Anugerah Khidmat Lama ( 5 thn ) di MS Garden, Kuantan
Kali pertama aku disini adalah sebagai kerani biasa je.. selama tiga bulan berturut2 tugas aku hanya membuka sampul2 surat bagi permohonan jawatan kosong. pada ketika itu aku ditugaskan di HQ. Selama setahun setengah aku disana tanpa dapat melihat matahari sepenuhnya.. keluar 6am balik 11pm.
Selepas aku berkahwin barulah aku dapat balik ke negeri kelahiran aku... dalam sarat mengandung aku ditugaskan di bahagian reqruitment pada waktu itu aku masih lagi boleh bernafas.. Ketika itu office ku menumpang di Kompleks Petronas Wilayah Pantai Timur.
Selepas aku selamat melahirkan satu2nya puteriku, officeku telah berpindah ke bangunan tetap... Kompleks Pentadbiran OPTIMAL. Kekal lah aku sehingga hari ini di office ini.
Bebanan tugas yang semakin hari semakin banyak telah menduga emosiku... kepenatanku makin terasa. Keluarga ku juga mula terasa bahang kesibukan ku ini.









No comments:
Post a Comment