My Memories

Pelengkap Hidupku

Monday, August 13, 2018

Selamat dtg baby

Assalamualaikum wbt.
Syukur kehadrat illahi di atas kurniaan dariMu YaIllahi.. penantian yg selama ini kami nantikan. Hadiah utk birthdayku pd tahun ini. Tq Hubby.. sesungguhnya dirimu insan yg teramat istimewa dlm hidupku. Memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Akan ku jaga zuriat ini sebaik mungkin.
Be nice with me baby.... Umi syg anak2 umi.

Sunday, July 22, 2018

Insan Istimewa

Assalamualaikum wbt.
Hari ini aku tunduk mengalah. Suamiku yg setia dan penyayang telah menjemput aku dri Kuala Lumpur balik ke Kerteh. Walaupun penat dia tak pernah mengeluh. Kali ini istana ku di uji. ALLAH berikn aku kenikmatan utk merasai kesakitan yg selalu aku hadapi. Tapi semalam paling lama aku menikmatinya. Hingga lh ke saat ini msih terasa. Doktor mengesyaki batu karang or buah pinggang. Seperti biasa aku lbih suka hadapi seorang diri. Esk temujanji dgn pakar. Adakah suamiku akn menemani aku. Tp dia pernah ckp.. teman ke tempat lain ok but not hospital... huhhhuhu... nmpknya aku kena standby cam biasa pergi sendirian.

Aku bersyukur sangat dpt suami yg penyayang. Walaupun x beritahu namun kesakitan yg aku alami x mampu menyembunyikn dari beliau. Ermmm... aku mengalah. Dalam hati nk sgt dia menemaniku esk. Tapi aku takut aku yg kecewa apabila dia menolak ajakan aku.

Semoga Allah permudahkn aku esk.. dan kesakitan ini tidak memudaratkn aku. InsyaAllah.

Kau amat istimewa buatku mr.hubby

Thursday, July 12, 2018

I Love You Hubby

Assalamualaikum wbt
Syg...
Note ini umi tgalkn utk syg.. hari ni umi sebak sgt... umi nk share dgn syg... umi xpernah merasai nikmat kasih syg dri seorang suami. Hari ni umi terharu sgt dgn tindakan abh. Esk umi nk balik... ada event kt sana... sedang umi mkn ptg tadi, abh msg umi.. dia ckp kejap lg nk gerak balik WM. Umi happy sgt dlm masa yg sama umi terharu... umi dpt seorang suami yg amat penyayang... sangat ambil berat dlm diam... selama 5 bln hubungan kami penuh kemanisan yg umi x pernah dpt sebelum ini.

Umi bersyukur sgt syg... umi harap syg pun dpt menyayangi abh sepertimana abh menyayangi umi... syg.. harta umi skrg adalah syg dan juga abh.. kebahagiaan umi ada pd kamu berdua. Allah telah penuhi permintaan umi... selama 10thn bmcm2 jenis manusia umi jumpa... wang ringgit bkn segala2nya.. ckuplah kehidupan sederhana kita kan... terima kasih syg ats keizinan syg utk umi memilih abh.
Kasih syg umi pd anak umi x akan berubah wpun sedikit. Love u so much.

Wednesday, July 11, 2018

Yang Terindah

Assalamualaikum wbt.
Kembali lagi aku di arena penulisan. Kisahku di sini hanyalah sekadar memori utk aku abadikannya... bulan ini genap 5 bulan aku memegang title sebagai seorang isteri selepas 10thn sendirian. YaAllah aku bersyukur kepadaMu krn mengirimkan aku seorang lelaki yang penyayang.. penuh dengan kasih sayang. Keperihatinan beliau membuatku semakin sebak... kasih syg yg tiada tandingnya.. permulaan aku sebagai isteri yg di limpahi kemewahan kasih syg.. anak2 yg baik.. prihatin..
Ya Allah.. sujud syukur aku padaMu. Aku tak pernah mendapat kasih sayang seperti ini. Kau tunaikan permintaan utk aku.. kau lindungilah rumahtangga ku ini dri hasad dengki manusia. Kasih syg ini yang aku tunggu selama ini.
Thank you mr.hubby. Accept me as yr wife.

Tuesday, July 3, 2018

Thank You Hubby

Assalamualaikum wbt... Pejam celik... pejam celik dah sebulan aku bergelar isteri... Alhamdulilah.. syukur padaMu yaAllah. hari2 yang ku lalui dengan permulaan yang cukup membahagiakan. Ku mohon agar Engkau kekalkan kebahagiaan kami ini.

Walaupun ada sedikit tekanan buat suamiku.. doaku agar beliau dapat menangani dengan penuh kesabaran.. Berikan aku kekuatan jua untuk menghadapi semua ini.
Perjalanan kami sebagai suami isteri masih jauh... banyak perkara yg harus kami tangani.. dugaan yg mendatang kami hadapi bersama.. aku bersyukur padaMu ya Illahi... permulaan kehidupanku sebagai seorang isteri di sulami kasih syg yg tiada nilainya..
 
Gurauan.. gelak tawa.. sentiasa bersama kami.. aku sentiasa merinduinya Ya Allah... suami yg penyayang.. suami yg ckup prihatin. SYUKUR ALHAMDULILAH.

Lovely Person

Assalamualaikum... Dah lama aku x berceloteh kat sini... banyak benda yg aku nak share sepanjang kehidupan aku sebagai isteri. Minggu pertama selepas raya.. aku kembali menjalani kehidupan sebagai weekend wife.. tiap kli hari mgu betapa gelisahnya aku utk mendampingi suami tercinta.. ank2.. ma ayah.. dan semua ahli keluarga.. rindu kian menebal.. sukar utk di gambarkn pd kli ini. Amat berbeza kehidupan aku sekarang.. aku amat bersyukur pdMu Ya Illahi. Di kelilingi keluarga yg ckup penyayang. ALhamdulilah...
Walaupun adakalanya ada perkara yg berlaku pd keluarga kami namun kau gantikan dengan rsa keriangan yg ckup nikmat. Kasih syg keluarga antara nikmat yg x dpt di nilai dengan kata2.
Kemesraan antara satu sama lain... keceriaan yg ingin ku ulangi selalu.. setiap kedukaan ada hikmahnya... kau hadirkn pendamping yg menyayangi kami sekeluarga...
Keriangan si cilik.. walaupun tdak dpt dikumpul serentak namun sinar kebahagiaan ckup menerangi keriangan ma n ayah. Semoga dirimu di beri kesihatan yg berpanjangan Ma... Ayah...
Terima kasih di atas pemberiaan ini Ya Tuhanku... seorang suami yg penyayang.. pemurah... tp kuat bebel.. hahahhaa.. I love u so much abg... hari2 yg ku lalui sepanjang menjadi isteri ckup berharga.. terasa diriku di hargai.. di sayangi.. serta sentiasa di beri perhatian... Kasih syg di antara ank2 juga x pernah di banding2kan... terima kasih sayangku.. menerima kami seadanya... terasa lengkap sudah familyku dengan kehadiran kalian... terima kasih along.. syana terima kehadiran kami
Akhirnya si puteri memiliki impian yg selama ini di impikan. Inginkan seorang kakak dan abg.... semoga dirimu sentiasa di lindungi syg... umi terlalu menyayangi kamu.. i love u so much.

Tuesday, March 6, 2018

You are my Hero

Assalamualaikum wbt...
Inai di jari masih kemerahan... kerinduan pada suami tercinta mula bercambah... cuti yang sentiasa berubah-ubah cukup memberi tekanan keada kami. Walaubagaimanapun masa yang ada di gunakan sebaik mungkin. Tq suamiku menemani aku menjalankan tugassan yang di pertanggungjawabkan.

Masa yang ada ku gunakan sebagai honeymoon buat kami... menjelajah utara merupakan sesuatu yang menarik... satu experience yang cukup menyenangkan...

Kasih sayang yang makin bercambah membuatkan aku cukup terharu...  perhatian yang tak pernah ku rasai selama ini... syukur padaMu yang Illahi...
Perkenalan yang cukup singkat... hingga ke jinjang pelamin... restu anak2 membahagiakan kami...

Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana adanya kamu disisiku... terima kasih sayang
 

Kini bahumu menjadi sandaran buatku...

Terima kasih suamiku... akan ku membahagiakan kamu untuk selamanya....

Happy Day - 17 February 2018

Assalamualaikum wbt.
Akhirnyaaaa... penantianku telah berakhir.. Syukur ke hadrat Illahi... 2018 mengakhiri penantian aku yg telah lama ku nantikan... hadirnya seorang lelaki yang benar2 ikhlas menerimaku.... kasih sayang dan perhatian yang tak berbelah bagi... walaupun kami berjauhan ketika ini namun perhatian yang di beri cukup membuatkan aku terharu. Terima kasih suamiku... Love you so much

Semoga doa2 kita terus di makbulkan serta perjalanan kita ini terus di berkati... Tak pernah ku merasai kemeriahan sebegini... debaran yang di nanti akhirnya di lalui dengan tenang. Lafaz akad yang di nanti tertunai jua...

