My Memories

Pelengkap Hidupku

Wednesday, November 6, 2013

~rintihan hati~

Kita tidak perlu menjadi besar untuk menyumbang sesuatu 
tetapi memadai menjadi yang terkecil 
tetapi dapat memberi makna yang besar 
Mengapa perlu menoleh ke belakang apabila hendak menuju ke hadapan 
kadangkala kita tidak perlu berbuat begitu kerana di hadapan kita lebih luas dan terang 
Mimpi indah yang kita mainkan tidak tentu akan kekal lama 
tatkala kita tersedar dari mimpi itulah hakikat kehidupan kita yang sebenarnya 
Jangan menghitung berapa kali kita jatuh
tapi bangunlah kerana setiap kali kita jatuh sebenarnya kita mengutip sesuatu.... 
Setiap kali kita menangis hatilah yang sering memujuk tapi tat kala kita ketawa hatilah yang sering terguris Jalan yang paling baik adalah jalan yang belum pernah kita lalui kalau kita masih mengikut jalan yang sama pada setiap masa sebenarnya kita tak pernah sampai ke mana-mana..