My Memories

Pelengkap Hidupku

Saturday, October 29, 2011

Congratulations my brother....

TLDM patah cubaan rompak kapal tangki di Tanjung Gelang

2011/10/29

KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki membawa muatan petrol dan gas bernilai kira-kira RM12 juta, di perairan Indonesia, malam tadi.

Dua pihak berkuasa itu turut mendapat kerjasama Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) sebelum memintas kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru kira-kira jam 8 malam, di 17 batu nautika Pulau Jemaja, Indonesia dan 33 batu nautika dari Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan Malaysia.
Kapal tangki milik syarikat E A Technique (M) Sdn Bhd yang berdaftar di Pelabuhan Klang, Selangor itu dalam perjalanan dari Melaka ke Sibu, Sarawak membawa muatan petrol seberat 1,436.95 metrik tan dan gas 2,009.78 metrik tan.
Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Ramli, berkata ia dirampas kira-kira 10 lanun bersenjatakan pistol dan parang di perairan Selat Singapura berhampiran Batu Puteh kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

Sebelum itu, katanya, pihak pengurusan syarikat yang mengesyaki kapal tangkinya dirampas selepas gagal dihubungi membuat laporan kepada APMM, jam 9.20 pagi semalm.

Beliau berkata, APMM kemudian menugaskan pesawat miliknya, DAUPHIN M7 002 menyiasat dan berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu di lokasi kira-kira 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang kira-kira jam 3.20 petang.

Katanya, TLDM kemudian mengarahkan tiga daripada lima kapal miliknya, KD Jebat, KD Lekiu dan KD Kelantan yang sedang mengadakan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) di perairan Pulau Tioman membantu APMM menyelamatkan kapal tangki itu.
"Kira-kira jam 4.15 petang, sebuah pesawat Super Lynx diterbangkan daripada KD LEKIU berjaya mengesan kedudukan kapal tangki yang sedang belayar keluar dari perairan Malaysia dipercayai menuju ke Kepulauan Anambas, Indonesia.

"Kita kemudian menerima maklumat daripada APMM bahawa Badan Koordinasi dan Keamanan Laut (BAKORKAMLA) Indonesia memberi kelulusan bagi kapal TLDM memasuki perairan republik berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam.

Mohamad Roslan berkata, semua perompak berkenaan bertindak meninggalkan kapal tangki itu dengan bot laju dari arah Pulau Jemaja, Indonesia, kira-kira jam 9.10 malam.

Katanya, Kapten MT Nautica Johor Bahru, Tang Ah Bay turut memaklumkan bahawa lanun berkenaan sempat melarikan beberapa barangan peribadi milik anak kapal termasuk wang, telefon bimbit dan komputer riba.

"Bagaimanapun, semua 19 anak kapal terdiri daripada 11 rakyat tempatan dan lapan warga Indonesia bersama muatan kapal berkenaan dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan .

"Kapal tangki itu kemudiannya diiringi balik memasuki perairan negara ke Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 2 petang," katanya.

Beliau juga berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas bersepadu pelbagai pihak termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Majlis Keselamatan Negara dan TNI-AL.

Sunday, October 23, 2011

Fobia wehhhh....

Salam...
Lega sudah dengan berakhirnya event pertamaku... walaupun x dapat apa yg aku sasarkan... namun aku berterima kasih kepada mereka yang terlibat...

Huhhhh... gusti lengan... aku dah fobia,.... kerana sukan ini ahli gym aku patah bicepnya... arghhhh... bersalahnya ku rasa.... aku doakan semoga ahliku dan juga staff aku itu cepat sembuh...

