Hati kian merintih
Pedih bagai di tikam bertubi-tubi
Jiwa merana mengenang ketidakmampuan utk menghadapi
Namun terpaksa ku melangkah jua demi sebuah kehidupan..
Kesunyian semakin membuak..
Hanya di laman ini ku mampu berkongsi rasa
Kerana ku tahu tiada siapa yg akn membacanya
Hanya aku... jiwa ku....
Ku pejamkan mata..
terlihat impian keceriaan yang bakal menjadi kenyataan
namun siapakah akan bersamaku
Dimanakah penghujung sebuah perhubungan
Hari demi hari ku menanti
tahun demi tahun...
Namun masih belum ku temui
insan yang bakal menjadi nakhoda kehidupanku..
Aku kini pasrah
Menerima semua dugaan dengan hati yang lapang
titian usang akn ku lalui jua
demi menghabiskan sisa2 sebuah kehidupan..









No comments:
Post a Comment