My Memories

Pelengkap Hidupku

Thursday, March 21, 2013

24 February 2013 - Adik Hazim

Assalamualaikum... 
Kembali lagi aku ke dunia penulisan yang terlalu lama aku abaikan.... kekangan masa... moody telah membataskan segala2nya... hari ini aku berkesempatan utk menjengak lagi,.... bagaikan mimpi aku kehilangan sepupu cilik yang dahulunya penghibur hati kami... 24/2/2013 beliau pergi menemui penciptanya... yang pasti syurga telah menanti beliau.. Al-Fatihah adik Hazim... Aku bersyukur kerana aku sempat berbakti padamu sayangku....
Wajah adik Hazim ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital Tg. Ampuan Afzan... memori yang tak dapat ku lupakan kerana dalam simpati pada beliau terdetik perasaan benci pada seseorang...

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kamu sayangku.... damailah kamu di sana...

2012 merupakan raya terakhir kami.... keceriaan beliau dipamerkan hingga ke akhir hayat.. begitu kuat dugaan yang kamu lalui... namun semua itu tidak membataskan pergerakan kamu.. Proud of you dear...

Waktu sihatmu... 3 tahun yang lalu.... keletah yang x pernah menjemukan...membuatkan semua sanak saudara ketawa melihatmu...
Abang Hasif sering menjadi mangsa buli mu... kini kesunyian telah melanda mereka semua...

Pic terakhir yang sempat aku rakamkan bersamamu...

Adik2ku yang lain tidak melepaskan merakamkan kenangan bersamamu... kerana kami telah dimaklumkan bahawa kamu tidak dapat bertahan lama.... sweet memory...