
"Teguran membina adalah teguran yang pedas. Teguran meruntuh adalah teguran yang memuji".
Kawan yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku, sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
Kita tak tahu di mana sempadan diri kita. Kita tak tahu cemana perangai kita. Hanya kawan-kawan yang boleh melihatnya dari luar, kerana mereka melihat apa yang mata kita tak nampak.
Untuk membuat penilaian diri, cara terbaik adalah menyuruh orang lain meniai diri Anda, perbuatan Anda, kata-kata dan attitude Anda. Anda tak mungkin menilai diri sendiri, kerana Anda akan terdorong berbohong dan menipun kebenaran.
Cara orang lain menilai kita adalah dengan teguran. Ada dua jenis teguran, pedas dan memuji. Teguran pedas biasanya agak kasar, menyakitkan, menyindir dan membuat telinga Anda melenting. Anda tak suka dengar.
Teguran memuji biasanya agak lembut, spontan, menyenangkan dan membuat hati Anda seronok. Anda suka dengar sebab ia membuat Anda yakin pada diri sendiri.
Berhati-hati dengan teguran memuji, sebab ia akan membuat Anda lalai dan lupa. Bila dah lalai, Anda tak nampak kelemahan Anda, kesalahan dan kekurangan Anda.
Anda mungkin akan terdorong menjadi terlalu yakin (over konpiden) sehingga tidak dapat menerima apa yang akan berlaku sebaliknya bila kesilapan atau kegagalan berlaku hasil kelemahan Anda. Terima teguran yang kasar, pedas dan menyakitkan. Walaupun Anda tak suka dengar, tapi Anda akan nampak di mana kekurangan Anda.
Teguran kasar lebih melekat di kepala. Sebab, kita terdorong suka mengingat perkara yang membuat kita sakit hati dan tertekan dari perkara yang menggembirakan.
Anda kena fikir positif selalu kerana fikiran positif membentuk diri Anda menjadi orang cemerlang. Cari nilai-nilai positif di dalam setiap tegura pedas yang Anda terima. Walaupun nampak buruk, tapi lihat apa yang baik disebaliknya.
Sebagai contoh, kawan Anda panggil Anda bodoh secara spotan. Darah Anda menggelegak mendengarnya.
Rasa macam nak marah. Tiba-tiba pula kawan Anda membuat teguran pedas. Apa nak buat lepas tu?
Orang yang berfikiran positif akan menerima teguran itu sebagai teguran membina. Bila mendegar perkataan bodoh yang terpacul keluar dari mulut kawannya tadi, dia menerima hakikat yang dia masih kurang pandai, bukan bodoh. Jadi, kena mengkaji, belajar dan meneliti supaya dia jadi pandai.
Orang yang berfikiran negatif, menerima teguran itu sebagai pemula kepada perbalahan. Ia sebagai cacian. Dia tak suka mendengarnya.
Lalu dia akan cakap, "oi, apa kau cakap tadi?". Selepas itu, timbul pertengkaran kecil yang mungkin membawa kepada perselisihan faham, lalu kepada pergaduhan besar hanya sebab dia tak suka ditegur bodoh. Dia tak dapat menerima hakikat dia masih kurang pandai, sebab dia tak melihat aspek positif di sebalik teguran itu.
Ketika Anda menerima teguran pedas, kena banyak bersabar. Orang-orang cemerlang dan orang-orang bijak pandai tak cepat melenting bila ditegur kasar. Mereka mengawal emosi dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Orang-orang cemerlang biasanya cool, be in control. Emosi mereka tak cepat rapuh bila menerima teguran pedas. Kenapa? Sebab mereka penyabar sambil melihat nilai-nilai positif yang terkandung di dalam teguran itu.









No comments:
Post a Comment