My Memories

Pelengkap Hidupku

Thursday, February 26, 2009

Cinta YM

Salam....
Hari ni aku nak share something ngan kau orang.... kau orang tentu dah baca akhbar hari ni kan kisah "Isteri goda lelaki miang, suami peras ugut". Sebenarnya catatan aku kali ini ada kaitan gak dengan bab-bab cyber ni.... citernya camni... berlaku kat member aku sendiri laaaa.....
Kawan aku ni baru je kenal sorang mamat ni kat cyber... entah macam manalah dia ni dah jatuh hati gilerlah kat mamat ni... tambahan pulak mamat ni kata dia ni masih single... tapi dah pernah kahwin lah.....means... mendudalah eaaa.... so setiap hari dan masa dia asyik duk berchatting je ngan mamat ni... orang cakap dilamun cinta memang x leh berpisah lah... mamat ni lak memang x de cacat cela lah... baik sangat... ambil berat giler tuuuu.... sampailah satu ketika kawan aku ni terima email dari seseorang btahu yang mamat ni masih suami orang..... playboy... dan macam2 lah... kawan aku ni dia x percaya tau coz yealah sepanjang masa duk berchatting jeee.... mana ada masa p kuar dating kan... lagipun mamat ni btahu itu semua fitnah... selama dia duk berchatting mana ada orang lain bersama dia... kawan aku pun percayalah......

Dalam duk percaya tu... kawan aku ni lak bertambah sayanglah mamat niii... yealah mamat ni suka buat lawak memang tak kering gusi lah... dalam2 duk gelak tu... kawan aku ni terima lagi email kedua bersama2 pic mamat ni ngan entah mana pompuan lah.... kawan aku ni... punyalah sayang boleh dia ignore jeee email tersebut... aduiiiii pening aku.... kau orang nak tahu apa dia cakap.... okey ini kali kedua dia terima so harap2 takde email ketiga..... mereka ni pun teruskan bercouple lagi... nak dijadikan citer kawan aku ni p outstation.... jumpalah mamat ni.... masa mamat ni p kuar jumpa client dia.. kawan aku ni terima satu call btahu pasal kecurangan mamat ni.... kawan aku ni baik hati tak mudah percaya so... bila terpandangnya laptop yang ditinggalkan oleh mamat dia pun telah melanggar prinsip dia untuk tidak mengambil tahu hal orang lain....

Apa lagi .. kawan aku pun buka laptop mamat ni... Ya Allahhhh... banyaknye pic kemesraan dia ngan pompuan2 ... ramai lak tuuu....bukan sorang... orang yang berbeza... sah... kawan aku ni mula mencurigai mamat ni.... kawan aku ni dah mula berperang ngan perasaan yealah selama ni mamat ni tak pernah sakitkan hati dia... bab kata orang lembut gigi dari lidah.... bila je tengok muka mamat ni.... dusyuuuuuummmmmm..... peluru hidup bertalu2 menimpa mamat ni... tapi mamat tu pandai bermain kata... kawan aku cair lagi ngan dia... balik dari outstaion .. kawan aku ni mula membawa diri... dia cuba nak jauhkan diri dari mamat niii....

Dalam duk termangu2 tu kan... terdetik dihati dia untuk mencari lagi kebenaran... dia pun apa lagi mulakan strategi.... tak sampai seminggu dia dah dapat semua maklumat yang dia inginkan.... nahhhhhhhhhhhhhh... mamat ni memang betul dah ada isteri.... anak tiga tu...... 2 pompuan n 1 lelaki... mamat ni cakap kat kawan aku sorang je anak.... Bila dapat tahu je pasal berita ni.... kawan aku menangis... berendam air mata .... memang terluka betul lah... yealah kan member dah jatuh cintan habis dah... rupa2 nya laki orang..... memang kesian lah kat member aku ni..... Itulah bahana cinta di alam cyber.....

okeylah geng.... aku chow dulu.... nnt aku citer lagi pasal member aku ni.... adiosssss

1 comment:

Anonymous said...

jangan mudah terpedaya dengan apa yang kita dengar tetapi tidak melihat...sedangkan orang yang benar-benar menyayangi di abaikan tetapi yang hanya berpura-pura di sanjung dan di cintai...bagi saya,saya tak menyalahkan dunia cyber kerana dunia cyber ini untuk kemudahan seluruh umat di alam sejagat ini cuma kita yang mencorakkannya..