My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, December 28, 2008

Dilema Sang Isteri 1

Salam...,
Penulisan ku kembali lagi... kali ini aku titipkan sambungan dari dilema Sang Isteri...

Tanggal 22 December merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup sang isteri setelah sekian lama menanti pengakhiran sebuah penyeksaan. Tanpa disedari oleh Sang suami si isteri telah menunaikan apa yang telah diminta oleh sang suami sebelum ini.

28 December, pihak mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian telah berlaku di luar mahkamah. Sang isteri dengan rasa bersyukur setelah sekian lama menanti merasa seolah-olah beban yang ditanggung selama ini telah berakhir. Kini sang isteri kembali kepangkuan keluarga dengan sebuah harapan agar dapat membina kehidupan yang lebih bermakna dengan anak yang dikasihi.

Namun mampukah sang isteri melaluinya dengan sendiri... ya sang isteri mula belajar hidup berdikari tanpa bantuan dari mereka yang bergelar suami. Dia harus melakukannya dengan sendiri. Dia harus membahagikan masa dengan tugas-tugas di pejabatnya. Masa akan menentukan segala-galanya.

Setelah sekian lama ikatan disimpul rapi
Kini terlerai akibat keegoaan manusia yang bergelar suami
Anak menjadi mangsa hakiki
Isteri menderita , meratapi
Merenung nasib yang harus dilalui
Namun segalanya menjadi pedoman buat si isteri
Langkah demi langkah di atur agar tidak tersandung lagi
Kini sang isteri harus bertatih lagi
Membawa diri melawan arus kehidupan yang tak pasti
Tangan dihulur kebahagian dan ketenangan di cari..........

Begitulah pengakhiran hidup sang isteri yang sering di seksa mental dan fizikl oleh sang suami... selepas ini akan ku titipkan kehidupan sang isteri yang membesarkan anak permata hati yang disayangi...

Adiossssssssssssss..

No comments: