Salam...
Hari ni aku nak bercerita pasal Sentuhan Kasih yang di adakan pada 23hb August.... Masih terbayang di mataku airmata adik Sayuti dan Salina apabila bermulanya majlis ini dengan tayangan montaj yang menyentuh perasaan sesiapa sahaja.... Kenapalah pihak penganjur tak menitik beratkan perasaan adik2 ini... adakah kerana mereka masih kanak2...? Mereka juga punya perasaan laaa.... ketika kejadian ini berlaku aku berada di bilik berasingan melihat dari jauh.... sahabat baik ku memanggil aku untuk menenangkan adik Sayuti kerana mereka ber3 adalah di bawah tanggungjawabku....

Apabila terpandangnya wajah adik ini... aku sendiri tak dapat menahan sebak,... macamana aku nak menenangkannya.... aku kuatkan hatiku.... " Dik jgn menangis lagi yea... Chik Da ada....cuba tgk kawan2 yang lain... semua tak menangis..." dalam sebak hatiku tersentak seketika dengan karenah sahabat yang berada di sebelah.... "Kenapa awak menangis... saya pun takde mak ayah gak... saya tak menangis pun... saya tak sedih pun mak saya mati...." Adik sayuti tetap jua menangis... ku dakap dia dengan penuh kasih sayang,.... tangisan dia mulai reda..... air mata yang ku tahan jatuh jua.... anak ku menghampiriku utk menyapu airmataku... thanks sayang... tahun ini kau cukup memahami... tiada lagi rasa jealous apabila melihat aku melayani anak2 ini.....
Tahun ini aku membawa sekali adik bongsuku... Azana... Tujuan ku adalah untuk mendedahkan dia bahawa masih ada yang memerlukan pertolongan.... terpinga2 dia apabila melihat aku menenangkan adik sayuti......

Rasa kasih anak ku pada adik shahirah @ Sha2 tak dapat disembunyikan... sepanjang majlis mereka bertiga tak dapat dipisahkan.... lihat sahaja gelagat anak ku ini.....

Kecomelan dan kepetahan bercakap adik sha2 telah menarik minat sesiapa sahaja termasuk GM ku, En. Halid.... GM yang paling aku kagumi dalam ramai2 GM yang bertugas di company ku... jelas kelihatan sinar keikhlasan di sepanjang majlis tak kira di mana shj... walaupun di pejabat... tiada kepura2an....

Adik2 yang memerlukan bantuan bergambar bersama2 volunteer2 Optimal yang bertugas.... Satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan apabila kami diberi peluang menemani anak2 ini sepanjang event..... juga bershopping bersama2...

Mr. Herman ( CEO ) turut tidak melepaskan peluang menghadiri majlis ini... teruja beliau dengan keperihatinan companyku dalam usaha memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan..... Untuk pengetahuan kalian Mr. Herman baru shj ditukarkan ke companyku....
En Yaacob (My SM), Mr. Herman (My CEO) & En Halid (My GM)
No comments:
Post a Comment