Terima kasih suamiku.... walaupun ujian melanda kita... namun kita hadapi dengan hati yang terbuka. Halangan yang mendatang kita tempuhi jua. Terima kassih menerimaku sebagai isterimu sayangku...

 
Senyuman anak2 menambahkan lagi keriangan di hatiku.... tiada apa yang lebih berharga dari senyuman mereka... semoga keluarga kita akn terus harmoni seperti yang dirimu inginkan...


Keakraban anak2 jua ku doakan agar ianya terjalin buat selama2nya.... maka tertunai sudah harapan puteriku untuk memiliki abang daan kakak.. terima kasih ALONG and KAKAK Syana.

Terima kasih ayah kerana merestui hubungan kami. InshaAllah hubungan kali ini akan terjalin dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan.

Terima kasih saying kerana merestui hubungan umi dengan abah. Umi doakan saying jga akn terus berada dalam suasana yang penuh keceriaan dengan hadirnya Abah baru.


Tiada apa yang dapat menggambarkan suasana ini melainkan rasa syukur yang tak dapat di luahkan dengan kata2. TQVM hubby. Love you so Much.

Hati berbunga kini dengan kehadiran suami tercinta...
 
Ciuman pertama merestui hubungan kita...
 
Dengan dua kali lafaz selepas di buli oleh anak sendiri akhirnya Dato' Khairuddin Mohamad sah menjadi suamiku... Alhamdulilah

Kini nombor yang di pilih tak lari dari 668.. ada sebab kenapa no itu menjadi pilihan... tq syang...


Wednesday, September 6, 2017

Happy Day

Salam penuh keceriaan..
Hari ini hari ke3 umi menjadi tunangan kepada Dato' Khairuddin Mohamad.
Syukur ke hadrat Illahi. Terima kasih abah terima umi dan anak dalam hidup abah... Umi akan tunaikan tanggungjawab umi as your wife.... Love you so much.




Birthday umi tahun ini begitu bermakn abah... Syukur umi dapat abah sertaa anak yang begitu penyayang... tahun ini dapat hadiah cincin tuning dari abah.. dapat selendang dan kasut dari anak tercinta... dapat surprising dari adik2... Umi happy sangat2.. terasa hidup umi makin di lengkapi dengan kasih saying yg cukup bermakna... Alhamdulilah..


Kasih saying dari adiik2 yang amat bermakna....

1st time umi dapat cake birthday dari insan yag tercinta....
 

Tuesday, August 22, 2017

19 August 2017 - Happy E- Day

Assalamualaikum,
19 Ogos 2017 merupakan hari yang paling bersejarah... Penantian selama 9thn akhirnya berakhir bagi sebuah episode. Jari manis di tangan kananku kini telah di hiasi hadiah bday yang paling bermakna...

Tanda ikatan janji dari Dato Khairudin Mohamed kini berakhir dengan ikatan pertunangan.. Syukur Alhamdulilah. janji telah di tepati pada hari lahir ku yang ke 40. Syukur padaMu Ya Allah.

Pertemuan pertama kali dengan bakal Bonda Mertua... hati berdebar menyalami tangan bonda yang paling bermakna....
Jelingan yang penuh bermakna dalam hidupku dengan restu semua orang... tidak sabar menanti hari2 yang akan mendatang...
Terasa cepatnya masa berlalu.... Semoga hubungan kita berakhir dengan kebahagiaan yang abadi...  TQVM Abah.....

Holiday 2017

Assalamualaikum....
Dah masuk bulan ke3 aku menjadi perantau... hari ini baru berpeluang untuk update my blog.... Tapi hari ni bru nak story mory percutian yang singkat ketika p ke Bukit Tinggi. Time ni kami buat survey untuk mencari rumah sementara untuk ku ketika duk di perantauan.

Percutian yang singkat ini ku hadiahkan pada anak n adikku... dah lama aku tak membawa mereka bercuti. Disebabkan tekanan kerja tahap maximum aku ambil kesempatan untuk release segala pergolakan di dalam minda.. dugaan demi dugaan yang aku alami tidak sesekali membantutkan keceriaan aku bersama mereka.
Jelas kelihatan kegembiraan di wajah mereka yang tersayang. Aku x mampu hadiahkan kemewahan.. Selagi nyawaku di kandung badan kegembiraan inilah yang akan aku gunakan utk ku hadiahkan kepada mereka.
Tidak puas untuk aku menatap wajah dan senyuman si puteri. Cukup indah wajahmu sayang.
Jom layan koleksi umi with insan tercinta... nanti umi akan share lagi memori umi yer sayang...  layanzzzzzz