Saturday, October 22, 2011

Kempen menderma darah

Salam...
Kepuasan yang tak terhingga hari ini... walaupun tidak seperti yang di harapkan namun semuanya berjalan lancar.... alhamdulilah... hari ini aku mendapat satu lagi info bagaimana untuk terus mengorak langkah dlm perniagaan ini... jika kita ikhlass... kita akn sentiasa di bantu walau apa jua keadaan,... dan buktinya.... inilah kejayaanku yang pertama dalam bidang marketing... semua pelajaran di UMCCED aku adaptasikan utk gym aku...
Thanks Firdaus di atas montage ini.... ada yang berminat utk meminta khidmatmu..

Friday, October 21, 2011

Nobody knows...

Nobody knows it's empty, this smile that i wear

The real one is left in the past because you have left me there...


Nobody knows I'm crying, they won't even see my tears

When they think that I'm laughing, I still wishing you were here...


Nobody knows it's painful, they think that I'm strong

They say that this won't kill me but i wonder if they were wrong...


Nobody knows I'm praying that you will change my mind

They think that I had let you go when you left me behind...


Nobody knows I miss you, they think I feel set free

But I feel I'm bound with chains, trapped in the mystery


Nobody knows I need you, they say I can do it on my own

But they don't know I'm crying when I'm alone...

Thursday, October 13, 2011

Miss U

Salam...
Kembali lagi aku di sini... membawa koleksi peribadi adinda tercinta....rinduku padanya terubat jua... begitu juga dengan puteriku...

Sesampai ku disana... capaian tangan terus kepada makanan... kesiannya... takper yer syg.. nnt along dtg bawak satu kedai makanan... hahahhahahahaha...

Kedatangan ku di sambut dengan senyuman dan gelak ketawa yang dirindui..... mimpiku menjadi kenyataaan... dan alhamdulilah.. tiada lagi perkataan keluarkan dia dari sana di ulangi....

Along... btahu ma apiq minta maaf.... pertama kali aku mendengar perkataan itu...

My Heart

Di sini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku dengan mu
pernah kah kau menguntai
hari-hari paling indah
terukir nama kita berdua
di sini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang

if you love somebody could we be this strong
i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn’t risk my love even just one night
our love will stay in my heart

pernahkah kau mengintai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayangku akan hilang

Tuesday, October 11, 2011

Memoriku

Salam...
Kembali lagi aku ke dunia penulisan memori semalam.... suka duka ku harungi sendirian... pintu hatiku kembali tertutup buat insan bernama LELAKI.... sukar untuk aku membuat keputusan lagi... Jika ditakdirkan aku berseorangan utk selamanya akan ku terimanya dengan penuh keredhaan.... Apa yang aku harapkan anak aku tidak berduka lagi.... dan aku tidak akan melukanya lagi... Kebahagian kami bukan bersama mereka yg bergelar suami @ bapa... kebahagian kami ada bersamaNya.... DIA tahu apa yang baik untuk kami. Akan ku ceriakan hidup kami dengan penuh warna warni.....



Jommmmm... layani pandangan mata anda dengan hidangan aktivitiku yang tak sempat aku upload kan sebelum ini...... layanzzzzzzzzzzzzz


Sewaktu penyerahan hadiah kepada pemenang2 bagi pusingan decoration terbaik sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011

Aku dan juga teman baikku Gie... bersama menara prospektus PETRONAS hasil binaan aku... hehehehhehe... asalnya lam bilikku tp si Gie ni sruh kuarkan.... hehehehhehehe...


Posing cikit utk paparazi Zir Ali...

Kenangan bersama...
Kemana sahaja ber2.... ermmm.. ku x salahkan mereka yg cuba memporak perandakan hubungan kami.. kerana sememangnya kami sentiasa berurusan dalam apa jua keadaan




Sebahagian committee event... Pok Lan & Firdaus


Gym aku juga diberi peluang utk mengikuti event ini... thanks ayh for your support


Congratulations.....


Tulang belakang gym aku,.... thanks for you all...
Kenangan... kenangan... kenangan....
Nafwida Gym Centre Team..
Di ruangan HRCA....

Gelak tawa bersama....

