
Salam..
Hari ini aku imbas kembali kenangan bersama anakku...
8 June 2001.. Nurul Afifah Wahida dilahirkan.. Sepanjang mengandungkan dia ku di uji dengan pelbagai dugaan hidup.. hinggalah ke hari ini... masih tetap di uji... Namun aku bersyukur, Nurul Afifah Wahida tidak pernah menyusahkan aku... tidur malam aku tidak pernah diganggu kecuali pada hari2 kesihatan dia terganggu sahaja.
Hari ini dia mengulangi lagi kecemerlangan dalam bidang akademik.. Alhamdulilah aku bersyukur padaMU. Walaupun hidup dia dipenuhi ujian kehidupan dia masih mampu mengekalkan kecemerlangan tersebut.... Pemikiran dia yang matang telah membuat hatiku tersentuh... kisah duka ku menjadi sebahagian hidupnya.... terima kasih kakak.
Hari ini guru pertama beliau yang telah membimbingnya telah mendapat khabar pencapaian akademiknya.. hadiah diberikan membuatkan anak ku tersipu malu... "Tahniah Afifah" ucapan dari Cikgu Fatimah, cikgu pertama yang telah membimbing anak ku sehingga merangkul pingat kecemerlangan akademik bagi DUN PAKA.
Semakin hari Nurul Afifah Wahida sentiasa bersamaku... namun sejak akhir2 ini dia merayu pada ku agar tidak menghabiskan masa yang lama di pejabat... kesian pun ada... tapi maafkan ummi kak, bukan sengaja Ummi menghabiskan masa disana... Ummi ada alasan sendiri... harap kau mengerti sayang....
Ummi Sayang Kakak......









No comments:
Post a Comment