My Memories

Pelengkap Hidupku

Sunday, December 6, 2009

Ketentuan....

"Sebenarnya semua tu dah lama u tanggung..... klu u tak rawat dari awal apa yang u tanggung akan membawa maut... sebelum terlewat u berusahalah...kita cuma berusaha dan berikhtiar.... itu semua kuasa Allah S.W.T..... dalam tempoh 3 bulan ni u berusaha dan berikhtiarlah sebab klu terlewat lagi parah..."


Berderai air mata sang ibu tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi... namun si ibu telah nekad utk berusaha dan berikhtiar... dengan kewangan yang semakin menipis dia cuba untuk mendapatkan rawatan yang terbaik buat dirinya... tidak mahu si anak menderita keseorangan... sokongan dan dorongan di perlukan.... dia perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya,.... dia perlukan perhatian dari keluarga.... tapi baginya tak mampu untuk dimiliki lagi....


Bila keseorangan berderai airmata ... kata2 yg cuba dilupakan dulu kini berulang kembali... dia kebingungan seorang diri... mencari sang mentari tempat mengadu.... walaupun dia mengetahui hanya bebelan yang akan diterima akibat kedegilan yang dulu... namun dia redha kerana dia masih mempunyai mentari itu yang sering menyinari kehidupan mereka... ingin memenuhi masa dengan kesibukan tugas di pejabatnya... hanya rajukan si anak membelenggu dirinya.... digagahkan jua agar menerima hakikat ketentuan illahi....

Kini hanya pada yang ESA dia berserah.... pada yang SATU dia berharap... dan pd penciptanya dia sujud..... semoga apa yang berlaku ini hadiah kebahagiaan suatu hari nanti... dan dia redha sekiranya semua itu berlaku dalam masa yang begitu singkat....

No comments: