
Kenangan demi kenangan
Ku lakarkan di alam fantasi mahu pun realiti
Membawa aku ke sebuah daerah keriangan
Yang selalu terpahat di hati
Memori ku susun menjadi sebuah nostalgia
Menggamit keriangan yang terpahat di sanubari
Langkah ku atur agar membuah ceria
Untuk ku kenang, ku simpan di satu hari
Alam fantasi berubah realiti
Ku ukir menjadi sebuah impian murni
Ku gagahi melangkah dengan teliti
Supaya menjadi kenyataan yang abadi
Rindu ini kian mendalam
Sukar utk aku melenyapkannya
Tapi kini awan mendung berarak kelam
Memori lalu tetap terpahat di hatinya
Ku lakarkan di alam fantasi mahu pun realiti
Membawa aku ke sebuah daerah keriangan
Yang selalu terpahat di hati
Memori ku susun menjadi sebuah nostalgia
Menggamit keriangan yang terpahat di sanubari
Langkah ku atur agar membuah ceria
Untuk ku kenang, ku simpan di satu hari
Alam fantasi berubah realiti
Ku ukir menjadi sebuah impian murni
Ku gagahi melangkah dengan teliti
Supaya menjadi kenyataan yang abadi
Rindu ini kian mendalam
Sukar utk aku melenyapkannya
Tapi kini awan mendung berarak kelam
Memori lalu tetap terpahat di hatinya









No comments:
Post a Comment