Wednesday, October 5, 2011

Kenangan bersama

Kenangan bersama sukar utk aku lupakan..... sayu ku melihat wajah pu3 ku.. merindui mereka2 yang jauh nun di sana.... wajahnya menggambarkan sejuta kerinduan... rindu pada 'ayh'... rindu pada 'mama'... rindu pada 'ayh teh' ... rindu pada 'pak lang'... sabar sayangku... x lama lagi kita akn bertemu dengan mereka semua.... tapi maafkan umi,... umi x dapat menjanjikan utk kamu menemui ayh dan juga mama..... namun.. umi akn cuba sedaya upaya untuk memenuhi impian kamu....


Status di laman 'muka buku' mu membuatkan aku bertambah sayu.... kerinduan kamu pada pakcik2 kamu diluahkan... maafkan umi syg... umi terpaksa menghantar mereka kesana agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti... menjadi seorang ank yg soleh....


Minggu ini... umi mengelamun lagi.... terlalu banyak umi fikirkan... masa depanmu yang kian mencabar... perbelanjaan mu yang semakin meningkat.... bisness umi yang tiada lagi pembimbing.... kerisauan umi semakin bertambah.... siapa yang dapat membantu umi utk semua ini.... sesungguhnya umi tidak kuat untuk melalui sendirian.... Doakan Gym kita suksess yer sayang...... tak lama lagi kemampuan umi utk organize event akn teruji.... mampukan umi melakukannya syg..... umi mengharapkan kehadiran Uncle Taufik kamu utk membantu umi dalam majlis itu... tapi nampak gayanya umi terpaksa melangkah sendirian.... uncle telah di hantar bertugas di Jakarta... arghhhhhhhhhhhhhh.... camne umi nak wat ni syg....


Syg... x lama lagi exam.... syg buat elok2 tau... klu x ok camne syg nak bersaing ngan student KL... tul kan... umi sentiasa doakan kejayaanmu sayang.... umi akn cuba penuhi keperluan mu.... luv u honey....

Saturday, October 1, 2011

Maafkan Umi

Maafkan umi sayangku.... Umi akui masa umi tiada lagi bersamamu... kesibukan umi di gym dan juga di opis membuatkan umi terlupa tanggungjawab umi pada anak umi... hinggakan dirimu sentiasa mengadu di dada FB mu... mlm ini umi berkesempatan utk melihat luahan hatimu... sebak di dada umi membacanya... maafkan umi syang.. umi akan mencuri masa umi utk memastikan masa kita tidak lagi terganggu dengan agenda2 lain... patutlah dirimu selalu mengingatkan umi agar bermalam di gym.. rupa2nya kau inginkan masa hanya kita berdua shj... maafkan umi syg....

Kepenatan minggu ini membuatkan umi tidak mampu memerhatikan dirimu... namun umi tetap mencuri masa utk sentiasa menghubungi dirimu... kerana ku ku tahu... kau sentiasa memerlukan aku disisimu... reaksi keboringanmu umi fahami namun umi tidak mampu berbuat apa2.... sabarlah sayang... hanya tinggal beberapa bulan lagi utk umi habiskan tugas2 ini... dan selepas itu... hanya kita berdua... sentiasa bersama....

C.I.N.T.A

Cinta itu umpama seni yg Indah dan agung,
Berbahagialah yg pernah mendapatkannya meskipun tidak abadi
Cinta tidak membuat dunia berputar
Cinta inilah yang membuat perjalanan tersebut berharga
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain,
Tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya

Nafsu adalah emosi
Cinta adalah pilihan

Cinta adalah kunci induk yang membuka gerbang kebahagiaan
Kekasih yang bijaksana akan menghargai hadiah dari kekasihnya
Sebesar cinta dari si pemberi
Jika anda ingin dicinta, mencintalah
Dan jadilah orang yang berhak dicinta
Persahabatan sering berakhir dengan cinta
Tetapi cinta tidak pernah berakhir dengan persahabatan
Kita harus sedikit menyerupai satu sama lain
Untuk mengerti satu sama lain
Tetapi Kita harus sedikit berbeda
Untuk mencintai satu sama lain

