Susunan kata menghimpit perasaan....
Jalinan bisikan membingitkan pendengaran....
Tiada kata hendak ditutur..
Hanya jelingan mata memandang sayu...
Renunganmu membawa sejuta makna...
Kini ku tahu apa yang tersimpan di benakmu..
Maafkan aku kerana aku belum bersedia berkongsi
Sejuta rahsia terpendam hingga kini..
Deraian air mata menemani sepanjang masa...
Langkah ku atur dengan teliti
Agar tidak terjatuh lagi...
Permintaan yang sukar untuk aku penuhi..
Kerana hatiku masih beku untuk menerima hakikat itu...
Maafkan aku ayahanda tercinta..
Renungan mu telah memberitahu apa yang tersirat...
Biarkan aku terus begini
Meniti hari2 yang mendatang sendirian...
Tak sanggup aku berkongsi lagi..
Kerana itu akn menyakiti hatiku jua....
Izinkan aku berlalu...
Membawa sebuah kisah yang penuh kedukaan...









No comments:
Post a Comment