Sentuhan hati yang tiada penghujung.. menanti dan terus menanti penghujung sebuah hubungan. Namun kali ini aku merasai ianya akan berakhir jua suatu hari nanti. Pelbagai dugaan... perjanjian... ujian yang tlah aku tempuhi... 3 tahun telah berlalu... ku mohon agar ianya akn cepat berakhir. Aku terima apa jua keadaan.. apa yang aku harapkan sekarang hanya sebuah hubungan yang suci. Kebahagiaan yang indah... memberi sinar untuk anakanda tercinta....
Seyuman dia.. gelak tawa yang indah.. keceriaan yang selama ini aku rindukan... semakin hari semakin sayang... Alhamdlilah aku bersyukur padaMu Illahi dengan kurniaan kebahagiaan ini... Telah banyak kau berikan padaku pengalaman yang berharga...
Di sini telah ku mengertikan
Perjalanan yang penuh ranjau berduri
Dulu sering airmata menjadi peneman
Tapi kini senyuman sentiasa meniti di bibir
Airmata kebahagiaan mula mengambil tempat
Airmata kegemberiaan mula menghiasi kamar hati
Tiada lagi gundah gulana
Tiada lagi rungutan kekecewaan
Puas sudah ku menangis
Puas sudah ku dipermainkan
Puas sudah ku dikecewakan
Puas sudah ku ditinggalkan
Ya Allah ku mohon padaMu kekalkan kebahagiaan ini. Aku pasrah padaMu Ya Illahi. Permudahkan segala urusan ku ini... dengan Ijab dan Kabul yg kekal hakiki....









No comments:
Post a Comment