Cinta yang belum matang berkata:
“Aku cinta kamu karena aku memerlukan kamu”
Cinta yang sudah matang berkata:
“Aku memerlukan kamu karena aku cinta kamu”

Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan...
Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun diharapkan sebagai balasan
Sesudah kita belajar mencinta
Kita akan belajar untuk hidup

Cinta…
Jika kamu memilikinya, kamu tidak memerlukan sesuatu pun yang lain
Dan jika kamu tidak memilikinya,apa pun yang lain yang kamu miliki tidak banyak berarti

Cinta tidak dapat dipaksakan
Cinta tidak dapat dipujuk dan digoda
Cinta muncul dari Syurga tanpa topeng dan tanpa dicari

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita
Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia akan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak akan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

Monday, September 26, 2011

Terpaksa ku lakukan

Salam syg...
Maafkan diriku... aku terpaksa membuat keputusan itu demi kepentingan dirimu... sesungguhnya tiada niat pun utk menganiayaimu syg... Setiap hari ku memikirkan cara utk menyelamatkanmu.. Allah Maha Besar... dia bgi jalan padaku utk menyelamatkanmu... Aku doakan dirimu menjadi anak yang berguna suatu hari nanti... Air mataku membasahi pipi di saat keputusan di buat... esakku tidak terhenti... adakah aku bersedih....??? tidak sayang... aku gembira kerana itu yg aku impikan selama ini... menyelamatkan dirimu dari terus hanyut... Hari ni hari ke2 kau di sana... tidak dapat aku menipu diriku ini... aku menyayangimu sayang... aku merinduimu... pertanyaan bertalu2 dari anakku terpaksa aku menjawab dengan berhati2..

"Umi..., mana pak alang...? kenapa pak alang pergi KL...? kenapa umi hantar pak alang ke sana...? kakak rindu pak alang..."

Maafkan umi syg... umi sygkan pak alang... sebab tu umi hantar dia ke KL... umi nak dia belajar... umi nak dia menjadi ank yang berguna pada tok ma dan toki... kakak pun nak pak alang jadi anak yang berjasa satu hari nnt kan.... kita sama2 mendoakan agar pak alang sentiasa dilindungi yer sayang.... nanti bila time cuti kita p melawat pak alang kat sana yer....


Ya Allah.. kau lindungi lah adik ku itu.. sesungguhnya aku benar2 mengharapkan pertolongan dariMu,..... rinduku pada dia terpaksa ku tahan agar dia dapat membiasakan dirinya... aku rindu padamu sayang.. akn ku nantikan kepulanganmu....


Wednesday, September 21, 2011

Rindu Kamu

Salam...
Hari ini.. 10 hari telah berlalu... aku sering teringatkan dirimu... apa khabar kamu di sana.... walaupun terlalu banyak kau mengecewakan aku.. tapi jauh disudut hatiku.. aku terlalu menyayangi dirimu.. doaku agar kau menjadi anak yang soleh... ku juga mendoakan agar pemergian mu kali ini akan membawa rahmat keberkatan... kepulanganmu ku nantikan.... mengharapkan sebuah perubahan yang cukup membanggakan... sedarlah sayangku....bangkitlah... jadilah anak yang berguna...

Harta dunia ku boleh cari.... tapi nilai sebuah kasih sayang lebih bermakna buatku... aku rindukan kemesraan yang lalu sayangku... ku rindukan gelak tawamu... keriangan bersama adik2 tercinta... ayuhlah adik2ku.... kita bina kembali ikatan kekeluargaan itu.... kita berkumpul semula... bina kasih sayang yang abadi... hadiahkanlah kasih sayang utk ma n ayah kita... kita ulangi lagi kemesraan yang lalu....

