Dah lama aku tak menconteng kat laman ini... hari ini aku nak imbaukan kembali saat2 yang tak mungkin ku ulangi lagi... kenangan ku bersama adik-adik yang tak dapat ku lupakan hingga ke hari ini. Masih terngiang di mataku ... saat adik ku yang ke-2 hampir lemas hanya kerana ingin mengejar itik2 yang sedang berenang2 ketika banjir... aku dengan bangganya memberi galakan padanya untuk mengejar itik tersebut... tapi tak ku sangka itik2 tersebut telah menuju ke parit besar... aku hanya nampak kepala adik ku tenggelam timbul... terkaku ku seketika... apa yang ku mampu lakukan hanyalah memanggil ibuku sambil menunjukkan tangan ke arah adik ku yang tenggelam timbul itu... tanpa berlengah Ma menuju kearah adik.. itulah kenangan yang tak mampu ku lupakan hingga hari ini....
Tentu kau orang tertanya-tanyakan siapa ini... perbezaan 2 generasi... sebelah kiri pic aku yang ketika itu kalau tak silap darjah 4 @ 5 kot.. dan sebelah kanan pula pic anak aku ketika berusia 3 tahun.... bahagia kan kalau sentiasa tersenyum begini..... itulah impian ku... kebahagiaan yang berkekalan... Alhamdulilah... kini hidupku kembali tenang walaupun cabaran yang ku lalui kini makin mencabar... walau apapun fitnah yang telah dilemparkan padaku namun aku bersyukur kerana masih ada keluarga yang cukup memahami serta kawan2 yang sentiasa memberikan aku semangat untuk meneruskan hidup ini.... big bos n supervisor yang cukup mengambil berat membuatkan aku bertambah yakin untuk meneruskan perjuangan ini...
Pic ini diambil ketika aku n family balik kg ayahku di KB... dan anakku pula bergambar bersama adik bongsuku Azana....









No comments:
Post a Comment