sang suami dapat menerimanya dan akan mencipta kebahagiaan berkekalan.

Ya Tuhan.. itu semua hanya mimpi sang isteri... sang suami kembali ke perangai asalnya... kerjaya sang isteri semakin menonjol... sang suami mula menunjukkan keegoaannya... Sang isteri di hadiahkan sepak terajang yang istimewa di hadapan anak kecil yang mula mempelajari sesuatu.. sang anak menangis nyaring melihat si ibu di kasari.

Hari demi hari si anak mula mengerti..., Kini sang isteri tidak dapat meneruskannya lagi. Si isteri mula sedar yang selama ini dia silap. Apabila berlakunya effect yang besar pada si anak... si ibu mula berfikir sampai bila harus diperlakukan begini.

Seseorang telah menyedarkan sang isteri betapa besarnya kesilapan yang dilakukan sebelum ini. Kerana kelembutan si isteri serta kasih sayang yang menebal telah membutakan si isteri untuk membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan. Kini cahaya itu pasti akan menerangi hidup sang isteri. Berkat bimbingan seseorang si isteri telah mula bersuara. Mempertahankan hak kebebasan yang hakiki. Bukan niat untuk menderhaka tapi itulah hakikat yang sebenar yang selama ini ditempuh.

Kerana tidak sanggup melihat anak yang semakin membesar hidup dalam ketegangan sang isteri nekad untuk terus berjuang untuk mendapatkan hak itu. Hanya kerana kebahagiaan anak yang tersayang.

Terima kasih buat semua yang telah membantu sang isteri ini.

No comments: