.jpg)
Kisah sang anak bermula lagi.... kini kehidupan sang ibu kian bercahaya disinari sinaran mentari serta keceriaan sang pelangi... si anak kini di limpahi kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang ingin melihat akan kejayaan sang puteri...ingin melihat puteri berjaya serta sentiasa tersenyum bagi memberi satu harapan pada si ibu... Sang puteri telah berjaya membuktikan bahawa beliau tidak mudah mengalah...dengan keputusan peperiksaan yang cukup memberangsangkan telah membuat si ibu menitis air mata kegembiraan... Syukur ke hadrat ilahi,... si anak permata yang diharapkan bagi terus menyinari kehidupan ibu... Penat lelah si ibu yang ingin melihat kejayaan si anak kini terbukti lagi... Pengorbanan yang telah diberi telah membuatkan hasil... namun si ibu masih mengharapkan sesuatu dari sang puteri.... berjaya meneruskan kehidupan walaupun tanpa si ibu... tidak mudah mengalah.
.jpg)
Bagi tidak membebankan perasaan puteri... ibu yang dikasihi telah mengambil keputusan untuk memenuhi masa terluang puteri.... disebabkan hasrat puteri yang ingin kelainan....si ibu telah menghantar puteri yang di kasihi ke kelas renang... tidak terkata siputeri ,... tak terluah akan perasaan gembira beliau terhadap ibunya yang sentiasa memahami kehendak puteri tercinta... kesibukan akademik dan jadual hujung minggunya si puteri mula melupai kedukaan yang pernah dilalui....

Namun hati si ibu tersentak ketika puteri membuat penilaian terhadap sebuah drama yang telah ditayangkan di kaca tv.... hati si ibu pernah terdetik... adakah kenangan silam akan mengganggu pemikiran puteri.....??? sangkaan si ibu tepat... si anak telah menceritakan pada teman si ibu yang drama tersebut telah mengingatkan dia pada kejadian itu... Oh Tuhan.... kenapa amat sukar untuk si ibu membantu si puteri melupakan semua ini.... walaupun telah membawa beliau jauh dari kenangan namun si puteri tetap tidak melupakan itu semua...
Hasrat si ibu ingin membantu puteri yang dikasihi melupakan peristiwa pahit itu... namun si ibu juga tidak dapat melupakannya.. peristiwa itu terlalu pahit utk di telan..... bayangan silam sering menghantui ibu.. apatah lagi si anak... Tabah kan hatimu puteriku.....









No comments:
Post a Comment