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

Tuesday, September 20, 2011

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Monday, September 19, 2011

Kembali lagi

Salam....
Kembali lagi.... semalam satu gym dah gempak... huh... tiba2 jer aku jatuh pengsan kat gym... sedar2 berkerumun ahli2 gym kat kerusi... tp aku rasa cam ringan jer badan aku seolah2 di awang2an.... huhuhuhuu.... kenpa makin teruk ni... aduii... ma ayh yg x tahu aku sakit dah gempak... dah lah hari ni aku x de kat umh... makin rsau... msg pertama ayh.. sihat x? sorry ayah... dah rsaukan ayh lagi.... Maybe lately ni terlalu banyak masalah yg aku fikirkan... entahlah sapa bila semua ni akan berakhir...

Kepada mereka yg bantu aku kat gym malam tadi thanks alot... adikku faizal... thanks... bantu angkat along... sekarang ni pun rasa semacam jer badan ni... tengoklah jap2 lagi p serah diri kat hosp... harap2 sakit aku ni dpat d sembuhkan... x tertanggung lagi dah rasanya....

Tuesday, September 13, 2011

Terasa di Syurga

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Friday, September 9, 2011

Luhur

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

Wednesday, September 7, 2011

Maafkan aku

AKU ADALAH INSAN BIASA..
TAK LARI DARI LALAI DAN LEKA..
MUDAH TERJERUMUS KE LEMBAH DOSA..
ENGKAULAH PEMBERI ILHAM MENUJU YANG ESA..

AKU TAHU JIWAMU CUKUP TERGANGGU OLEH SIKAPKU..
KESILAPANKU SERING MENGHAMBAT EMOSIMU..
SIKAPKU SELALU MENGGANGGU RUANG DI HATIMU..
WALAU KETENANGAN YANG DIKAU RINDU..

DALAM IKATAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN….
NAMUN KU TETAP TIDAK TERLEPAS MENYAKITIMU..
DIKALA KITA BERSUA ATAUPUN BERSEMUKA..
NAMUN ENGKAU MASIH TETAP MENAHAN LUKA..
TETAP BERSABAR MELAYANI KERENAHKU INI..

KITA BERSAMA-SAMA MENEMPUH PERJALANAN DUNIAWI..
PERJALANAN YANG MASIH JAUH UNTUK DIHARUNGI..
KU HARAP PERSAHABATAN AKAN TERJALIN..
WALAU KITA AKAN BERJAUHAN JUA PADA SUATU KETIKA NANTI..

TEMAN..

MAAFKAN DAKU..
ATAS SEGALA YANG TELAH BERLAKU..
AKAN KU CUBA MEMPERBAIKI KESILAPANKU..
DENGAN HARAPAN SENYUMAN YANG TERUKIR DI WAJAHMU..
SEMOGA KAU HIDUP SEJAHTERA..
DALAM RAHMAT DAN INAYAH YANG MAHA ESA..

Tuesday, September 6, 2011

Putera Halimunan VS Puteri Lily

Putera Halimunan....
Terlalu lama dirimu menghilang...
Puterea Halimunan...
Terlalu lama kau membawa diri...
Putera Halimunan....
Rinduku padamu tiada terpatri...
Putera Halimunan...
Kenapa biarkan aku sendirian....

Puteri Lily...
Ku rindukan gelak tawamu..
Puteri Lily...
Ku rindukan alunan violin mu...
Puteri Lily...
Masih terngiang di ruang mataku saat2 itu
Puteri Lily...
Kenapa tinggalkan aku sendirian...

Aku rindukan semua kenangan itu... aku rindukan kalian..... kenapa biarkan aku sendirian lagi... kembalilah padaku.... bersama menghiasi gelak tawa seperti dahulu....aku rindukan kamu....

Lagu Hatiku Milikumu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini