Assalamualaikum...,
Kembali lagi aku ke dunia penulisan setelah hampir sebulan aku tak menjenguk laman ini. Kali ini aku nak bercerita psal aktiviti aku lagi.. Alhamdulilah aku semakin seronok melibatkan diri dalam aktiviti2 sebegini.
Banyak ceritera yang ingin aku kongsikan namun ianya berlalu begitu sahaja... entah mengapa aku semakin memberat utk menjenguk... Tiada apa lagi yg mampu ku perkatakan kecuali mengikut arus. Okey forget it... hari ini aku nk citer sal aktiviti agihan bubur lambuk percuma oleh syarikat ku sendiri dengan usahasama Pro-Qaseh & juga PDRM. Aku merasa begitu teruja.. seronok serta meriah sekali. Jom layan koleksi2 kenangan kami... Satu kepuasan yg tak akan ku lupakan... Alhamdulilah Ya Allah kerana engkau telah mempermudahkan usaha kami.
Persiapan yg separuh di rumah dengan bantuan ma, ayah serta adik2ku.. Kerjasama yang begitu meriangkan... Hinggakan semua anggota polis, RELA juga turut serta... SM pun turut sekali... Satu penglibatan yang cukup memberangsangkan.. Aku bersyukur dengan rezeki yang diperolehi aku dapat berkongsi dengan semua walauopun sedikit sahaja. Kesusahan yang aku alami sebelum ini telah membuahkan hasil.. syukur padamu Ya Allah. Berkat tunjuk ajar my GM.. usaha serta perancangan yang ditunjukkan aku ikuti.. Alhamdulilah.. semua menjadi...
Apa jua yang aku lakukan... semestinya aku tidak melupakan puteri kesayanganku... walaupun moody semacam namun ianya tidak mematahkan semangatku utk melayani setiap karenahnya... Aku bersyukur padaMu... pu3ku segala2nya.. inspirasiku.. buah hatiku... yang tak dapat ku lupakan... semangatku utk meneruskan kehidupan ini....

Aktiviti kali ini aku bekerjasama dengan classmateku merangkap bos baru aku... terima kasih yg tak terhingga kerana beliau sudi menerima aku sebagai pekerja beliau... akan ku cuba untuk memperbaiki serta membangunkan perniagaan beliau juga. Aku juga turut dibantu oleh keluarga tercinta... Kali ini ibu kesayanganku turun padang dalam aktiviti yang aku jalankan... pertama kali beliau involved.. syukur padamu Ya Allah kerana Ramadhan kali ini amat bermakna buatku.. dikelilingi insan2 tersayang... Ma Ayah yang banyak bagi support.. adik2 kesayanganku jua saling bantu membantu...
Dengan imej baru Nafwida Group kami mula maju setapak dengan megahnya kami merasmikan uniform rasmi kami. Alhamdulilah sokongan mereka disekeliling telah membuatkan aku lebih bersemangat untuk mempertahankan Nafwida Ent. Pilihan dan warna yang cukup menyenangkan membuatkan ada diantara customerku hendak memiliki uniform kami... Sorry guys.. not for sale k. Gabungan yang mantap tuuu.... 

Berapa kos yang habis? rata2 itu pertanyaan yang kami harus di jawab,... Bubur lambuk tidak melibatkan kos yang banyak tapi bak kata org sambil menyelam minum air... kos kami banyak kepada promotion syarikat kami iaitu ProQaseh Technique & Nafwida Group. Emosiku semakin stabil... tidak lagi cepat melatah.. Alhamdulilah Ya Allah.. Aku merasa hidupku lebih bermakna sekarang... Thanks my family.. thanks my GM.
Senyuman Pu3ku menaikkan lagi semangatku utk meneruskan perjuangan ini.. Thanks sayang kerana memahami ibumu ini. Apa yang umi lakukan ini utk kita sekeluarga tau,... sayang jaga elok2 yer.. teruskan perjuangan umi.. kerana umi hanya harapkan sayang sorang jer... I luvvvvvvv u....
Inilah wajah2 mereka yang Inilah wajah2 mereka yang bersusah payah menyediakan menu hari ini... team Nafwida Group, PQTSB dan juga PDRM... thanks for all...
Huhhhhhhhhhhh... sekali aku mencoret berjela2 tuuuu.... itulah aku.. bila takde mood berbulan2 x singgah.. hehehehhe... apa2pun selamat menjamu mata yer... adiossssssssssssss.....














